The Begining...

Bismillahirrahmanirrahim

Satu permulaan..

Alhamdulillah, ini post pertama dari-Ku.
Untuk apa aku berblogging? adakah kerana kawan-kawan lain mempunyai blog maka aku pun ingin seperti mereka? Ataupun berblogging kerana merasakan diri ini seperti katak yang sentiasa blur di sebalik naungan tempurung tanpa mengetahui dunia luar? Dan adakah kerana nawaitu semata-mata untuk mencari nama supaya dikenali ramai? Sebagai manusia biasa, semua yang di atas akan kujawab dengan betul dan ya tanpa ada satu pun yang salah. =)

Dalam satu hadis yang seringkali kita dengar, hadis yang pertama dalam kedudukan shohih bukhari yang menerangkan perihal niat. Setiap amalan bermula dengan niat. Niat melakukan perkara yang buruk, fasiq & mungkar bakal mendapat balasan yang buruk dan Niat yang ikhlas bakal mendapat manfaat yang cukup baik. Betapa pentingnya niat dalam menentukan status amalan seseorang terhadap Allah tidak perlulah dihurai panjang. =)

So, aku ingingkan dunia blog yang kuceburi ini menjadi tinggi status amalannya disisi Allah dengan ku tanamkan niat bahawa Blog adalah sebagai wasilah tarbiyyah & dakwah untuk diri ini terutamanya dan juga untuk manfaat orang ramai, insyaAllah.

Kenapa nak DAKWAH??

Dakwah satu kewajipan. Menyedari hakik
at itu, pentingnya usaha dakwah dalam pelbagai medium perlu dipergiatkan. Salah satunya melalui blog - Satu wasilah dakwah yang sangat berkesan pada masa kini dan teknologi baru ini boleh dimanfaatkan sebagai alat untuk menyampaikan fahaman sebenar tentang Islam.

Sekiranya semua orang faham akan Islam itu, nescaya akan kukuh dan padu jati diri seorang individu muslim, lahirnya sebuah baitul muslim yg unggul dan terbinanya masyarakat yg bersatu atas dasar islam yg syumul serta akhirnya terbentuk sebuah negara Islam yang tunduk patuh 100% kepada hukum Allah. Semuanya melalui penyebaran dakwah secara bijaksana dan berkesan.



Semua orang perlu tahu tentang Islam

Fikrah beragama perlulah disemai dalam setiap diri individu yang bergama islam. Pandangan jumud mengatakan hanya golongan agama seperti ustaz dan ustazah, para mufti dan ulama' sahaja yang berhak ke atas fikrah itu merupakan satu bidaah terbesar umat manusia zaman sekarang.

Sekiranya fikrah islam itu hanya berada pada golongan tertentu sudah pasti tidak akan tertegaknya islam di muka bumi ini. Nescaya, taklifan umat manusia sebagai khalifah bumi ini tidak akan terlaksana. untuk itu, manusia memerlukan panduan dari kitab Allah - Alquran dan as-Sunnah yang mengandungi semua perkara tentang Islam.

Oleh kerana bukan semua orang yang mengetahui tentang Islam, maka perlulah golongan yang mempunyai kelebihan dari segi ilmu Allah ini untuk menyebarkannya kepada semua orang supaya Islam itu hidup melalui tingkah laku hidup manusia setiap saat nafas terhembus.

Jadi, perhebatkan langkah dakwah melalui kepelbagaian cara. Dedikasi utamaKu melalui blog ini adalah untuk Dakwah & Tarbiyyah lilLahi taala.. =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular