Ruh




"Ramai orang ingin mengubah DUNIA, tapi tidak ramai yang berfikir untuk mengubah DIRI"


1.0 Belajar & terus belajar. jatuh itu biasa. utk hampir pada Tuhan, perlu jatuh berkali-kali. bila berada di puncak, jangan merendahkan mereka di bawah. hakikatnya, kita semua pernah berada di bawah. 

2.0 IKHLAS utk membentuk diri, sohabat dan juga mad'u. kita umat terbaik, tidak semua umat 'dipilih' untuk memikir perihal orang lain. itu taklifan dakwah.

3.0 Ubah diri ke arah lebih baik. perbaiki ruh dalaman. jadikan kebergantungan pada Allah perkara utama dalam ruh dalaman. pasti jiwa akan kaya.


Mood : Membangunkan jiwa
10-24 Mei 2012






Rapuh






Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



lagu : Rapuh
penyanyi : Opick

mood : rapuh hampir sungkur. Nasib baik ada Tuhan. :)



Bila aku bercakap tentang Baitul Muslim (^_^)


“Enta bila lagi nak kahwin syeikh?”
“Ana tunggu nta dulu, jauh lagi nak sampai 'maqam' tu”

Perbualan ringkas antara aku dan sahabatku, 3 hari lepas. Ketika itu, kami membincangkan banyak perkara setelah kehadirannya ke Perlis cuma sementara. Jarang-jarang perbualan aku dan dia berlaku kerana kesibukannya menguruskan urusan dakwah di bumi pulau mutiara.

Peluang berbual dengannya aku manfaatkan untuk mencungkil semua perkara mengenai dakwahnya di sana. Banyak perkongsian menarik.

“Nta kalau nak tunggu sempurna dulu dan baru nak kahwin, nta silap.” Respon sahabatku yang berada di sebelah, turut berada dalam ‘musyawarah’ topik bait muslim yang tiba-tiba muncul.

Aku diam tanpa respon walaupun dalam diri penuh sarat dengan jawapan yang kufikirkan rasional untuk diberi, namun kuteruskan ayat dengan topik lain.

Bait Muslim : Maqam Baru Fardil Muslim

“Nta jangan berbait muslim kalau niat semata-mata nak cari pasangan dan nak kahwin. Jika betu-betull faham perjuangan dan matlamat bait muslim, maka kahwinlah!”

Inzar datang tiba-tiba daripada seorang pejuang yang aku kagumi dalam satu ceramah. Beliau miliki peribadi tarbawi, punyai jiwa besar, dan amal islami yang konsisten. Dan yang paling utama, masih istiqamah dalam jalan dakwah setelah berpuluh tahun meninggalkan kampus.

Kalau direnung dan ditenung, ada betul qalamnya itu. Maqasid bait muslim bukan untuk satukan dua fardil muslim yang berjuang semata-mata, kerana di sana ramai yang luntur dan futhur selepas bait muslim dibina, walaupun bertitle pejuang dan gerakerja hebat suatu masa dahulu. Ya, aku tak nafi kes sebegini tidak banyak berlaku, tapi ianya peringatan yang berguna bagi mereka yang fikirkan:

“aku selesa dah bila bersatu dengan pasangan yang berjuang juga, aku akan bejuang lebih hebat lepas ni!”

Katanya itu betul. Antara sumber kekuatan dalam perjuangan adalah sayap kiri yang mengimbangi dan menemani perjuangan kita. Tetapi, ia bukanlah tiket untuk kita terus selesa dengan jalan yang kita pilih. Baitul muslim adalah satu tahap baru dalam fardil muslim. Ia perlu dibina dan terus dibina dari semasa ke semasa supaya terus berkembang subur.






Bait Muslim : Rumahtangga Perjuangan

“Jadi, apa matlamat sebenar bait muslim akh?”

Soalan standard dan asas mengenai persoalan yang ditimbulkan, mengenai matlamat, tujuan, sebab dan objektif.

Bait muslim dibina untuk kelangsungan dakwah. Bagi meneruskan dakwah dan tidak mematikan langkahnya. Ianya bukan perkahwinan biasa. Bait muslim bukan menuntut cinta dan perasaan semata-mata, tetapi agama atau cita-cita perjuangan diletakkan paling atas. Inilah maksud kelangsungan dakwah.

Bagi individu muslim yang sudah bersedia dan mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah. Ini selari dengan pesanan Rasulullah s.a.w kepada golongan muda :

“Wahai orang-orang muda!  Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Jadi, jika benar syarat ‘bersedia, mampu, dan berkuasa’ untuk berbait muslim itu dipatuhi maka tiada masalah. Bagi aku, berkuasa itu maksudnya perkara agama atau cita-cita perjuangan itu mestilah didahulukan berbanding perkara lain. Bimbang jika bebanan perjuangan yang sudah sememangnya berat untuk dipikul ini akan bertambah berat (bila sudah berbait muslim) dan kita akan jatuh terduduk kerana tidak mampu menahannya gara-gara tidak bersedia dan tidak mampu. Bukankah itu merugikan diri sendiri, pasangan dan perjuangan?

Bersedia untuk Perjuangan Jangka Panjang

Orang kata, alang-alang dah ‘dijemput’ Allah untuk berjuang ni, mesti meletakkan matlamat perjuangan ke arah yang jauh. Satu jangka masa yang panjang, insyaAllah hingga mati. Jadi, perancangan mesti munazzamah dan mempunyai paksi yang kukuh untuk sebuah cita-cita yang besar. Kita mesti refresh dan hadam balik akidah serta fikrah perjuangan supaya ia terus utuh. Kefahaman dan kekuatan tarbiah dalaman itu menjadi elemen paling penting untuk terus memaknai maksud istiqamah.

Kebiasaanya, manusia gagal meletakkan diri di jalur jalan dakwah kerana tidak mengenal marhalah hidup. Hakikatnya bagi fardil muslim / muharrik, mereka melalui marhalah :


  1. Ta’rif
  2. Takwin
  3. Tanfiz
  4. Bait Muslim
  5. Mujtama’ muslim
  6. Daulah Islamiyyah
  7. Khilafah Islamiyyah
  8. Ustaizul Alam


Kenalpasti diri berada di tahap mana. Mampu atau tidak mampu? Islah sentiasa diri untuk menjadi yang terbaik di jalur syari’e dan manhaj perjuangan kita. Kita punyai cita-cita besar dalam Islam, menjadikan Islam penguasa dunia (ustaizul alam), maka sediakan kelengkapan yang mencukupi.

Bait muslim? Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Bersedia dan terus berjuang kerana Allah, bila tiba masanya dan ‘mampu’ insyaAllah Allah akan ‘naikkan’ maqam ke arah tersebut.

Allah ghayatuna!


p/s – mohon pencerahan kembali jika ‘fikrah bait muslim’ aku ini silap. :)






Al-Fahmu : Fikrah Utama

Al-Fadhil Ustaz Yussainie, Murabbi yang banyak membentuk dan mendidik jiwa. Berkati hidupnya ya Allah :)



Al-Fahmu membentuk Daie Istiqamah

Perjuangan perlu pada faham. Secara logiknya,nak memperjuangkan sesuatu perkara tu mesti kena reti dan arif tentang apa yang nak diperjuangkan. Kefahaman adalah asbab kepada bertahannya perjuangan. Istiqamah sesuatu perjuangan bukan bergantung kepada hammasah (semangat) sahaja, kerana semangat boleh luntur bilamana bebanan berat datang kepada kita. Tetapi, bila hebat kefahaman, mari lah apa sahaja perkara, kita boleh atasi dengan baik. Kerana itulah, kefahaman melahirkan jiwa yang kental.

Fikrah perlu diisi, perancangan perlu munazzamah

Berjuang jangan kosong.isi ia dengan kefahaman yang jitu. Praktikkan dan perjuangkan apa yang difahami dengan rasional, panduan feqh harakah nabi. Jangan kerana emosional berada di puncak, rasional terus dibakulsampahkan.Bila diri bermatlamat, hidup tak akan di isi dengan masa kosong. Sebetulnya, mereka yang ingin melaksanakan perancangan yang banyak akan punyai jiwa yang besar untuk melaksanakan. Jiwa yang konsisten dengan perancangan itulah yang terbaik.

Coretan Ringkas,
4-6 Mei 2012
mood : Belajar lagi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular