"Tak Suka Organisasi Itu!!"





saya ada 1 persoalan di sini...bagaimana seseorang daie yang tidak suka kepada sesebuah organisasi itu boleh menjadi pengurus kepada organisasi itu...sungguh musykil...

Seumpama sebilah pisau yang tajam. Ramai daripada mangsa pisau yang sudah tercedera, terhiris, luka, dan terpotong dek kerananya sudah pasti membenci benda tajam ini. Sifat pisau yang lumrahnya negatif, sudah pasti akan terkesan dalam pemikiran bahawa benda ini amat berbahaya.

Tetapi, peranan pisau dalam ibadah korban siapa boleh sangkal. Memotong daging korban adalah sunat dengan menggunakan pisau yang tajam. Peranannya adalah untuk mempercepatkan proses memutuskan nyawa dan tidak menyeksa binatang sembelihan tersebut. Jadi, fungsinya yang ditanggapi selama ini untuk membunuh dan merompak semata-mata sudah bertukar.

Analogikal sebilah pisau di atas boleh disimpulkan pada pandangan dan perspektif seseorang terhadapnya. Kuasa minda memandangnya boleh menjurus kepada tindakan kita untuk memanfaatkan fungsinya itu ke arah mana. Kebaikan atau kejahatan.


Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (baik atau jahat).
(Al-Balad : 10)



Kemusykilan : Organisasi dan Perspektif Terhadapnya

Sebuah organisasi yang hebat bukan terletak pada namanya. Tetapi letaknya kepada apa yang digerakkan dan dilaksanakan melalui organisasi tersebut. Sesekali perlu melihat kepada para duat, penggeraknya itu. Jadi, jelas di sini bahawa aspek untuk menilai organisasi itu cukup banyak.

Okay. Letaklah pandangan bahawa penilaian terhadap organisasi tersebut negatif. Tidak suka dan tidak berminat terhadap organisasi itu. Cukup benci, meluat dan banyak maki hamun di belakang yang kedengaran. Maknanya di sini, kuasa minda meletakkan penilaian tersebut kepada tahap kejahatan. Umpama pisau yang terhun
us bersedia menikam manusia.

Namun. Harus difikirkan bahawa fungsi pisau ke arah kebaikan itu banyak. Jadi tak salah memegang pisau itu kan? Walaupun mind set waktu itu mengatakan pisau ini adalah untu membunuh, menikam manusia. Jadi, kuasa mind set perlu menentukan peranan pisau itu untuk digunakan. Peganglah pisau itu dahulu. Kemudian fikir untuk kebaikan. Guna minda dan istikharah.

Organisasi dan Daie Bergerak Seiring

Penilaian sewaktu berada di luar dan sewaktu berada di dalam organisasi berlainan. Sekarang, fokus kepada sewaktu di dalam. Jika para duat penggerak boleh memimpin organisasi itu mengikut laras sebenar sebuah organisasi Islam, mengikuat manhaj sebenar sebuah jamaah Islam. InsyaAllah, Allah permudahkan.


Nampak? Mind set menentukan segalanya. Daie yang tidak menyukai organisasi itu boleh menukarkan mind setnya bila-bila masa mengikut kepentingan keadaan. Tetapi kepentingan tersebut mestilah untuk Islam. Jadi, apa yang perlu disokong sekarang? Tentulah Islam. Jamaah selepas Islam. Jemaah juga menjadi platform untuk bergerak sahaja. Jika bertentangan dengan Islam bagi sesebuah jemaah itu, tinggalkanlah ia. Ini untuk Islam.

Kita merancang, Allah juga merancang, dan yakinlah perancangan Allah adalah terbaik. Pimpinan sesebuah organisasi bukan manusia yang maksum. Malah begitu banyak kekurangan. Anda semua mengenali mereka. Sekali imbas, pasti ada kata yang melabelkan individu itu dan ini tidak layak. Pasti ada. Tapi, dah cakap kan, itu perancangan Allah.

Jangan hanya perkara furu', perkara lebih besar dan utama di hadapan tidak dipedulikan. Jangan juga mempertikaikan orang lain, tanggungjawab dia, apa sumbangan dia dah lakukan. Tapi, perlu islah dan tanya itu pada diri sendiri dahulu. Tengok dan tinjau suasana IPG. Tanya diri sendiri, di manakah sinaran Islam di sini...

p/s - guna pisau untuk benda baik.
- syukran pada 'anynomous'. suka cara kamu. tapi lagi suka kalau jujur dalam menzahirkan nama..(senang nak refer utk feedback) =)

-merujuk pada entry sebelum ni




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular