Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts


Pemuda & Dakwah


Jika dilihat pada ‘product’ pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.

2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.

3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’

4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.

Malangnya golongan pertama terlalu sedikit, mungkin segan kalau kita nak sebutkan tak sampai 10 peratus tetapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Pemuda dan perubahan Sebenarnya penggerak Dakwah diperingkat awal pengutusan Rasulullah SAW kebanyakannya terdiri dari pemuda-pemuda contohnya: Saidina Ali, Mus,ab, Saidina ‘Uthman dan lain-lain.

Dakwah juga cepat diterima dan berkembang di Madinah dan hebat mendapat tentangan di Makkah juga kerana faktor pemudanya. Penduduk Makkah dikuasai oleh golongan tua yang sukar meninggalkan pegangan lama mereka. Manakala Madinah pula majoriti yang menguasainya adalah pemuda kesan dari peperangan antara puak Aus dan Khazraj yang berlangsung hampir 200 tahun yang telah mengorbankan ramai generasi tuanya dan meninggalkan pemuda-pemuda sebagai pewaris mereka.

Abdullah Nasih ‘Ulwan pernah menyebut:

“Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berJihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...”

Dan beliau juga menyebut:

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”

Pemuda dan kemudaannya. Berbalik kepada persoalan asas yang dibincangkan; kenapa begitu sedikit yang dapat terus istiqamah dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah. Persoalan ini mungkin terjawab dengan kita mengenali siapakah pemuda dan apakah pengisian yang sepatutnya berlaku pada tempoh umur ini.

Zaman muda ialah suatu zaman yang cukup bergejolak, agresiff, bertenaga, cita- cita yang tinggi, keazaman yang kental dan semangat yang membara. Inilah keadaan pemuda di setiap zaman. Namun yang berbeza mungkin persekitaran yang ada disekitar mereka.

Pemuda-pemuda kita hari ini tidak banyak terikat dengan tanggungjawab, membesar dalam kemewahan dan kesenangan hidup, segala yang dihajati dicapai dengan mudah. Mungkin inilah yang membezakan kita dengan pemuda-pemuda Kahfi, pemuda Madinah dan pemuda awwalun yang lain.








Waqaf Diri Kerana Allah.


Kata-kata naqib aku masih lagi jelas pada benak fikiran ini. "Jangan enta larut dengan perjuangan ini atas dasar kawan-kawan dan ukhwah. Ia tidak kekal lama. Apabila berpisah sahaja kita dengan kawan-kawan, mungkin kita turut berpisah dan meninggalkan perjuangan."

"Ingatlah, asas ukhwah itu tidak kuat, hanya sekadar manis dan indah semata di kampus. Hakikatnya, kita akan berseorangan nanti. Enta akan dipostingkan seorang diri. Waktu itu, tiada kawan yang boleh memberi kepentingan pada perjuangan enta." Sangat berbeza term ukhwah yang digunakan dengan realiti sebenar.

Saat dan ketika itu, hanya kefahaman yang menjadi sumber kekuatan utama di kala berada pada medan lapangan sebenar. Jika kefahaman kita kuat, kita akan tahan. Datanglah sehebat mana mehnah dan halangan, insyaAllah kita akan tetap istiqamah. Matlamat kita kena jelas, intima' ini adalah kerana akidah dan kewajipan akidah. Atas dasar iitulah marhalah tarbiah disusun bermaksudkan kefahaman, bukannya ukwah.

Al-fahmu sebelum Al-ukhwah

Bila aku mengatakan faham lebih utama berbanding ukhwah, bukan bermakna aku menafikan terus elemen ukhwah, tidak, bukan begitu. Cumanya, apabila kesemua berkumpul atas dasar faham, ia lebih menguatkan kita teman. Bila faham, kita akan punya matlamat yang jelas untuk bekerja. Bila faham, kita akan terdorong untuk berkorban.

Ukhwah?

Ia juga penting dan bertindak sebagai pelengkap kepada perjuangan. Para sahabat berukhwah bersama Nabi. Mereka sayang antara satu sama lain. Hebatnya ukhwah antara mereka hingga sanggup mengorbankan kepentingan diri. Hebat ukhwah mereka, hingga sanggup mati kerana Nabi, kerana sahabat. Ini kerana ukhwah mereka diasaskan kerana lillahi taala dan faham akan tuntutan utama, iaitu menegakkan Islam.

Itu jika meletakkan faham pada perjuangan.

Namun, jika kita berukhwah bukan kerana perjuangan, ia kurang bermakna. Ukhwah di luar perjuangan MANIS. Boleh bergelak tawa, bersuka ria, bermanis muka. Tetapi, bila tiba waktu perjuangan, ukhwah kita akan diuji. Pada waktu itu, kita boleh nilai sejauh mana kefahaman kita pada maksud ukhwah islamiyyah.

Seringkali ukhwah ketika dalam perjuangan, jarang dan sukar untuk dapat MANISnya. Masing-masing mengenepikan awlawiyyat. Bahaya virus ini, mungkinkah maqasid kita berukhwah bukan pasak atas PERJUANGAN?

Kerana itulah pentingnya muhasabah. Niat perlu sentiasa ditajdidkan. Kita berukhwah kerana apa teman? Kita bekerja kerana siapa teman? Awlawiyyat kita ke mana teman? Ayuh, letakkan keazaman dan niat yang ikhlas pada perjuangan yang suci ini. Berusahalah untuk mencontohi Nabi dalam perjuangan (faham feqh harakah Nabi), dan berukhwah kerana Allah sebagaimana ukhwah para sahabat.

Waqaflah diri kerana Allah teman. :)

Allahumma faqqihna fid deen...
Allahummarzuqna lil istiqamah wal ikhlas....

Amiin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular