Daurah Turath 2011



"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]


Alhamdulillah, biiznillah (dengan izin Allah) diberi peluang untuk khatam sebuah kitab sepanjang cuti ini. Kitab berjudul Sullamul Mubtadi karangan ulama' besar Fathani, (Syeikh Daud Al-Fathani) ini ditalaqqi secara 'kilat' sepanjang 9 hari, selama 8 jam sehari. Namun, untuk faham dan hadam segala isinya mustahil dalam masa singkat ini, iyalah para khadam ilmu terdahulu pun mengambil masa paling kurang setahun atau lebih untuk betul-betul memahami segala matan kitab sekali syarah tuan guru yang panjang lagi. 'Ala kulli hal, kitab Sullamul Mubtadi ini berjaya dikhatamkan, dapatlah juga gambaran kasar ilmu feqh yang masyaAllah tabarakallah sangat banyak. Betullah kata orang, lagi banyak belajar dan tahu ilmu, lagi terasa bodoh dan jahil diri ini!


Sesi terakhir iaitu pengijazahan kitab bersanad daripada Syeikh Aziz sampai kepada tuan pengarang

Isi kandungan kitab Sullamul Mubtadi

Antara sebahagian peserta muslimah yang bermujahadah untuk ilmu

Peluang hanya datang sekali seumur hidup. Kalau ia sudah berlalu, ia tidak akan kembali lagi. Ketika ia datang, manfaatkanlah dengan sebaik mungkin kesempatan itu. Begitu juga peluang dan masa untuk menuntut ilmu, khasnya ilmu berbentuk syar'ie. Ilmu ini wajib dicari. Ia tuntutan Allah dan Rasul-Nya dalam usaha untuk menghilangkan kejahilan diri. Sekurang-kurangnya ia perlu dituntut hingga belengu kewajipan fardhu ain terlepas daripada diri kita. 

Kita perlu malu mengaku muslim bila mana terlalu obses mengejar perkara yang sunat hingga perkara wajib 'aini (fardhu ain) ini tidak dihiraukan langsung. Fa'lam. Belajarlah!


Sesi bergambar peserta muslimin DATAB [daurah kitab] bersama guru-guru dan syeikh Pondok Kandis, Bachok Kelantan


- Pondok Moden Kandis, Bachok Kelantan
- 17-25 DIS 2011





Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu


Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.

Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.


SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.


SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Wangsa Maju, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia


di copy untuk dakwah daripada:
http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/11/kisah-menarik-perbezaan-sang-alim-sang.html


The Arrival - Masjid Terapung


Dunia sedang menyaksikan kebangkitan Islam di asia barat atau lebih spesifiknya di negara-negara arab. Bermula kejatuhan Zine al-Abedine Ben Ali, presiden yang memerintah selama lebih 23 tahun di Tunisia hinggalah ia menular ke Mesir di bawah pemerintahan Husni Mubarak. Gelombang kebangkitan ini dikaji dan dibahas secara meluas oleh pelbagai pihak, baik daripada gerakan Islam hinggalah kepada kuasa-kuasa besar dunia, kuffar diktaktor abad moden ini.

Apa yang menarik sehingga kini, gelombang ini tidak dapat dihapuskan walau apa cara yang dibuat. Ini menunjukkan janji ayat-ayat Allah tidak dapat ditutup, secara yakin lagi bahawa ini merupakan petanda awal mula bangkitnya khilafah Islam yang roboh 1424 yang lepas dalam kejahatan sekularisme dan konspirasi yang tersusun.

Sehingga post ini ditulis, gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dan bertanding atas pentas siyasah menunjukkan alamat positif dengan kemenangan yang cemerlang. Menunjukkan parti Islam yang didokong puluhan ulama' diterima rakyat dalam menuju pemerintahan berlandaskan hukum Islam. 

Bermula kemenangan AK Parti di Turki di bawah kepimpinan Erdogan, seterusnya Parti Islam An-Nahda di Turnisia, ia merebak ke Morocco menerusi parti Keadilan dan Pembangunan (PJD). Dan yang terbaru, dunia sedang menyaksikan pilihanraya mesir dan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang bertanding menerusi proksi badan politik Parti Al-Huriyyah wal 'Adalah (Kebebasan & Keadilan) yang dijangkakan turut mendapat majoriti undi bagi menjadikan matlamat pemerintahan Islam di Mesir turut tercapai. 

Sesungguhnya, Ikhwanul Muslimin yang diasaskan As-Syahid Hassan Al-Banna menyaksikan kemenangan itu berlaku tetapi selepas 80 tahun terjadinya peristiwa pembunuhan As-Syahid. Benarlah, Islam itu bersifat mata rantai perjuangannya, jika bukan pada zaman ini, ia pasti akan menyaksikan kemenangannya direalisasikan zaman anak, cucu pejuang itu sendiri. Perjuangan bersifat satu jangka masa yang panjang.


Kemenangan yang diraih gerakan Islam seluruh dunia itu pasti akan menular ke Malaysia. Ummah yang mengaku Islam ingin melihat Islam itu tertegak di negara, satu skop pelaksanaan Islam yang tidak pernah dikecapi selama 53 tahun yang lepas. Apa yang pasti, Islam itu PASti menang, cuma keberadaan kita pada waktu itu dimana, menjadi salah seorang penyumbang kemenangankah atau hanya muslim yang hanya menyaksikan kemenangan dengan laungan takbir dan ta'zim semata-mata? Menjadi pendokong atau penyokong, pilihan itu di tangan kita.


- Post kali ini ditulis bagi menyentuh satu isu global dan isu Islami yang perlu difikirkan menerusi sudut pandang 'birdview' dan mendalam. Kita perlu lihat menyeluruh aspek kemenangan tersebut dan impaknya pada golongan yang memegang kuasa dunia sekarang ini, yahudi laknatullah. 

Kemenangan demi kemenangan menjadi ancaman untuk konspirasi selanjutnya. Mereka merancang dan Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah adalah terbaik.

- Suasana di Malaysia, gerakan Islam mula mendapat tempat. Sekularisme mula goyah, berkonspirasi, tetapi gelombang asia barat tidak boleh disekat untuk sampai ke Malaysia juga. Cuma waktu menentukan.

- Gambar Masjid Terapung yang ditunjukkan sebagai simbolik dan gambaran pemerintahan Islam pasti akan dikembalikan jua di sini, Terengganu, tanah yang banyak melahirkan tokoh gerakan Haraktul Ummah Malaysia ini. Terbaik Terengganu, dar al-Iman - baldatun toyyibah wa Rabbun ghafurr.


Malam ini berangkat ke Perlis untuk curahan sedikit khidmat, moga amal diterima, tunggu blog terisi balik, yeah! =)





Masjid Sultanah Nur Zahirah


Pernah juga aku terfikir pada mula-mula blog ini wujud, post dan entry yang dibuat adalah hanya mempamerkan sekeping gambar. Dalam istilah mudah, ia dipanggil 'photoblogging'. Sebab apa? Sebab photoblog ini tersangatlah terkenal dalam dunia blogger dan cukup mudah untuk dibuat, letak gambar dan tak perlu buat karangan panjang-panjang. Lagipun mat salleh pun ada cakap kan, "a picture tells a thousand words". Sekeping gambar sudah cukup untuk menyampaikan mesej yang pelbagai di dalamnya dan 1001 tafsiran boleh dibuat mengikut kefahaman sesiapa yang melihat gambar itu.

Tetapi, cita-cita itu terpaksa dipendam kerana untuk 'create' satu gambar memerlukan sebuah alat yang dipanggil kamera (at least digital compact). Pada waktu tu, satu kamera pun aku takdak tapi sangatlah meminati gadjet ini. Kalau nak cakap pasal minat, dah lama aku jadi silent follower dunia gambar gegambar ni. Bidang photography bukanlah asing bagi mereka yang minat pada graphic designing. Banyak graphic designer yang berkarya menjadikan photography sebagai pelengkap kepada artwork design masing-masing antaranya kukubesi manipulasi, sifoo.com, dan ezhan artwork. Designer-designer ini antara yang terkenal di Malaysia dan yang juga antara mereka yang pernah aku jadikan reference sejak form 4 (2007) lagi (oh, sudah 5 tahun rupanya aku 'addicted' dunia ni, ekekeke... ).

Keinginan untuk memiliki sebuah kamera (spesifik pada DSLR) bertambah khususnya ketika memasuki IPG. Aku terpengaruh pada photographer-photographer senior ketika minggu pertama di sini lagi. Tetapi, untuk jadi photographer yang bijak, bukanlah perlu 'isti'jal' beli tanpa mengetahui cara menggunakannya, teramatlah perlu untuk 'study' seni pada gambar dan brand itu terlebih dahulu. Bermula daripada level pra persediaan, aku ikhtiar belajar photo dan editing, seterusnya mengumpul 'harta' dan hingga level degree barulah D7K ini berada di depan mata dengan izin Allah. :)

Okay, post kali ni bukan nak cerita pasal sejarah dan jejak kasih tu, aku hanya nak maklum yang blog ini [http://tekno-daie.blogspot.com/] adalah sebuah photoblog. Moga dapat manfaat daripada gambar-gambar yang terisi di sini, biarlah gambar berbicara. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada semua. =)


* Beberapa keping gambar Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang Terengganu yang diambil daripada sudut yang pelbagai. Gambar di ambil pada 30 Nov 2011.
















3 Golongan Memasuki Syurga Tanpa Hisab


1- Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
2- Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
3- Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan

Jom Solat berjemaah di Masjid! =)





Bijaksana pada Minat


Ada apa pada nilaian sesuatu bakat? Ramai yang memuji dan menyokong. Tidak lupa juga pada yang mengkritik dan mencemuh. Biasalah der, mulut manusia tiada siapa boleh tutup. Bebas dijadikan bertutur pada semua perkara, dan kerana itulah perlu bijak dalam menggunakannya.

Begitu juga dalam menggunakan bakat. Ia cantik penuh bervariasi dan unik. Ia anugerah Ilahi. Diberi pada mereka bertetepatan dengan minat dan inkuiri peribadi seseorang. Cuma, perlu bijak mencari dan mengeksploitasi mengikut landasan yang betul. Jika betul digunakan, maka ia berpahala dan jika salah ia sama sekali menjahanamkan diri, baik secara dalaman atau luaran, lambat atau cepat.


Antara kenangan 2011 yang sempat dirakam dalam harakahdaily, mendapat rezeki tempat ke-2
dalam pertandingan mencipta kad raya PAS : road to putrajaya.


Bakat untuk rezeki. kad raya yang mendapat rezeki tempat ke-2, berserta wang tunai
bernilai RM2000 yang merupakan duit raya pertama diperoleh tempoh hari. 


Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. 
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

[As-Syams : 8-10]


Bijaksanakanlah menggunakan bakat. Nescaya ia memberi keuntungan pada diri. =)










Halusinasi Alpa : Bangkitlah


"Seorang bapa meliwat anak lelakinya yang berusia dua puluh lima hari.."

"Tiga daripada enam remaja berumur antara 18-28 tahun pernah terlibat dengan gejala zina.."

"Tiga kanak-kanak berusia antara 10-11 tahun ditangkap atas dakwaan merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun..."

"Seorang remaja mendedahkan yang dia sudah mula mengamalkan gaya hidup seks bebas sejak berusia dua belas tahun lagi.."


"Seorang remaja perempuan berusia empat belas tahun dijumpai dalam keadaan lemah kerana baru sahaja melahirkan seorang bayi. Sebelum itu empat lagi kandungan pernah digugurkannya..."



Masyarakat sedang sakit tenat. Dan apa yang telah kita lakukan?



Sibuk bergaduh, bertelagah cara berdakwah siapa yang lebih tepat, yang lebih hebat.


Masyarakat sedang terkapai-kapai, sudah mahu jatuh ke dalam jurang neraka. Dan apa yang telah kita lakukan?

Begitu asyik berdebat siapa yang patut dihantar ke mana, kawasan mana yang tidak boleh dimasuki dan hey sila perhatikan dia itu sungguh saspisyes orangnya!


Masyarakat sedang nazak, menanti-nanti tabib untuk merawat mereka. Dan apa yang telah kita lakukan?


Begitu bersemangat mencari kesalahan orang lain, rancak menyalahkan orang ini dan galak menuding orang itu. 

Masyarakat sedang lemas, terkontang-kanting menanti penyelamat untuk menarik mereka ke darat. Dan apa yang telah kita lakukan?

Larut dalam keriangan berukhuwwah, berana-enta , berbulatan gembira dan tak sabar-sabar menantikan konferens riang yang seterusnya.

Wahai, masyarakat di luar sana sedang berada di dalam kegelapan yang lebih pekat daripada kehitaman malam. Dan selama ini, apa yang telah kita lakukan..?

Ada kita tunjukkan mereka jalan? Ada kita suluhkan mereka dengan cahaya kebenaran? Ada kita pimpin tangan mereka yang dahagakan panduan?

Atau kita hanya syok berhalaqah, riang berdaurah dan gembira berusrah? Kita sangkakan kita sudah bekerja, walhal apa yang kita lakukan hanyalah berbulatan gembira dua-tiga kali seminggu dan sekali-sekala berkonferens riang? Kita rasa sudah cukup berkorban masa, tenaga, emosi dan jiwa kita, sedangkan apa yang kita lakukan selama ini hanyalah duduk diam tidak berbuat apa-apa...??


"Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu.."
[Muhammad, 47:7] 


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri.."
[ar-Ra'ad, 13:11] 

Wahai! Bangkitlah! Bangunlah dari lenamu! Kejutkan daku dari tidur siang ini! Gerakkan aku dari angan-angan kosong ini..!



Bukalah! Bukalah mata dan hatimu! Nescaya anda dapat menyaksikan yang sebenarnya selama ini kita hanya berlakon di atas pentas drama dan tidak berpijak di bumi yang nyata! Selama ini kita nyenyak tidur di dalam kepompong gembira, dikelilingi oleh sutera-sutera lembut yang mendodoi lena kita!

Buanglah! Buanglah ego yang menebal di benakmu itu, dan saksikanlah yang kita tidak selalunya betul! Kikislah! Kikislah keangkuhan yang bermaharajalela di dalam jiwamu itu, dan ketahuilah yang kita ini hanyalah marhaen yang hina, papa dan kedana!

Ayuh bangkitlah! Masyarakat di luar sana sedang nazak, hanya menanti masa jiwa dan nyawa mereka dirobek, dicarik Malaikatul Maut! Dan apa yang telah kita lakukan selama ini...??

Islam itu bukan pada blog, vlog, fb semata-mata. Tetapi wujud pada amal di alam realiti, pada rumah yang diduduki, pada rakan-rakan yang disantuni, pada keluarga yang dikasihi, pada seluruh kehidupan yang dihuni. Da'ie tertipu adalah da'ie yang mengira 'counter hit' dan 'like' yang banyak, dan merasa cukup dengan merasakan dirinya diperhati. -Hilal Asyraf 




1433 Hijrah




Salam Maal Hijrah 1433. 

Sempena kedatangan tahun baru Islam ini, saya mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk refleksi, check balik sepanjang 1432 h yang lepas. Apakah azam yang ditanam pada awal tahun berjaya dicapai? Ada perubahankah pada diri kita ini? Ataupun semuanya masih sama seperti 1431 h yang lalu.

Teringat pada pesanan Syeikh Zainul Asri, hati yang ada pada diri kita sekarang ini, jangan biarkan ia sama keadaanya seperti hati 5, 10 dan 20 tahun yang lepas. Keadaan hati sentiasalah di upgrade, tambah cahaya(ilmu, makrifat, ibadah, dan kebergantungan pada-Nya).

Berhijrahlah. Ia sunnah baginda Nabi Saidina Muhammad s.a.w dan para sahabat. Hijrah bukan bermakna kita perlu berpindah ke rumah baru, atau dari kampung ke bandar semata-mata. Hijrah membawa erti kita berubah memperbaiki diri daripada tidak baik kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik.

InsyaAllah, moga dipermudahkan Allah. Sirru 'ala barakatillah..







Berdoalah




9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab:

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,
fighrli atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam




Tribute : Mereka Tiada Ganti






Rasa sekejap bersama mereka. Hampir 2 tahun lebih mengenali dah terpaksa berpisah. Banyak perkara aku belajar daripada mereka. Berpuluh-puluh pengalaman dikongsi, terutamanya abang asyran dan abang muhaimin. Mereka antara yang aku rapat. Begitu juga senior-senior lain, banyak membantu dan mengajar walaupun secara langsung / tidak langsung. 

Terima kasih semua. Selamat berkhidmat!





Ghuraba'



"ish, apa politik-politik ni, semua sama je, baik pro belah sana, atau belah sini ke, pembangkang, biru, hijau putih, semua sama je!"

Ramai yang memandang sesuatu perkara dari sudut luaran dan terus menghukumnya tanpa cuba 'mendekati' maksud sebenar disebalik sudut luaran itu. melihat pada perjuangan yang menggunakan siyasah sebagai medannya, ada yang mencaci kerana masuk ke dalam sistem barat yang penuh dengan kekotoran dan kejijikan. yang berfikir islamik skit, terus menghukum mereka khawarij!

Begitulah kebiasaanya. manusia menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu. lebih bertambah parah apabila ramai berusuha menegakkan kejahilan itu. apa salahnya, buka minda, banyakkan berfikir, dan budayakan gali dan cari, pasti menemui sesuatu. masalahnya, ramai yang tertutup dan malas ambil tahu sekadar menjadi pak turut dalam mencaci. 

Pelajarilah. Mereka sebenarnya bukan parti politik semata-mata, itu hanya cebisan daripada himpunan seluruh aspek perjuangan yang syumul. Mereka adalah harakatul dakwah, malah sebuah harakatul ummah. Perjuangan yang salah, mustahil untuk kekal sebagaimana perjuangan ini yang masih bertahan dan kekal hingga hari ini kerana prinsipnya yang utuh menjunjung tinggi Al-Quran dan Sunnah.






Taman Syurga





Disabdakan Baginda s.a.w taman syurga (raudhatul jannah) di dunia ini ialah majlis Ilmu.
Dengan ilmu, kita dapat mengenal Allah, memahami tujuan kita diciptakan. Jom, hadiri majlis ilmu.







Angry Birds : Jundullah yang Berjiwa Syuhada'



"Angry Birds". Salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh aku sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal semuanya suka bermain game ini tidakkah anda pernah tertanya-tanya?

Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. Tetapi tahukah kita semua bahawa game Angry Birds ini dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah?

Banyak unsur uslub dakwah dan nilai tarbiah yang 'diselitkan' di dalam game ini, antara yang boleh diperhatikan:


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. 



Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya! Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya, terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:110)



2) Amal Jamaie




Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun



Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? Tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.

Kenapa? Kerana Saidina Ali mengatakan:

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? Diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu.



Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya yang reti potong kayu pergi serang kayu. yang boleh hancurkan batu pegi hancurkan batu. dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza. Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam eh silap untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat

Dan sebagai qiyadah perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main. Dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.




6) Ukhuwah

Lastly kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang. Mereka sedih dan marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya.


Mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka, nauzubillah.

Kenapa?

Sebab kita menyayangi saudara kita. Sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah dan kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam maka tidak akan wujud game Angry Birds ini.

Jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka(muharrik) begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam. Malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" 
(An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna. Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu:

"Jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya. Dan daripada situlah mereka yang mendokong Islam pasti akan menemui jalan ke arah kemenangan Islam seperti yang dijanjikan.."



"Ukhuwah Teras Kegemilangan"



Jiwa Perjuangan


Insan Yang membawa Islam sangat besar amanahnya. Seringkali diuji dan dibolak balikkan hatinya. Seringkali diragu-ragukan hatinya. Maka pintalah pada Allah agar ditetapkan hati kita, dan tergolong dalam kalangan yang ikhlas. Agar segala mehnah dan tribulasi mampu kita hadapi. 
Sekali berjuang, Selamanya berjuang!





Cinta Muhibbin





"Apabila kita mengenang orang-orang yang soleh sehingga bergetar hati dan rindu kita kepadanya , ALLAH Swt akan menurunkan rahmat-Nya kepada kita"


-Al-Habib 'Ubaidillah Al-Aydrus Al-Habsyi , Majlis Haul Imam Abdullah Al-Haddad, Masjid MATIN




Pemuda Rabbani





Kita bukan orang Politik, kita bukan orang tarbiyah, kita bukan pendakwah tetapi kita adalah pemuda Rabbani, pemuda Ansorullah yang merangkumi seluruh kepentingan Islam termasuklah politik, tarbiyah, dakwah dan segala-galanya. Melengkapi keSYUMULan Islam. Inilah yang ingin dilahirkan daripada produk-produk PAS. Saf pejuang yang seimbang dan sepadu. 

(Ketua DPPM, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular