Daurah Turath 2011



"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]


Alhamdulillah, biiznillah (dengan izin Allah) diberi peluang untuk khatam sebuah kitab sepanjang cuti ini. Kitab berjudul Sullamul Mubtadi karangan ulama' besar Fathani, (Syeikh Daud Al-Fathani) ini ditalaqqi secara 'kilat' sepanjang 9 hari, selama 8 jam sehari. Namun, untuk faham dan hadam segala isinya mustahil dalam masa singkat ini, iyalah para khadam ilmu terdahulu pun mengambil masa paling kurang setahun atau lebih untuk betul-betul memahami segala matan kitab sekali syarah tuan guru yang panjang lagi. 'Ala kulli hal, kitab Sullamul Mubtadi ini berjaya dikhatamkan, dapatlah juga gambaran kasar ilmu feqh yang masyaAllah tabarakallah sangat banyak. Betullah kata orang, lagi banyak belajar dan tahu ilmu, lagi terasa bodoh dan jahil diri ini!


Sesi terakhir iaitu pengijazahan kitab bersanad daripada Syeikh Aziz sampai kepada tuan pengarang

Isi kandungan kitab Sullamul Mubtadi

Antara sebahagian peserta muslimah yang bermujahadah untuk ilmu

Peluang hanya datang sekali seumur hidup. Kalau ia sudah berlalu, ia tidak akan kembali lagi. Ketika ia datang, manfaatkanlah dengan sebaik mungkin kesempatan itu. Begitu juga peluang dan masa untuk menuntut ilmu, khasnya ilmu berbentuk syar'ie. Ilmu ini wajib dicari. Ia tuntutan Allah dan Rasul-Nya dalam usaha untuk menghilangkan kejahilan diri. Sekurang-kurangnya ia perlu dituntut hingga belengu kewajipan fardhu ain terlepas daripada diri kita. 

Kita perlu malu mengaku muslim bila mana terlalu obses mengejar perkara yang sunat hingga perkara wajib 'aini (fardhu ain) ini tidak dihiraukan langsung. Fa'lam. Belajarlah!


Sesi bergambar peserta muslimin DATAB [daurah kitab] bersama guru-guru dan syeikh Pondok Kandis, Bachok Kelantan


- Pondok Moden Kandis, Bachok Kelantan
- 17-25 DIS 2011





Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu


Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.

Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.


SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.


SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Wangsa Maju, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia


di copy untuk dakwah daripada:
http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/11/kisah-menarik-perbezaan-sang-alim-sang.html


The Arrival - Masjid Terapung


Dunia sedang menyaksikan kebangkitan Islam di asia barat atau lebih spesifiknya di negara-negara arab. Bermula kejatuhan Zine al-Abedine Ben Ali, presiden yang memerintah selama lebih 23 tahun di Tunisia hinggalah ia menular ke Mesir di bawah pemerintahan Husni Mubarak. Gelombang kebangkitan ini dikaji dan dibahas secara meluas oleh pelbagai pihak, baik daripada gerakan Islam hinggalah kepada kuasa-kuasa besar dunia, kuffar diktaktor abad moden ini.

Apa yang menarik sehingga kini, gelombang ini tidak dapat dihapuskan walau apa cara yang dibuat. Ini menunjukkan janji ayat-ayat Allah tidak dapat ditutup, secara yakin lagi bahawa ini merupakan petanda awal mula bangkitnya khilafah Islam yang roboh 1424 yang lepas dalam kejahatan sekularisme dan konspirasi yang tersusun.

Sehingga post ini ditulis, gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dan bertanding atas pentas siyasah menunjukkan alamat positif dengan kemenangan yang cemerlang. Menunjukkan parti Islam yang didokong puluhan ulama' diterima rakyat dalam menuju pemerintahan berlandaskan hukum Islam. 

Bermula kemenangan AK Parti di Turki di bawah kepimpinan Erdogan, seterusnya Parti Islam An-Nahda di Turnisia, ia merebak ke Morocco menerusi parti Keadilan dan Pembangunan (PJD). Dan yang terbaru, dunia sedang menyaksikan pilihanraya mesir dan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang bertanding menerusi proksi badan politik Parti Al-Huriyyah wal 'Adalah (Kebebasan & Keadilan) yang dijangkakan turut mendapat majoriti undi bagi menjadikan matlamat pemerintahan Islam di Mesir turut tercapai. 

Sesungguhnya, Ikhwanul Muslimin yang diasaskan As-Syahid Hassan Al-Banna menyaksikan kemenangan itu berlaku tetapi selepas 80 tahun terjadinya peristiwa pembunuhan As-Syahid. Benarlah, Islam itu bersifat mata rantai perjuangannya, jika bukan pada zaman ini, ia pasti akan menyaksikan kemenangannya direalisasikan zaman anak, cucu pejuang itu sendiri. Perjuangan bersifat satu jangka masa yang panjang.


Kemenangan yang diraih gerakan Islam seluruh dunia itu pasti akan menular ke Malaysia. Ummah yang mengaku Islam ingin melihat Islam itu tertegak di negara, satu skop pelaksanaan Islam yang tidak pernah dikecapi selama 53 tahun yang lepas. Apa yang pasti, Islam itu PASti menang, cuma keberadaan kita pada waktu itu dimana, menjadi salah seorang penyumbang kemenangankah atau hanya muslim yang hanya menyaksikan kemenangan dengan laungan takbir dan ta'zim semata-mata? Menjadi pendokong atau penyokong, pilihan itu di tangan kita.


- Post kali ini ditulis bagi menyentuh satu isu global dan isu Islami yang perlu difikirkan menerusi sudut pandang 'birdview' dan mendalam. Kita perlu lihat menyeluruh aspek kemenangan tersebut dan impaknya pada golongan yang memegang kuasa dunia sekarang ini, yahudi laknatullah. 

Kemenangan demi kemenangan menjadi ancaman untuk konspirasi selanjutnya. Mereka merancang dan Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah adalah terbaik.

- Suasana di Malaysia, gerakan Islam mula mendapat tempat. Sekularisme mula goyah, berkonspirasi, tetapi gelombang asia barat tidak boleh disekat untuk sampai ke Malaysia juga. Cuma waktu menentukan.

- Gambar Masjid Terapung yang ditunjukkan sebagai simbolik dan gambaran pemerintahan Islam pasti akan dikembalikan jua di sini, Terengganu, tanah yang banyak melahirkan tokoh gerakan Haraktul Ummah Malaysia ini. Terbaik Terengganu, dar al-Iman - baldatun toyyibah wa Rabbun ghafurr.


Malam ini berangkat ke Perlis untuk curahan sedikit khidmat, moga amal diterima, tunggu blog terisi balik, yeah! =)





Masjid Sultanah Nur Zahirah


Pernah juga aku terfikir pada mula-mula blog ini wujud, post dan entry yang dibuat adalah hanya mempamerkan sekeping gambar. Dalam istilah mudah, ia dipanggil 'photoblogging'. Sebab apa? Sebab photoblog ini tersangatlah terkenal dalam dunia blogger dan cukup mudah untuk dibuat, letak gambar dan tak perlu buat karangan panjang-panjang. Lagipun mat salleh pun ada cakap kan, "a picture tells a thousand words". Sekeping gambar sudah cukup untuk menyampaikan mesej yang pelbagai di dalamnya dan 1001 tafsiran boleh dibuat mengikut kefahaman sesiapa yang melihat gambar itu.

Tetapi, cita-cita itu terpaksa dipendam kerana untuk 'create' satu gambar memerlukan sebuah alat yang dipanggil kamera (at least digital compact). Pada waktu tu, satu kamera pun aku takdak tapi sangatlah meminati gadjet ini. Kalau nak cakap pasal minat, dah lama aku jadi silent follower dunia gambar gegambar ni. Bidang photography bukanlah asing bagi mereka yang minat pada graphic designing. Banyak graphic designer yang berkarya menjadikan photography sebagai pelengkap kepada artwork design masing-masing antaranya kukubesi manipulasi, sifoo.com, dan ezhan artwork. Designer-designer ini antara yang terkenal di Malaysia dan yang juga antara mereka yang pernah aku jadikan reference sejak form 4 (2007) lagi (oh, sudah 5 tahun rupanya aku 'addicted' dunia ni, ekekeke... ).

Keinginan untuk memiliki sebuah kamera (spesifik pada DSLR) bertambah khususnya ketika memasuki IPG. Aku terpengaruh pada photographer-photographer senior ketika minggu pertama di sini lagi. Tetapi, untuk jadi photographer yang bijak, bukanlah perlu 'isti'jal' beli tanpa mengetahui cara menggunakannya, teramatlah perlu untuk 'study' seni pada gambar dan brand itu terlebih dahulu. Bermula daripada level pra persediaan, aku ikhtiar belajar photo dan editing, seterusnya mengumpul 'harta' dan hingga level degree barulah D7K ini berada di depan mata dengan izin Allah. :)

Okay, post kali ni bukan nak cerita pasal sejarah dan jejak kasih tu, aku hanya nak maklum yang blog ini [http://tekno-daie.blogspot.com/] adalah sebuah photoblog. Moga dapat manfaat daripada gambar-gambar yang terisi di sini, biarlah gambar berbicara. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada semua. =)


* Beberapa keping gambar Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang Terengganu yang diambil daripada sudut yang pelbagai. Gambar di ambil pada 30 Nov 2011.
















3 Golongan Memasuki Syurga Tanpa Hisab


1- Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
2- Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
3- Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan

Jom Solat berjemaah di Masjid! =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular