![]() |
hadiah sempena hari lahir murobbi. |
Suasana
ketika itu tenang, kami antara tetamu awal yang mendapatkan posisi pada saf
pertama di dalam masjid negeri Shah Alam. Waktu lebih kurang jam 6
petang, lagi 2 jam sebelum program bermula.
“Aku
rasa teruja sungguh boleh duduk kat sini, barisan paling hadapan pulak tu.” Ujar
sahabatku dengan senyuman bangga.
Mahu
tak bangga, majlis selawat yang dihadiri ribuan manusia dari pelbagai arah ini
begitu sukar untuk mendapatkan tempat duduk, terutama di barisan hadapan. Kali
ni kami berkesempatan.
Lebih-lebih
lagi, ia dihadiri ulama’ besar dunia, Al-Habib Umar bin Hafiz.
Keterujaan
kami pada waktu itu bertambah dengan ‘rezeki’ dapat bersalam dan menyentuh
tangan al-habib. Kami solat betul-betul di belakang beliau. Ketika tausyiah
& qasidah dialunkan, kami bertentangan mata dengan al-habib. Memang hampir benar
dengan sosok tubuh keturunan Rasulullah s.a.w itu.
Itu
adalah detik pertama kali aku berada dalam majlis selawat & qasidah. Ia
memori penuh energi yang sempat dirakam dan buat pertama kalinya juga aku
mengenal istilah “muhibbin”.
Selawat
& Perjuangan.
“akhi,
ana nak tanya…salah ke kalau kita mencapur adukkan perjuangan haraki ini dengan
muhibbin penuh kesufian?”
“ustaz,
apa pendapat ustaz kalau ada gerakan yang cenderung kepada selawat &
qasidah, apakah selari dengan manhaj perjuangan kita?”
Semua
soalan ini singgah di kotak fikiran.
Belum
sempat terjawab, fikiran aku jatuh pada satu wajah yang dikagumi, al-murobbi
syeikh zainul asri (pak long). Beliau antara figure ummah yang berjuang di
kedah dalam konteks haraki dan muhibbin.
Seringkali
aku mendengar pertanyaan sebegini, dan jika ditanya kepadaku, aku akan berlepas
diri untuk menjawab. Aku tidak tahu. Bagi aku, jawapannya ada pada sosok tubuh
yang bergerak itu, Pak Long Zainul Asri. Perwatakan dan perjuangan beliau
menjawab persoalan tersebut.
Pendirian
aku, lebih baik berada di tengah-tengah (wasatiyyah antara muhibbin dan haraki).
Aku banyak memerhati. Aku mengkaji suasana sekeliling, mendalami maksud
tarbiah, cara pendekatan dakwah, dan strategi siyasah. Aku juga mengaitkan
secara satu persatu elemen muhibbin ini dalam gerakan tarbiah, dakwah dan
siyasah itu. Waktu itu juga, aku hampir dengan mereka yang dominan pada
muhibbin dan haraki. Murobbi aku, seorang pendokong gerakan dakwah, banyak
pendekatan dakwahnya ini menjurus ke arah muhibbin. Aku cedok 100% input
tarbiah daripada beliau. Manakala naqib aku pula, dominan pentarbiahan haraki
pada dirinya, kurang menampakkan muhibbin dan kesufian serta dicetaknya juga
fikrah haraki yang diterima itu kepadaku 100%.
Aku
membanding beza.
Aku
terdedah kepada dua elemen ini dalam fasa pentarbiahan. Aku jelas, kedua-duanya
benar dan berdalil. Malah, jika kurang antara satunya, maka cacatlah kompetensi
daie itu. Tanpa kesufian dan mahabbah, harakah hanya menghasilkan
peribadi-peribadi yang memahami politik tetapi jiwanya keras dan tidak mengenal
kelembutan. Dan begitulah juga sebaliknya jika tanpa haraki, tiada makna pada
harakah.
Berjuang
perlu kepada berselawat, dan berselawat perlu kepada perjuangan (manifestasi
cinta kepada Nabi).
Jadi,
aku memlilih untuk berada di posisi wasatiyyah.
Harakah
Diutamakan.
Sebagai
ahli pendokong Islam, kita mesti jelas pada fikrah kita. Ketaatan dan kepatuhan
pada arahan itu perkara utama. Ia menjayakan fungsi qiyadah dan jundiah. Jangan
kerana kecenderungan kamu pada sesuatu perkara, rukun organisasi ini kamu
abaikan.
Organisasi
tetap menjadi keutamaan. Prinsip dan rukun perjuangan yang digariskan pada
organisasi perlu dipatuhi untuk membentuk kesatuan amal. Apabila dah memilih ia
sebagai jalan hidup kita, apa pun fikrah kamu perlu diselaraskan (wehdatul
fikr). Adapun kecenderungan itu jadikan perkara fardhi, bukanlah jamaie yang boleh
menggangu perjalanan organisasi itu.
Pada
ketika ini, perlu jelas dalam membezakan antara dasar dan pendekatan. Selagi mana
ia tak bercanggah dengan dasar, teruskan kecenderungan yang kamu dokong. Jika pendekatan
itu membawa manfaat yang besar pada amal jamaie sesebuah organisasi, teruskan.
Jiwa Sufi, Fikrah Haraki, Jasad Jundi.
p/s- Ustaz Hafez Sabri antara figure muhibbin haraki yg sangat aku kagumi. =)
p/s- Ustaz Hafez Sabri antara figure muhibbin haraki yg sangat aku kagumi. =)
2 Jun 2013.
0 comments:
Post a Comment