Siapakah Nostradamus??


Pada post kali ini, aku nak ceritakan sedikit tentang seseorang.Siapa? Aku bukan nak ceritakan tentang tokoh-tokoh Islam tapi post kali ini aku ingin kongsikan sedikit sebanyak tentang Nostradamus dan sedikit kisah hidupnya serta beberapa ramalanya yang telah terjadi. berdasarkan hasil pencarian aku dalam internet. Sebenarnya dah lama aku dengar cerita tentang beliau ini cuma baru sekarang terdetik nak postkan something tentang beliau. Setelah buat sedikit rujukan di internet ni banyak juga yang aku dapat tahu tentang beliau untuk dikongsi. Tidak ramai yang mengenali beliau. Beliau merupakan seorang pakar ramalan yang amat terkenal sehinggakan semua ramalan beliau menjadi kenyataan. Namun bagi seorang Muslim, tiada yang sebenar-benarnya melainkan dari al-Quran dan hadis sahaja. Apa yang di tulis disini sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan am.


Cukuplah sekadar mengkaji dan memahami apa yang ingin di sampaikan beliau. Terpulanglah pada kita nak percaya atau tidak. Siapakah Nostradamus? Nama sebenar beliau ialah Michel de Notredame, lahir pada 14 Desember 1503 di sebuah kota bernama St.Remy di Perancis dan dia meninggal pada tahun 1566 seperti mana yang telah diramalkannya sendiri. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kemampuan untuk melihat masa depan atau dipanggil Clairvoyance dan kemahiran ini diwarisi daripada datuknya.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis banyak sekali ramalan yang di tulis dalam bentuk Quatrin atau sajak empat baris. Quatrin-quatrin ini di bahagikan kepada beberapa bahagian yang di panggil The Centuries. Di dalam setiap quatrainnya, beliau menggunakan ayat-yat yang agak membingungkan, nombor-nombor yang pelik dan gambaran-gambaran yang penuh misteri. Beliau tidak menulis sesuatu ramalannya itu dengan tepat dan kata yang mudah di fahami kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Pada zaman tersebut, pemerintah ketika itu sedang giat untuk menghapuskan golongan ahli sihir dan pengamal ilmu hitam. Ketika itu, siapa yang ditangkap akan di bakar-bakar hidup-hidup. Untuk mengelakkan diri beliau dituduh sebagai ahli sihir, beliau menulis ramalannya dengan kata-kata yang penuh misteri.

Mengikut datuknya, beliau turut menjadi doktor apabila sudah dewasa. Beliau banyak menggunakan ubat-ubatan dari alam semulajadi dan memperkenalkan kaedah selimut yang bersih dan udara segar untuk merawat pesakit. Ketika itu Eropah sedang di landa satu wabak sehinggakan zaman itu di panggil The Black Plague atau Le Charbon. Nostradamus ketika itu bijak merawat pesakit yang terkena wabak itu kerana di katakan beliau telah melihat kaedah rawatan masa depan yang canggih dan teratur melalui kemahiran melihat masa depannya. Sebagai contohnya, salah satu quatrain beliau di tulis seperti di bawah:

“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure. This is when the moon completes her great cycle,
but by other rumors he shall be dishonored.”

(The Centuries I, Quatrain 25)

Maksudnya:

“Barang yang hilang ditemukan, tersembunyi selama berabad-abad.
Pasteur akan disanjung tinggi seperti dewa.
Pada saat bulan melengkapi bulatannya yang besar, Tapi dengan desas desus lain, ia akan tidak dihormati.”

Dalam Quatrin diatas, beliau menyebut nama Pasteur (Louis Pasteur), 4 abad sebelum kelahiran ilmuan tersebut dan beliau juga turut menyebutkan tempoh waktu kejadian tersebut. Mengikut kajian astrologi, “bulatan besar bulan” terjadi dalam tempoh antara 1880 dan 2535. Louis Pasteur membuka institut terkenalnya di Paris pada tahun 1888. Penemuan Pasteur tentang penyakit berjangkit dari kuman dan bakteri telah mengubah masa depan bidang kedoktoran. Selain pasteurisation, beliau juga menemui kaedah vaksin. Namun, pengamal perubatan ketika itu banyak menentang penemuan Pasteur ini dan mencoba menggagalkannya dengan menyebarkan desas-desus atau khabar angin yang tidak baik seperti yang telah diramalkan oleh Nostradamus pada ayat terakhir Quatrinnya diatas.



Pada 1 Julai 1566 seorang pembantunya telah masuk ke dalam bilik Nostradamus untuk mengucapkan selamat malam dan Nostradamus hanya menjawab “Kamu tidak akan menjumpaiku lagi setelah matahari terbit esok”. Tepat seperti apa yang di ramalkannya, pagi itu beliau meninggal akibat penyakit gout yang amat teruk. Mayat Nostradamus dikuburkan dalam posisi berdiri, di dalam lubang pada dinding Gereja Cordeliers. Setelah lebih 1 abad mayatnya dikuburkan di Gereja Cordeliers, mayat beliau dipindahkan ke gereja St. Laurent atas faktor keselamatan. Ramai yang ingin mendapatkan mayatnya kerana di percayai kod atau kunci untuk memecahkan ramalannya tertanam sekali dengan mayatnya.

Semasa proses pemindahan, pekerja yang bertanggungjawab membuka peti mayat Nostradamus terperanjat besar apabila dia menjumpai rantai medal yang tertulis ‘1700′ di badan mayat itu. 1700 adalah tahun pada waktu itu iaitu 134 tahun selepas Nostradamus meninggal dunia. Kelihatan Nostradamus sendiri tahu bilakah mayatnya akan di pindahkan dan di meninggalkan medal yang bertulis ‘1700′ sebagai petunjuk. Walaupun sudah mati, Nostradamus tetap bermain dengan ramalannya!

10 Ramalan Nostradamus yang Popular


Ramalan-ramalan ini sekadar kajian semata-mata. Tidak di benarkan untuk menjadi panduan hidup yang sebenar. Sebagai seorang muslim, hanya al-Quran dan sunnah panduan yang lengkap dan boleh di percayai. Sekadar peringatan sahaja kepada anda semua tujuan artikel ini ditulis. Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya. Ingatlah, Allah maha berkuasa atas sesuatu.

10 ramalan-ramalan itu adalah :

10. Revolusi Perancis (France Revolution)

“From the enslaved populace, songs,

Chants and demands

While princes and lords are held captive in prisons.

These will in the future by headless idiots

Be received as divine prayers”

Maksudnya:

Orang-orang (“the enslaved populace”) bangkit dengan kekuatan. Golongan beraja (aristokrasi) dijatuhkan dan dipancung (“While princes and lords are held captive in prisons”). Dalam versi lain, “the ‘great wall’ falling” dikatakan merujuk kepada rusuhan di Bastille. Keadaan ini berlaku semasa Revolusi Perancis, dimana golongan bangsawan atau beraja dijatuhkan dan republik di tubuhkan apabila rakyat bangkit merusuh.

9. Kebakaran Dahsyat Kota London (The Great Fire of London)

“The blood of the just will commit a fault at London,
Burnt through lighting of twenty threes the six:
The ancient lady will fall from her high place,
Several of the same sect will be killed.”

Maksudnya:

Peristiwa kebaran kota London terjadi pada tahun 1666, namun tidak ramai orang yang mengetahuinya. Peristiwa ini benar-benar melenyapkan London lama (“The ancient lady”) di dalam dinding tua Romawi. Hanya enam korban jiwa yang benar-benar diketahui (“the six” di baris kedua merujuk kepada jumlah kematian), walaupun mungkin banyak dari penduduk London yang meninggal ketika itu, tetapi mereka tidak tercatat dalam sejarah. Kebakaran ini amat dahsyat dan kebaran paling besar yang pernah dicatatkan dalam sejarah Kota London. Menurut sejarah, api bermula dari sebuah kedai roti, yang kemudian melahap seluruh kota London dalam tempoh tiga hari. Jika penduduk London ketika itu melihat catatan Nostradamus, mungkin mereka dapat selamat dari maut.

8. Kematian Lady Diana

“The penultimate of the surname of Prophet
Will take Diana [Thursday] for his day and rest:
He will wander because of a frantic head,
And delivering a great people from subjection.”

Maksudnya:

Ayah kepada kekasih Lady Diana, Dodi Al-Fayed, bernama Mohammed (“Prophet” – Nabi Muhammad). Apakah kematian Lady Diana merujuk kepada “a great people from subjection”? Mungkin bukan, namun kita semua setuju bahwa Anglo-Saxon (Great Britain) merupakan bangsa yang terdiri dari orang-orang hebat. Faktanya sendiri, bahwa nama “Diana” jelas-jelas disebut di ramalan Nostradamus, dan tulisan nama yang spesifik seperti ini sangat jarang ditemukan dalam karya-karya Nostradamus.

7. Ribut Katrina

“The cities of Tours, Orleans, Blois, Angers, Reims and Nantes
Are troubled by sudden change.
Tents will be pitched by (people) of foreign tongues;
Rivers, darts at Rennes, shaking of land and sea.”

Maksudnya:

Apakah perkataan Orleans yang dimaksudkan oleh Nostradamus diatas adalah NEW Orleans? “Shaking of land and sea” mungkin merujuk kepada ribut. “By (people) of foreign tongues” bermaksudpertolongan sukarelawan dari seluruh dunia (untuk mangsa ribut Katrina). Dan yang dimaksudkan Tours, Blois, Angers, Reims dan Nante berkemungkinan besar banda-bandar yang dilanda ribut katrina. Dan perkara ini telah berlaku tidak lama dahulu di mana kawasan yang dinyatakan di landa ribut yang sangat dahsyat.

6. Kematian John F. Kennedy dan Robert F. Kennedy

“The great man will be struck down in the day by a thunderbolt,
An evil deed foretold by the bearer of a petition.
According to the prediction, another falls at night time.
Conflict at Reims, London and a pestilence in Tuscany.”

Maksudnya:

“Thunderbolt” bermaksud gunshot atau tembakan. Dan “the great man will be struck down in the day” bermaksud kematian John F. Kennedy. “Another falls at night time” harusnya ditujukan kepada Bobby Kennedy yang mati lima tahun kemudian. Maksud Reims, London, dan Tuscany masih belum dapat di terjemahkan lagi. Kemungkinan besar ianya nama tempat atau kawasan.

5. Louis Pasteur

“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure.
This is when the moon completes her great cycle,
But by other rumors he shall be dishonored.”

Maksudnya:

Louis Pasteur (1822 – 1895) merupakan seorang ilmuwan kelahiran Perancis. Beliau dikenali sebagai salah satu ilmuwan mikrobiologi terbesar sepanjang masa. Penemuan-penemuannya yang tak ternilai bagi dunia diantaranya adalah proses pasteurisasi, iaitu mematikan bakteri yang ada di susu dengan pemanasan, dan vaksin antraks (“the lost thing is discovered, hidden for many centuries”). Pasteur, dalam bahasa Perancis dapat juga bermaksud “pastor” atau pendeta. Oleh karena itu, beberapa orang mengatakan ramalan ini hanya sekadar prasa kata dari Nostradamus tentang pendeta tua . Yang lain mengatakan ini adalah ramalan langsung tentang orang yang mempelajari mikrobiologi dan menemukan susu tahan bakteri dan vaksinasi antraks. The moon completes her great cycle juga fenomena yang berlaku sekitar 1800 hingga 1900. Dan ini menunjukkan tempoh berlakunya kejadian ini.

4. Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki

“Near the gates and within two cities
There will be scourges the like of which was never seen,
Famine within plague, people put out by steel,
Crying to the great immortal God for relief.”

Maksudnya:

Hiroshima dan Nagasaki (“Two Cities”) dibom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945. “Scourges the like of which was never seen” dan “Crying to the great immortal God for relief” merupakan keadaan apa yang terjadi pada 6 dan 9 Ogos 1945. Selepas di bom, kedua-dua bandar ini kelihatan seperti tidak pernah wujud. Kosong di ratakan bom atom. Mereka yang selamat meneruskan hidup dengan penuh kepayahan dan kemiskinan. Hanya tuhan sahaja tempat bergantung. Namun beberapa pengkaji menbantah ramalan ini ditujukan kepada kejadian Hiroshima dan Nagasaki dengan mengatakan ramalan tersebut samar-samar dan tidak jelas, kemungkinan ramalan ini akan terjadi pada masa hadapan.

3. World War II dan Hitler

“The two greatest ones of Asia and of Africa,
From the Rhine and Lower Danube they will be said to have come,
Cries, tears at Malta and the Ligurian side.

Also …

From the depths of the West of Europe,
A young child will be born of poor people,
He who by his tongue will seduce a great troop;
His fame will increase towards the realm of the East.”

Maksudnya:

Dua quatrain ini mungkin menceritakan tentang Perang Dunia II dan Hitler dan mungkin juga bukan. Mungkinkah “A young child will be born of poor people” adalah Adolf Hitler dan beliau amat dikenali dengan kekejamananya. Hitler menggunakan kepakaran berpidatonya untuk membakar semangat tenteranya (“He who by his tongue will seduce a great troop”). Dan hitler telah menyebarkan sayapnya jauh ke timur (“His fame will increase towards the realm of the East.”)

2. Sept. 11, 2001 (The 9/11 Attack)

“Earthshaking fire from the center of the Earth
Will cause tremors around the New City.
Two great rocks will war for a long time,
Then Arethusa will redden a new river.”

Maksudnya:

“Two great rocks” dapat bermaksud “two towers” dan kejadian ini menyebabkan peperangan yang panjang di Afghanistan dan Iraq oleh Amerika (“Two great rocks will war for a long time”)Namun dapatkah kita katakan kedua menara itu sedang berperang? “Earthshaking fire”, “tremors”, “rocks will war”, merujuk kepada semasa runtuhan 2 tower ini. Orang ramai meramalkan ia bermaksud gempa bumi. “Will cause tremors around the New City” , New City merujuk kepada tempat kejadian ini berlaku iaitu New York city.

1. Hari Kiamat (End of The World)

Hari kiamat hanya Allah sahaja yang mengethui tarikh sebenarnya. Banyak ramalan Nostradamus yang dikaitkan dengan hari kiamat tetapi tidak menjadi. Mungkin ianya tersilap tafsir atau mungkin jua Nostradamus sendiri tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu akan berlaku. Namun begitu, para pengikut Nostradamus percaya bahawa Nostradamus mengatakan dunia pasti akan berakhir, dan kita semua pun percaya walaupun kita tidak percaya kepada Nostradamus. Yang paling terbaru, orang mengatakan bahwa dunia akan kiamat pada tahun 2012. Namun begitu, catatan ramalan Nostradamus meramalkan sehingga tahun 3797 iaitu abad ke 38. Dilarang bagi kita untuk mempercayainya kerana hanya Allah sahaja yang lebih Maha mengetahui tentang hal ini.

Apa yang dapat aku katakan disini, Nostradamus memang manusia yang mempunyai kelebihan untuk meramal masa depan. Mungkin ada di antara kita yang mengatakan pelbagai spekulasi tentang beliau. Namun, secara asasnya ilmu adalah untuk di kaji dan digunakan kearah kebaikan. Jika ilmu itu elok, ambillah ia. Jika tidak, cukuplah sekadar tahu dan tinggalkan. Jangan biarkan kerana hal duniawi yang kecil, kita gadaikan kehidupan akhirat yang selamanya.

Sumber : http://mindtranslater.blogspot.com/




Atur Langkah untuk Islam!!

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. -As Shaf : 3

Mencari sesuatu untuk dikongsi. Aku mengambil 'kitab' yang menjadi teman perjuangan, sebuah buku yang penuh dengan nota-nota tafakuh fiddin, paling banyak pengisian masa daurah ilmu di baitul qurra disember lepas dan juga nota kuliah sekitar majlis ilmu di bumi Perlis ni.

Sedang asyik membaca tulisan-tulisan di dalamnya, aku terpandang sepotong ayat, secebis nota kecil..

Hendak mengenali nahkoda yang hebat, bukanlah pada kepetahan bercakap, tetapi melalui tindakan!

Ya, aku masih ingat bila mana dan masa bila aku tulis ayat ni. Ni kata-kata Ustaz Zul sewaktu di baitul qurra dahulu. Risalah tahridh 'ala Jihad. Kitab yang menjadi wadah ustaz bersyarah, mengajar para penuntut di baitul qurra'. Bab perihal jihad.

Teringat pada syarah ustaz waktu itu. Islam tidak akan tertegak hanya pada kata-kata. Betul, tepat sekali. Kalau asyik bercakap, gah dengan hujah, nampak hebat tetapi tindakan kosong, semuanya sia-sia. Padahal tindakan itu lebih penting. Amal akan ditanya kelak berbanding Ilmu kan?


TGNA Dan Islam

Melihat ke dalam peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Masa daurah, Tok Guru yang banyak ustaz Zul jadikan contoh. Peribadi beliau cukup indah apabila lawan sendiri seganinya. Apabila berdepan dengan lawan, apa yang betul dipujinya dan yang buruk lagilah dikeji.

Batang tubuh beliau ibarat sufi. Sufi yang meminta,mengharap kepada Allah, mengadu kepada-Nya semata-mata. Ustaz Zul banyak bercerita mengenai hubungannya yang akrab dengan Tok Guru. Seronok mendengar ceritanya. Ditambah lagi ustaz Zul, Tok Guru ni amalan dia sungguh istiqamah. Amalan membaca Quran sebelum Subuh sudah menjadi sebati dan tahajjudnya tidak pernah pun ditinggal walau sehari!


Ulama' menyeru kepada Jalan Allah

Aku kagum pada Ulama' ini. Tidaklah salah kalau kita mengikutinya kerana jalan yang diikutinya adalah jalan Nabi. Tetapi realiti hari ni, ramai yang menolak ulama', katanya ingin mengikuti terus jalan Nabi. Nah, nilai diri dahulu, seperti merasakan diri itu sudah cukup hebat kah? Seakan ilmu itu sudah banyak?

Ulama' adalah penghubung untuk sampai kepada jalan Nabi kerana tanpa mereka, pasti kita tidak menemui jalan Nabi. Ilmu kita ni ciput sangat berbanding mereka! Ulama' warasatul anbiya'. Mereka bercakap dan bertindak. Tetapi kita?

Menulis kerana Allah

RAMAI juga yang tanya saya tentang konsep dan kaedah saya menulis sesuatu artikel di dalam blog, mereka hairan kadang-kadang saya mampu untuk mengemaskini blog hampir setiap hari. Ada juga yang meminta saya berkongsi ini dan itu, cara yang tepat agar dapat terus menulis dan tidak kalah oleh mood yang menyerang tidak kenal masa dan tempat.

Bila fikir-fikir semula, saya tidaklah bagus atau ada bakat dalam menulis, kebanyakkan apa yang saya tulis adalah untuk memberitahu, atau berkongsi sesuatu yang saya rasa patut dan perlu. Apa yang saya dapat di universiti, di pusat pengajian di masjid, maka saya cuba kongsikan bersama para pembaca.

Saya mula menulis secara minat dengan lebih serius ketika di sekolah rendah lagi. Kebanyakkan tulisan saya itu hanya bersifat peribadi, tidak menyentuh mana-mana urna masalah di luar lingkungan hidup saya. Banyak koleksi tulisan masih disimpan hingga sekarang. Teman-teman satu sekolah rendah tahu hobi nombor satu saya ini, saya memang tiada bakat menulis tapi saya akan pastikan minat saya ini digilap dari semasa ke semasa. Bermula daripada minat, saya asas bakat sedikit demi sedikit, dan dipantau oleh guru pembimbing saya ketika itu, Puan Noraini. Dari situ saya mula serius dalam dunia penulisan.

Apabila saya diberi peluang menyambung belajar di ardhu kinanah hampir tiga tahun lepas, saya tidak melepaskan peluang untuk mempunyai laman blog, di samping mempunyai kemudahan internet sendiri. Ustaz Fauzan Abdullah yang banyak membantu saya terutama membina tapak pemuka dan akauan blogger sendiri. Maka di sini saya boleh ketengahkan penulisan saya secara meluas, tanpa ada sekatan. Peluang dakwah melalui dunia maya memang cukup berkesan dan terbuka luas. Saya akan manfaatkan dan abadikan setiap tulisan saya di laman ini.

Menulis, menggarap sesuatu artikel tidak payah. Tapi yang menjadi kesukaran saya ialah untuk dapatkan idea. Idea atau isi-isi penting memang sukar difikirkan, ianya memerlukan pembacaan dan pengetahuan yang luas. Maka saya dapati ilmu yang saya perolehi setiap hari, saban masa boleh memberi input terbaik bagi menghasilkan idea-idea yang bernas, biasanya saya akan kaitkan dengan isu atau topik yang ingin dibincangkan.

Sebenarnya di atas satu masalah, satu isu boleh mencerap dan menghasilkan puluhan artikel berkenaan dengannya sahaja. Contohnya cinta, hati, dakwah dan sebagainya. Daripada itu kita boleh pecahkan kepada beberapa judul yang bersesuaian, antaranya kekeluargaan, persahabatan, keremajaan, couple, sirah, dan sebagainya. Kita tidak boleh sempitkan idea, masalah cinta bukan sahaja tertumpu kepada pasangan remaja, kekasih, tapi ianya cukup luas meliputi seluruh alam. Jangan lupa cinta juga adalah tautan kuat antara seorang hamba dan al-Khaliq.

Mulakan menulis hal-hal yang ringan-ringan sahaja berbentuk santai, tapi masih ada manfaat. Penulisan ilmiah sudah pasti hanya golongan intelektual sahaja mampu mengembangkan ayat dan isi berdasarkan ilmu yang ada pada mereka. Berlainan bidang sesuatu ilmu, maka berlainan corak penyampaian. Orang biasa-biasa juga boleh berkongsi idea mereka, namun hanya terhad pada pengetahuan masing-masing. Apabila santai, tidak berat maka sesiapa sahaja boleh menyuarakan, meluahkan apa sahaja yang terlintas.

Jangan pesimis dengar cakap-cakap orang. Menulis boleh diletakkan sebagai salah satu hobi, ianya tidak memerlukan bakat kerana orang yang berbakat sudah pasti berminat. Bertatih dari bawah, dan sesuaikan mengikut tahap masing-masing. Seperti juga kita mempelajari bahasa, ada level atau tahap-tahap tentu sebelum sampai pada tahap tertinggi. Kita pasti pernah menulis, cuma kerana segan kita rasa menulis hanya bertempat, ber-time. Pasti kita pernah tulis surat, tesis, kertas kerja, dan kerja kursus. Maka sebenarnya kita ada potensi dalam bidang penulisan.

Pastikan kita menulis hanya kepada satu Tuhan untuk dipersembahkan amal dan gerak kerja kita ini, Lillahi Taala. Insha-Allah apabila niat kita dah betul, perjalanan kita pasti dipimpin termasuk minat kita tadi, demi islam tercinta. Habuan yang kita perolehi daripada bakat kita tadi ialah antara nikmat dan anugerah Allah hasil daripada niat kita yang ikhlas kepada-Nya.

Medan dakwah bukanlah hakikatnya medan berkata-kata semata. Ia medan menterjemahkan Islam secara syumul (sempurna, mengcakupi semua) di dalam kehidupan, mengikut potensi dan kesesuaian yang ada pada diri umat Nabi Muhammad s.a.w. Manfaatkan sepenuhnya kemahiran yang diberikan, pasti kita dapat memenangkan Islam.

Justeru itu, di samping kita menambah kemahiran yang ada, jangan lupa untuk tambahkan juga pengetahuan yang berupa ilmu pengetahuan. Pengetahuan belum tentu sejejer ilmu, tapi ilmu sudah pasti satu pengetahuan. Ilmu ialah sesuatu pengetahuan yang bisa diambil manfaat daripadanya, dan bisa diaplikasikan di dalam kehidupan kita seharian. Kita boleh mengetahui dunia artis, dunia ahli sukan yang berjaya, dan mengikuti perkembangan fesyan terkini. Tapi ianya belum tentu ilmu, kerana sudah pasti pengetahuan tentangnya adalah sekadar suka-suka. Kalau diikutkan juga stail mereka, itu bukannya manfaat tapi mudharat.

Resepinya, Ikhlas.

Sumber : http://puteraazhari.blogspot.com/


Kenapa Mesti Hipokrit Dengan Allah??


"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan kepada-Ku." (Ad-Dzaariyat 51:56)

Hipokrit dengan manusia bagi setengah orang mungkin ok dan boleh diterima lagi. Tetapi apabila hipokrit dengan ALLAH, semesta alam melaknatnya kerana mereka tergolong dalam golongan munafik! NA'UZUBILLAH HIMINZALIK.

Mudah-mudahan ibadat kita ini betul2 ikhlas kerana ALLAH. Sedarlah diri ,jangan tunjuk ego depan ALLAH. Jadilah orng yg biasa di depan manusia. Namun disisiNYA, menjadi mulia kerana CINTAKAN ALLAH.

Sebaliknya, di mata manusia kita hebat, semuanya tahu..Cakap apa sahaja, cakap mengenai teknologi? Islam? Agama? Pela
jaran?..Hmm semua tahu, semua reti. Tapi apabila di depan ALLAH suruh berjaga malam? Suruh solat berjemaah (Subuh,Mahgrib,Asar,Zohor & Isya')? Suruh baca Al-Quran? Sedekah? Memaafkan orng lain? Suruh menjaga ukhwah? Macam-macam alasan diberikan. Hmm, mereka ini ALLAH berfirman :

"..lebih teruk daripada binatang (BALHUM ADOL)"

Hmm, NAU'ZUBIlLAH..Mu
dah-mudahan ALLAH memelihara kita daripada golongan itu. ALLAHUMMA AMIIN..

~tazkiyatun nafs~
~Peringatan untuk DIRI SENDIRI~
sekadar renungan brsama~
salah silap mohon dimaafi~
AL FAQIR ILALLAH~

-Ringkasan 'Note FB' sahabat-


Aku Ingatkan Kau & Kau Ingatkan Aku Okay?

Menulis untuk 'tulisan' yg hdk ditulis.. =)

Malas fikir pasal org lain, Ust Zul pernah pesan sewaktu daurah 2minggu baitul qurra' dulu.."Kalau enta asyik banyakkan diri dgn sibuk pikir pasal org len, bukan psal enta, nnti enta pasti serabut..jadinya hubungan dgn Allah pasti terganggu klu byk pikir2 mcm tu.." So? so and so? Xpayah pikir ke? Atau kena pikir? Xpayah pikir jawabnya. Tapi bukan semua keadaan, ikut waqi'.

Setiap hari pasti kita berdepan dengan situasi yg baru kan? Pengalaman. Manusia disekeliling menjadi murabbi. Kita ditarbiyyah. Pasti pening bila setiap hari asyik pikir hal org len tp hal sendiri xpikir. Diri sendiri yang selalu mazmumahnya mengatasi mahmudah. Dan akhirnya kita kalah dengan nafsu! Sebab apa? Sebab tidak mengutamakan diri kita dahulu.

Tapi apakah kita hanya sentiasa nak buat baik seorang diri tanpa kita hiraukan orang lain? Kita yang asyik buat baik sorang2 insyaAllah dipermudahkan jalan untuk kebaikan. Tetapi, mereka semua yang jahil akan terus jahil dan pasti menemui jalan kerosakan diri. Adakah ini yang kita mahu yang dikatakan hidup ini berjamaah?


Berdakwahlah!!




Bila nampak kemungkaran engkau mesti tegur!
Nampak, tugas nak tegur orang / dakwah tu berat. (huh!) Bayangkan, kalau anda jenis insan yang tak solat, tiba-tiba menegur orang mengajak solat, bagi dalil, sebut dosa pahala, balasan & macam-macam. Dan tengok, mcm mana kesan dakwahnya, sampai x?

Ini nak dihighlightkan. nak menerima teguran mesti syarat 'anda kena buat dahulu' diletakkan. klu x, pasti isi dakwah tu tak diikutikan? =)

Banyak pendapat. Mana yang betul itulah pendapat. Kalau kita tengok situasi tadi, orang yang tak solat tu da jelas dosa. Itu antara diri dia dan Allah. Sekarang, dia cuba plak menyeru org len solat walhal dia sendiri xsolat. Mad'u (org yg diseru) tu at least pasti jawab.. Ko pun xsolat, nak suh org solat. Terjejas kan isi dakwah tu. Pasti x sampai. Org tu pasti tak ikut, dia pasti xsolat.


Dakwah tak Tunggu 'Perfect'


Situasi atas contoh shj. Pointnya kat sini aku nk highlight supaya ianya menjadi satu persoalan. Perlukah berdakwah kalau diri ini xsempurna? Means, ilmu xcukup, dosa banyak, xthiqah, n laen2. perlukah?

Aku tanya n aku nak jawab. dakwah tu tak tunggu diri kita ni perfect sbb sampai bila-bila pun kita tak akan perfect kan. Kita wajib berdakwah untuk kebaikan org lain.



kalau cakap benda baik mesti ada orang tak puas hatikan??


" jangan pandang orang yang sampaikan teguran itu, tapi pandanglah teguran yang disampaikan itu. "

Tak silap aku kata2 saidina Umar r.a. Berbalik kat tadi, kita tak perfect dan kita tak akan perfect. Manusia sentiasa dalam keadaan dipenuhi dosa. Itu pasti. Tapi tugas dakwah kena teruskan.

Akan tetapi, diri ini mesti berusaha ke arah perfect itu. Sampai bila nak beralasan xde ilmu, jahil, malas ibadah, jiwa kacau, jiwan mazmumah dan lain2. Sambil menyelam minum air. Ini shj yg nak aku highlightkan. RINGKAS.

Teguran itu Luarannya manusia, Isi & Hakikatnya adalah dari Allah

Teguran aku :

1) Jaga solat subuh (berjemaah) Engkau kata nak perjuangkan Islam. Program banyak bagai
nak rak. Program yg hanya hendak menjaga pandangan manusia. Program Allah x
pentingkan pun??????
2) Solat-solat lain mesti di SURAU
3) Jaga ikhtilat (kenapa bebas sgt laki n pompuan. Apa yang membezakan ko
-ustaz n ustazah-ngan opsyen len?)
4) Bercakap jangan banyak (lagha dan lagha)
5) Ubah-ubahlah wei (status facebook yang merapu tu)
6) Aurat ( betul ke ko muslim/muslimaat?)

* Teguran itu Luarannya manusia, Isi & Hakikatnya adalah dari Allah

Wallahu'alam


Dosa-Dosa & Facebook (ringkasan artikel us Zaharuddin)




Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri

c- Gambar mengaibkan orang lain. G

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian


(ringkasan artikel Baca detil disini)

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/


Kembali Kepada Islam

Syukur. Nikmat iman & Islam itu cukup besar. Kalau nak hitung satu per satu. memang mustahil. Banyak sekali. Pejam mata dan celik mata balik setiap hari & seterusnya kita start hari baru, diri kita ni masih lagi Islam. Alhamdulillah syukur banyak-banyak. Itu pasti & mesti dilafaz.

Namun, status sebagai Islam sahaja tidak cukup. Betapa ramai jumlah umat Islam dunia sekarang. Betapa ramai yang mengaku Islam sebagai agama yang dianuti. Betapa hebat sebuah negara itu gah berdiri mengaku sebagai sebuah "negara Islam." Islam itu dan Islam ini. tetapi pada hakikatnya, Islam yang dipakai bukan menggambarkan Islam yang sebenar.

Realiti & Hakikat

Kita tengok pada realti sekarang. Umat Islam yang mengaku Islam tidak langsung 'hidup' sebenar dalam keizzahan Islam. Hari ini, remaja-remaja Islam terus hanyut dan leka dengan arus dunia.Hendonisme. Jelas berlaku hakikat ini. Jika Islam, mengapa tidak mengamalkan kehidupan sebagai syabab Islam. Jika itu mereka, pasti masa dihabiskan dengan perjuangan-menuntut Ilmu pada waktu muda untuk faqih di hari mendatang kelak. Penting. Kita tak nampak hakikat ini jika belum merasainya...

Malaysia. ini negara aku. Realiti sebuah negara yang digahkan sebagai 'negara Islam'. bukan aku yang gelarkan, tapi ini hakikat yang pernah disebut suatu masa dahulu. Malaysia ni sebuah "daulah Islamiyyah"..huhu.. =)

Sebelum negara terbentuk pastinya ada masyarakat kan? bangsa, suku kaum, etnik dan istilah2 lain lagi yang merujuk kepada masyarakat Malaysia. ini yang nak dihighlightkan. Jika sebuah masyarakat Islam, pastinya hidup bermasyarakatnya mengikut landasan Islam. Soal muamalat, kerja, jiran tetangga, pergaulan, persekolahan, dan lain-lain pastinya pasti secara gaya hidup Islam kan?

Tetapi realiti dan hakikatnya di negara yang 'kucintai' ini semuanya lain.Tidak. masyarakat tidak aman, berlaku pembunuhan,kecurian,pecah rumah, & macam2 kes pelik. Soal kerja ada unsur rasuah. Bina bank, bank dirompak. Buat rumah besar-besar untuk keselesaan keluargaan last-last masuk pencuri. Dengki mendengki berakhir dengan pembunuhan. Kerana apa? Kerana masyarakatnya hanya Islam pada nama tak mengamalkan Islam itu sendiri.

Back to Islam

Semua orang suka untuk menyalahkan sesetengah pihak kalau berlaku masalah. kalau remaja rosak akhlak, mak ayah dimaki dihina. Mungkin betul. Tapi bukankah remaja itu yang bawa diri mereka ke arah itu? Dan jika berlaku kes rompakan & pecah rumah, masyarakat dipersalahkan. Katanya kelompok masyarakat yang tidak prihatin terhadap jiran tetangga penyebab utama terjadinya perkara ini.

Dan jika berlaku masalah sosial yang lain, semua pihak dipersalahkan. Zina yang berakhir dengan buang bayi katanya tindakan bijak perlu diambil. Kempen, seminar,iklan, kesedaran itu perlu disuntik! Itu yang dibuat dan dilaungkan. Betul. Tapi penyelesaian yang bodoh tidak mencari 'punca' terjadinya perkara itu!

Jom pandang pula kepada pihak kerajaan. mereka menyajikan hiburan 24jam, pesta, konsert, pengaruh tv,bahan bacaan yang penuh dengan gambar perempuan yang mendedahkan aurat dan bermacam-macam lagi.

Semua punca kepada zina. zina pula penyebab buang bayi. apa kes? kesnya hukum Allah tak diambil sebagai perlembagaan. Tak ada barakah bumi Malaysia.

Jadi, mengapa tidak mahu kembali kepada Islam. Faham Islam bukan hanya sebagai agama semata-mata, tetapi satu cara hidup yang lengkap. Islam is a way of life.

"...Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan
..." (al-baqorah : 208)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular