Dakwah & Tarbiah bukan untuk si Manja

 
Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang malas
Dakwah BUKAN untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang cepat bosan,lari ,lompat-lompat,sekejap down,sekejap up,cepat terasa.

·Tarbiyyah BUKAN bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join ,yang penat ,bersusah payah elak.
·BUKAN untuk orang yang mencari Tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.

·BUKAN bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
·BUKAN yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat,tidak berkongsi dengan orang lain.
·BUKAN yang cepat mengalah.

·BUKAN yang meletakkan mabit,qiamullai dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting yang lain.
·BUKAN yang hanya pandai cakap (dan menulis) tapi amal kosong.
·BUKAN yang hanya compare jemaah itu dan ini,yang boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini.
·Dakwah BUKAN untuk orang yang ikut Liqa’ hanya akan disebut sebagai ahli dalam harakah itu dan ini jemaah itu dan ini.

·Dakwah BUKAN untuk orang yang tidak boleh diberikan tugasan last minute.
·Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak keluarkan duit,infaq ke jalan Allah.
·Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak sesekali tidur lewat ,terpaksa berjalan jauh.
·Dakwah BUKAN bagi orang yang ada program untuk ikut terlibat,mesti naik kereta besar dan mewah ,yang air-cond dan laju.Yang tak nak naik bas,public transport dan yang kena berpeluh-peluh.

·Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang contact dan info dia tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss,hanya tunggu information.
·Dakwah BUKAN bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta ,yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah,miskin,dan pakai comot.

·Dakwah BUKANlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,kerja nak beri alasan ini dan itu.Penat,mengantuk,susah,banyak kerja,keluarga tak bagi keluar.


TARBIYYAH bukanlah segala-galanya
Tapi segala bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda,orang yang sering beralasan ini,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara.


Langkah Praktikal Membaiki Diri [ Islahun Nafsak ]

 
1. Mukasyafah:

Makna mukasyafah: Seseorang individu memeriksa dirinya dan berterus-terang dengan dirinya.  Kemudian dia menentukan ubat bagi penyakit yang dihadapinya oleh imannya, muamalatnya, dan akhlaknya. Individu tersebut juga akan memeriksa setiap anggotanya secara khusus dan memastikan samada anggota-anggota tersebut istiqomah dan baik ataupun terdapat keaiban yang memerlukannya untuk berhenti seketika untuk membaikinya. Firman Allah s.w.t : “Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).” (Surah Al-Qiamah : 14,15)

Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud: "Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinyadan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih."

Allah s.w.t telah meletakkan suatu timbangan fitrah di dalam diri manusia bagi menjadi kayu pengukur ketika dalam keraguan. Dari Wabishah bin Ma'bad r.a., katanya: "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Engkau datang ini hendak menanyakan perihal kebajikan?" Saya menjawab:"Ya." Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: "Mintalah fatwa - keterangan atau pertimbangan – pada hatimu sendiri. Kebajikan itu ialah yang jiwa itu menjadi tenang padanya - di waktu melakukan dan setelah selesainya, juga yang hatipun tenang pula merasakannya,sedang dosa ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam jiwa serta bolak-balik - yakni ragu-ragu - dalam dada - hati, sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu; ya, sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu."

Di dalam sahih muslim: Kisah Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik kerana merasai perubahan mustawa (peringkat)  keimanannya ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w dan merasakan mustawa keimanannya menjadi lemah apabila bersama ahli keluarganya.  Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada didalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tetap sebagaimana hal keadaanmu di sisiku dan juga senantiasa berzikir - ingat kepada Allah, niscayalah malaikat-malaikat itu menjabat tanganmu semua, baik ketika engkau ada di hamparanmu - sedang tidur, juga ketika ada di jalananmu - sedang berjalan-jalan. Tetapi, hai Hanzhalah, sesaat dan sesaat - maksudnya sesaat untuk melakukan peribadatan kepada Allah dan sesaat lagi untuk mengurus segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya”

2. Muahadah:

Maksudnya: Seseorang individu membuat perjanjian dengan Allah s.w.t bahawa dia tidak akan melakukan dosa (besar atau kecil ) dan berjanji untuk memperbaiki keaiban dan penyakit-penyakitnya sehingga dia menjadi seorang muslim yang terbaik dan dicintai oleh Allah s.w.t dan rasulNya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Isra’ :34). Ketikamana muslim tersebut berasa lemah ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang dicintai jiwa dan syahwat dia akan teringat kepada janjinya dan menjaga dirinya.

Apabila seorang muslim itu mengkhianati janjinya dengan Allah s.w.t dan manusia, dia akan berada dalam situasi yang  bahaya kerana dia akan hidup di dalam salah satu daripada tanda munafik seperti sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadith yang bermaksud: “Tanda munafik itu ada tiga; apabila berkata-kata dia akan berdusta, apabila berjanji dia tidak tepati dan apabila diberi amanah dia khianat”

Sesungguhnya memperbaki diri adalah suatu usaha yang susah, ia seakan suatu usaha jihad yang memerlukan kepada kesabaran. Tetapi apabila seorang insan berjaya memenangi nafsunya dia akan merasai suatu kebahagiaan kerana dia telah berjaya menjadi tuan dan bukannnya lagi hamba kepada nafsunya. Dia yang akan mengawal nafsunya dan bukan sebaliknya. Firman Allah s.w.t “dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

3. Muraqabah:

Makna muraqabah: Seseorang muslim itu akan merasai pengawasan Allah s.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t memerhatikan segala urusan kehidupannya siang dan malam, dan samada dalam keadaan rahsia atau terang-terangan, di depan atau di belakang manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa’ : 1). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Al-Ihsan adalah apabila engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, sekalipun engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihatmu.”

Muraqabah menghadirkan perasaan malu terhadap Allah s.w.t dan menghalang seorang hamba itu membuat dosa dan maksiat. Ia juga akan menambahkan keimanan dengan merasai kehadiran Allah s.w.t.  Muraqabah juga akan memberikan ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki kerana seseorang hamba itu akan melakukan perkara yang sama samada dengan kehadiran manusia atau tanpa kehadiran manusia.

Contoh daripada kisah salafussoleh:
Suatu hari ibnu Umar berjalan dan berjumpa dengan seorang hamba sedang mengembala kambing, maka dia bertanya dengan tujuan untuk menguji: “Jualkan seekor kambing kepadaku” hamba tersebut menjawab: “sesungguhnya aku adalah seorang hamba” maka ibnu Umar berkata : “beritahu tuanmu bahawa serigala telah memakannya”. Hamba tersebut menjawab : “maka bagaimana dengan Allah s.w.t”. Maka ibnu Umar membeli hamba tersebut dan membebaskannya seraya berkata : “Aku telah membebaskanmu kerana kalimah ini di dunia dan aku berharap Allah s.w.t akan membebaskanmu dengannya di akhirat kelak.”
Ketika zaman khilafah Umar r.a ketika beliau sedang keluar melihat rakyatnya beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak perempuannya : “pergilah kamu mencampurkan susu itu dengan air.” Maka pemudi tersebut menjawab : “Sesungguhnya Amirul Mukminin menegah daripada melakukannya.” Ibunya berkata : “Sesungguhnya Amirul Mukminin tidak melihat kita.”. Pemudi tersebut menjawab : “Tetapi Allah s.wt melihat kita”. Umar r.a berasa kagum dengan pemudi tersebut dan telah mangahwinkannya dengan salah seorang daripada anaknya dan daripada keturunannya  lahir khalifah Umar bin Abdul Aziz.

4.Mujahadah:

Makna mujahadah: menentang hawa nafsu daripada mengikut syahawatnya; yang sukakan kerehatan, ketenangan, kemalasan, tidur, makanan dan minuman yang enak, dan keterikatan dengan dunia dan perhiasannya.
Mujahadah dilakukan dengan memutuskan nafsu daripada adat-adat kebiasaan, dan memberikannya keperluan-keperluan yang penting, serta memimpinnya kepada suruhan dan ketaatan kepada Allah.Tanpa memberi peluang kepada nafsu untuk menariknya ke belakang. Firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka yang berjihad di (jalan) Kami pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berlaku ihsan”, dan firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." (Surah An-Naaziat : 40,41).

Diantara contoh mujahadah: 
 
Memanfaatkan nikmat waktu lapang dan kesihatan: "Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu."
Menjadi seorang mukmin yang kuat iman dan tubuh badan: Kekuatan menjadikan seseorang mukmin mampu untuk mencapai matlamatnya di dalam kehidupan seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.”
 

Mengawal kehendak anggota: Tidak semua kehendak anggota manusia perlu ditunaikan agar kita tidak menjadi hamba kepadanya. Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud: "Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawanafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih."

Memperbanyakkan sujud: Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami, khadam Rasulullah s.a.w. bersabda: "Memintalah padaku!" Saya berkata: "Saya meminta kepada Tuan untuk menjadi kawan Tuan di dalam syurga." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Apakah tidak ada yang selain itu?" Saya menjawab: "Sudah, itu sajalah." Beliau lalu bersabda: "Kalau begitu tolonglah aku - untuk melaksanakan permintaanmu itu – dengan memaksa dirimu sendiri untuk memperbanyak bersujud - maksudnya engkaupun harus pula berusaha untuk terlaksananya permtntaan tersebut dengan jalan memperbanyak menyembah Allah s.w.t."

5.Muhasabah:

Makna muhasabah: Seorang insan menghitung dirinya atas segala pergerakannya atau diamnya supaya tidak sentiasa berada dalam kelalaian, atau berada lama dalam suatu maksiat, atau tidak menjurus kepada kerasnya hati dan penyakit jiwa.
Kepentingan muhasabah: kita kini berada pada penghujung tahun, dan muhasabah merupakan salah satu cara tarbiyah Islam untuk memperbaiki diri,mendidiknya, dan mengangkatnya.Dengan muhasabah,seorang insan menghitung kesalahan dan maksiat-maksiatnya, dan mengetahui keadaan jiwanya sama ada sihat atau sakit, maka dia akan membimbing jiwanya ke jalan kemenangan, dan menjauhkannya dari jalan kecelakaan.

Umar Al-Khattab r.a berkata : “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, dan timbanglah amalanmu sebelum ditimbang untukmu."

Sekiranya seorang manusia melontarkan maksiat-maksiatnya ke dalam rumahnya necaya rumahnya akan penuh dalam masa yang singkat. Tetapi manusia sering meremehkan maksiatnya seperti di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya.” (Surah Al-Mujadilah : 6)

Wallahua’lam


Tahajjud : Sumber Kekuatan Muharrik

SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.

Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.



Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

1)TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

2)Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

3)IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.

4)PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.” “The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” - Longfellow. Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.” Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

5)Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud.

Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasai nikmat oksigen segar ini.

6)RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

p/s: Selamat Tidur wahai saudara/saudari sekalian pengunjung alam maya.Cuba amalkan apa yang saya jelaskan pada NOTA ini dan cuba praktikkan diri saudara/saudari SEDIKIT DEMI SEDIKIT,LAMA KELAMAAN AKAN BERHASIL.Moga hari esok masih ada lagi peluang untuk kita diberi nikmat bernafas setiap detik.SALAM PERINGATAN.Jangan pula ada di kalangan anda yang sanggup bersengkang mata semata-mata hendak meluangkan masa di alam maya ini terlalu lama kerana kita sudah tiada masa,PERSIAPKAN BEKALAN AKHIRAT MU ITU,wahai saudara/saudari sekalian....Jadikan malam ini dan malam-malam seterusnya dihiasi dengan mutiara Ibadat anda semua... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular