KBS 2010 siri 3 : Medan Sebenar Tarbiyah


Setiap percakapan, perkataan, penulisan yang dizahirkan merupakan satu bentuk teori semata-mata. Perkataan-perkataan berbentuk teori yang ditulis hanya berada pada ruang lingkup pemahaman sahaja. Sebagai mithalannya, pernyataan untuk mengembalikan keizzahan Islam bolehlah diungkapkan dalam bentuk penulisan, kertas kerja, artikel-artikel yang merangkumi strategi untuk membina kembali empayar khalifah Islam, tetapi ianya hanya bertujuan untuk pemahaman sahaja. Belum lagi mencapai objektif mengembalikan khalifah itu lagi.

Perlaksanaan apa yang dicakapkan dan dituliskan itu adalah lebih penting. Bukan hanya pemahaman yang diinginkan. Gerak kerja tindakan daripada pemahaman itu yang menjadi penanda aras keberhasilan setiap perkara yang ingin dicapai. Jika dah faham pentingnya mengembalikan khalifah Islam yang jatuh pada suatu masa dahulu maka wajib bertindak ke arahnya. Inilah yang dikatakan praktikal daripada teori yang dihasilkan.

Begitu juga dalam konteks dakwah dan tarbiyah. Menulis dan merangka strategi melebarkan sayap dakwah itu baru sahaja merupakan satu langkah. Tindakan seterusnya perlu dilakukan dalam menjalankan program dakwah tersebut. Tarbiyah yang diungkapkan apakah mudah sebagaimana yang dilakarkan di atas kertas kerja? Belum. Realiti apa yang ditulis akan teruji pada medan kerja lapangan. Sebagai contoh, pengorbanan (tadhiah) harta fisabilillah, pada percakapan mudah sahaja cakap "Aku akan bagi semua harta yang aku miliki untuk Islam!", tetapi realitinya nak bagi duit yang ada pada tangan kita pun berat. Nah, bukan senang praktikal apa yang dicakapkan. 

Jom bekerja untuk Islam. Kita mentarbiyah orang lain dan dalam masa sama kita juga ditarbiyah. Ini lah realiti apa yang diucapkan selama ini. Mampu bertahan atau tak dengan ujian tarbiyah ini. InsyaAllah hari ini penulis akan berangkat ke Kedah (Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua) untuk program tarbiyah. Nak rasa tarbiyah jasadiah mungkin di sini bentuk praktikalnya. Mental, spiritual, akan di uji di sana. Entah macam mana nak praktikan teori sebelum ini selama 3 minggu di sana...Allahuakbar!!

KBS...jumpa di sana!

Lagi Kes Polis Tembak Sesuka Hati


CHERAS 24 NOV : Ho Chei Hang, 32, yang kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat ditembak polis, dikatakan berpunca dari perbuatan khianat.

Menurut keluarga Ho, mereka percaya anak mereka itu merupakan mangsa khianat di samping tidak mempunyai apa-apa kesalahan ketika ditembak.

“Ini salah guna kuasa dan menembak sesuka hati,” kata Keppy Wong, peguam yang bercakap bagi pihak keluarga mangsa di Pandan Indah hari ini.

Portal Malaysiakini melaporkan, Wong percaya tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa di samping tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Tiada senjata di kereta, mereka hanya jumpa 42-45 pil tidur di kereta. Pil tidur bukan barangan dalam Akta Dadah Berbahaya,” kata Wong.

Menurut Wong, Ho tidak diberikan sebarang amaran ketika anggota polis yang tidak berseragam melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Mereka juga dikatakan tidak melepaskan tembakan amaran mahupun cuba menghalang kereta yang dipandu oleh mangsa.

Ho kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur di mana beliau sedang di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur selepas ditembak dengan empat butir peluru.

"Doktor telah berjaya keluarkan tiga peluru, masih ada satu lagi dalam badannya," kata Wong yang melawat mangsa itu.

Hadir sama pada sidang media hari ini adalah isteri dan ibu bapa Ho.

Isteri Ho, Tan Chiew Yong, 29 pula berkata doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir lagi peluru kerana komplikasi.

“Dia terlalu lemah, peluru tembusi sehingga tulang,” kata isterinya melalui peguam mereka.

Mendengar penjelasan itu, ayah mangsa, Ho Ah Beng, menitiskan air matanya.

Ibu Ho, Teoh Yak Kiow, berkata anaknya itu dalam perjalanan pulang dari farmasi selepas mendapatkan bekalan ubat-ubatan untuknya.

Menurut Wong, Ho disiasat bagi 'percubaan membunuh' anggota polis yang menembaknya.
http://btmmari.blogspot.com/2010/11/lagi-kes-polis-tembak-sesuka-hati.html 

komen aku : Malaysia sebuah negara yang tak selamat untuk didiami. Keselamatan di negara ni boleh dipertikaikan. Dah la kadar jenayah semakin meningkat setiap hari, ditambah pula dengan polis turut menyumbang pertambahan 'jenayah' tersebut. Apa dah jadi dengan polis Malaysia?

Baru-baru ni keluar statement mengatakan indeks kadar jenayah menurun. Statement yang mengaburi mata masyarakat dan memenangkan pihak polis. Retorik kosong wahai polis-polis sekalian, tidak tahukah kalian bahawa kadar peningkatan jenayah setiap hari semakin meningkat! Itu yang realitinya. 

Kes pembunuhan Aminurrashid tak selesai lagi, tambah pulak kes macam ni. Hmm..tak tahulah bagaimana mereka ni buat kerja, suka-suka tembak orang tak bersalah. Agaknya lepas ni kalau nak keluar rumah dah tak selamat dek kerana tindakan melulu mereka macam kes ni...


Apabila ulama muda pilih teguran sir

ULAMA muda UMNO yang 40 orang itu memilih kaedah sir iaitu cara tersembunyi bagi menengur pimpinan UMNO dan pimpinan kerajaan jika berlaku sesuatu perlanggaran terhadap Islam.
Seperti pengumuman Perdana Menteri dalam bajet 2011 bagi menjadikan Malaysia hub hiburan malam dan siang.
Ulama tua baik yang bekerja dengan kerajaan seperti Mufti Perak dan ulama haraki membuat teguran terbuka. Tiada kenyataan dari ulama muda UMNO. Reaksi mereka mengikut jurucakapnya, teguran mereka secara sir. Ertinya, mereka bekerja tetapi apa yang dibuat tidak diketahui umum.
Pandangan ulama tentang hub hiburan, baik ia dijalankan atau tidak dijalankan, diketahui umum sebagai bercanggah dengan ajaran Islam. Baik sir atau terbuka, ia salah.
Tetapi apabila Perdana Menteri bercadang untuk melaksanakannya, apa sikap Islam? Islam mesti menyatakan sikapnya iaitu menentang baik dengan tangan atau dengan lidah atau membantah dalam hati. Yang terkemudian itu adalah selemah-lemah iman.
Orang yang lemah iman langsung tidak bersuara apabila raja atau pemerintah melakukan suatu yang tidak betul. Ia hanya memberontak dalam hati. Ulama muda memilih berbisik dengan raja atau kerajaan.
Ulama muda adalah ulama. Mereka berbuat begitu bagi menjaga nama baik raja dan kerajaan. Bila mereka berbisik ia dikira baik sikit dari yang memendam rasa dalam hati. Mereka menggunakan lidah tetapi tidak didengar oleh orang luar. Tetapi apa yang mereka kata sebenarnya tidak diketahui di luar. Apa jadi dengan teguran mereka tidak diketahui.
Betulkah mereka ada menegur? Kerana mereka ulama sekali pun muda tentulah mereka tidak berbohong. Tetapi itu tentang isu yang dibangkitkan. Bagaimana dengan isu-isu yang orang tidak bangkit tentang sikap mereka? Adakah setiap kali mereka mesti ditanya?
Peranan ulama adalah memberitahu apa saja yang salah, yang berbangkit dan yang tidak berbangkit, kerana hendak memberitahu apa yang mereka buat, tetapi supaya orang tahu sesuatu yang salah yang berlaku. Memberitahu orang besar tentang kesalahannya bagi membetulkan orang besar itu dan sekali gus orang ramai lagi awam tahu sesuatu itu salah. Kalau mereka sesudah memberitahu secara sir, diam saja, maka yang tahu salah ialah orang yang ditegur. Tetapi orang lain tak tahu yang dibuat itu salah.
Cara yang diguna oleh ulama muda UMNO rasanya tidak berapa kena dengan kemahuan Khalifah Umar al-Khatab yang ketika menerima jawatan khalifah minta rakyat menegurnya jika dia salah. Tidak disebur secara sir.
Maka bangun seorang pemuda, mungkin bukan ulama dan mungkin ulama, menghulur pedang sambil berkata, jika Umar menyeleweng, maka mata pedangnya nescaya singgah di lehernya.
Saidina Umar tidak kata kaedahnya tidak betul atau tidak sopan, bahkan beliau memuji tindakan pemuda itu sebagai tanda adanya rakyat jelatanya yang jujur dan berkata benar.
Pernah Saidina Umar bercakap tentang penentuan emas kahwin bagi perempuan. Perempuan yang tidak setuju dengan pandangan Umar, menegur dan bertanya sejak bila Umar mahu menentukan hak yang sudah ditentukan ada pada tangan wanita?
Khalifah menarik balik pandangannya. Dan orang ramai pun tahu tentang kedudukan perkara itu.
Teguran mengenai sesuatu tentang Islam adalah dakwah. Komen Mufti Perak tentang hub hiburan itu adalah dakwah. Apa lagilah dengan komen Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Logiknya teguran berbisik ulama muda UMNO itu tentulah bertujuan dakwah. Dakwah berbisik yang masyhur ialah peringkat awal kenabian Rasulullah SAW. Nabi terpaksa guna kaedah sir kerana keadaan belum mengizinkan. Tetapi selepas itu baginda diperintahkan berdakwah secara terbuka.
Selepas kejadian Saidina Umar berdepan dengan cabaran pemuda yang menghulur pedang jika dia menyeleweng, maka ia menggambarkan suasana keterbukaan kritik antara massa dan pemerintah. Contoh keterbukaan Islam melalui sikap Umar itu menjadi tiruan masyarakat barat menyampaikan teguran kepada pemimpin dan kerajaan.
Dalam suasana di luar dakwah berjalan secara terbuka, ulama muda UMNO menggunakan kaedah sir untuk berdakwah di kalangan UMNO dan pemimpinnya. Adakah UMNO berada para peringkat awal kenabian Rasulullah?
-Harakahdaily.net

komen aku : Peringkat dakwah pertama Rasulullah dahulu memanglah semua gerak kerja islam dilakukan dengan rahsia dan berwaspada (sir hazar). Kerana kekuatan islam pada waktu itu masih rendah. Dakwah Islam masih baru dan perlukan strategi seperti itu.

Tetapi masih relevankah dakwah secara sirr pada masa sekarang? Kalau pada peringkat awal kemasukan ulama-ulama muda ke dalam UMNO bertujuan untuk tegur dan betulkan kesilapan mereka, mengapa perlu dilakukan sedemikian rupa bentuk dakwah. Ingatlah pada satu hadis Nabi mengatakan sebaik-baik jihad adalah menegur pemimpin yang zalim. Jadi, tegurlah secara terbuka.

Ada ilmu, tapi tak ada kekuatan itu pengecut wahai ulama-ulama sekalian. Terlalu menjaga pangkat dan nama baikkah? Atau jaga periuk nasi? Lebih baiklah perjuangan ulama-ulama haraki di sana, tak mengejar kemewahan dunia. Dakwah untuk sampaikan Islam boleh je sampai kat masyarakat..

Memali : "Daripada hidup bercerminkan bangkai ..."

Ibrahim Libya: "Daripada hidup bercerminkan bangkai ...". Ikuti cebisan kisah peristiwa bersejarah Memali



Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yang naik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah papan. Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada.

Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman. Sebuah kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan muncungnya tepat kepada mangsa.

Keributan dan kekalutan dasyat pagi itu, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dengan iringan sejumlah ketumbukan lebih 3,000 anggota keselamatan yang mengepung kawasan. Orang kampung, hanya mampu mengetap bibir sambil melihat dengan pandangan yang berkaca.

Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.

Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga.

Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang. Belum sempat, nafas dihidu, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama dipanggil Illahi.
Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih bermain dengan asap dan bau busuk gas puaka, Abdullah Che Soh sedang bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya menghentikan tembakan.

Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh. Dua tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak teh mula berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan.

Ketika sekujur tubuhnya berada di laman, Pak Tam tak mampu membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai-renyai hujan, yang berkabung mendung.Darahnya mengalir laju, disirami gerimis pagi itu.

Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa. Dia asalnya mahu ke kebun getah sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz Ibrahim Libya, terpinga-pinga sambil menyelamatkan diri.

Lain pula dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing berhati kental berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah.

Azmi dengan hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan. Kena ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta.

Manakala Mat Ramli yang pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri.

Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir,13 yang menyusup dengan guni basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian ceritanya, dia dihumban ke dalam trak.

Di celah semak dan timbunan kayu, seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya. Di pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan.
Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang berhampiran rumah Ibrahim.

Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri. "Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya."
Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.

Di anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai, merelakan pergi dengan air mata basah di pipi.

Babak sayu itu tidak terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi rempuhan terus berlaku.

Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya yang kejap dan tegas. Tak akan menawar dan menggadaikan diri untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat yang dingati sebilangan besar anak muridnya.

Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.

Serangan seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim. Percikan darah mula menyimbah. Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim, Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih mata.

Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan akhinya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi.

Beliau kembali menemui tuhannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut menyembah bumi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan penuh kelam. Awan dingin memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan makhluk di bawahnya.

Kemudian kisah seharian itu melabuhkan tirainya pada petang itu.
Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat. Yang cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat.

Dua hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu,daripada bilik simpanan beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir.

Dengan van buruk, mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya 15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan.

Dan 13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh, menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang.

Tanah kubur Pasir Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri. Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari.

Maka lengkaplah misi. Biar apapun alasan, yang penting operasi mereka selesai. Sebenarnya kisah tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan caca marba dalam Operasi Hapus yang dipanggil mereka.

Kata pihak atasan, menggempur kubu pengganas komunis. Kemudian berlaku sebaliknya. Yang di kepung, rumah orang kampung. Kemudian cerita ditukar lagi. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya.

Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan kecuaian pemerintah ketika itu, kampung itu dilanggar musibah. Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali. Manakala empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100 disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan mahupun bunyian bising. Dia akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi.

Lebih pilu dan sayu sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga.

Tidak lama kemudian, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri.

Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu. Seorang bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu.

Dia sedang menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara.

"Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun masuk ke bilik tanpa sebarang kata. Dia melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang berjurai banyaknya.

Saya ketika itu tertanya-tanya dan 25 tahun kemudian saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti. Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di suatu pagi yang bening.

Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung, kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual. Ada yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali.

Beliau ialah Abdullah Che Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun dizin Allah masih bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu.
"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini "Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah. Tangan saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke dalam penjara selama lima bulan.

Kemudian, sambil tersenyum memandang saya, sambil berkata tenang:"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.

Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati. Ada yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Hadirlah ke sini 18 November akan datang, untuk lebih mengenali pejuang-pejuang dan kisah sejati di sini.

Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan. dia sebenarnya pada hari kejadian, berada di Kelantan.

Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin ditahan. Katanya dia seoarang yang cukup dekat di hati masyarakat setempat. Sentiasa mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui kuliahnya.

Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam.
Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap. Dan ISA sentiasa mengintai untuk menahannya dari sehari ke sehari.

Melihatkan kepada latar belakangnya, agak aneh tuduhan yang dilemparkan. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Pokok Sena.

Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya..As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.

Dan selepas itu, sejarah hitam membaluti Kampung Memali. Dan terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika mempertahan agama Allah.

Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi.

Beliau sempat bercerita tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu.

"Pergilah balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah....serban tu," katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula ke rumah pemilik serban itu.

Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam.

Keesokan paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya.

Ketika itu balu almarhum Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai. Hanya bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke fikiran tatkala saya memandangnya.

Pagi nan hening itu, kami menyedut sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak, tragedi 25 tahun ini masih membekas.
Ya, tidak lama lagi, bermula 19 November akan datang, kawasan sekitar medan tempur dan Kampung Memali ini akan kembali hiruk pikuk dengan sambutan umat manusia.

Bukan lagi untuk mengadap atau mengharung hujan peluru dan kepulan asap putih yang kemudiannya meragut nyawa, tetapi riuh dengan kehadiran gelombang limpahan para pejuang taat setia kepada perjuangan Islam.

Hadir dan datangnya mereka untuk mengutip kembali semangat yang bertebaran di bumi Memali untuk selama-lamanya.
Jangan lupa untuk menjengah perkampungan sejarah ini pada 19 November ini sempena Sambutan 25 tahun peristiwa Memali. Salam perjuangan!

Oleh : AZAMIN AMIN
- detikdaily


Under Construction 2!!


BLOG UNDER CONSTUCTION !!


Marhalah-Marhalah Dalam Dakwah

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan kepada sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia kekasih hati, Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul.

Dalam usaha kita untuk melaksanakan gerak kerja dakwah, terdapat beberapa peringkat asas yang perlu diketahui oleh semua pejuang Allah SWT. Dakwah yang dilakukan tanpa ada strategi dan perancangan akan menghasilkn natijah yang kurang memuaskan.

Sebab itulah sekiranya kita merujuk kepada 'arkanul jamaah' iaitu rukun-rukun jemaah, para ulamak menyenaraikan 4 perkara perlu ada iaitu

1. Al-Qiyadah Ar-Rabbaniyah (Pemimpin yang bersifar rabbani)
2. Al-Jundiyah At-To'ah (Pengikut yang setia)
3. An-Nizom (Penyusunan)
4. Al-Khutuwat (Strategi)

Saya akan nyatakan beberapa peringkat asas yang perlu ada dalam perlaksanaan dakwah dan tarbiyah dalam masyarakat. Antara peringkat-peringkat asas tersebut adalah

1. Takrif (Pengenalan dan pengajaran)
2. Takwin (Pembentukan dan penyusunan)
3. Tanfiz (Perlaksanaan ke arah matlamat)

TAKRIF
Di peringkat permulaan ini, banyak ilmu-ilmu pengetahuan tentang islam disebarkan kepada masyarakat. Di peringkat ini, mereka yang menerima atau mad'u adalah dikalangan masyarakat yang umum. Pelbagai peringkat masyarakat akan datang untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman tentang agama Islam.

Matlamat atau tujuan di peringkat ini ialah mengubah keadaan masyarakat daripada kejahilan kepada pengetahuan. Oleh itu, seseorang pendakwah perlu menggunakan pelbagai uslub yang ada demi semata-mata untuk menarik minat para pendengar.

Ucapan yang dikeluarkan penuh berisi dan berfaedah. Gaya pertuturan menarik minat pendengar untuk hadir buat kali yang seterusnya. Manisnya muka juga menenangkan hati hadirin yang mendengar ucapan tersebut.

Ini merupakan peringkat asas dalam gerakan dakwah. Mereka yang culas dalam melaksanakan peringkat takrif ini akan menyebabkan mad'u yang diseru tadi bersemangat untuk memperjuangkan Islam tetapi kurang ilmu dan kefahaman.

Inilah virus yang seringkali menyerang nuqaba' atau pendakwah. Ilmu pengetahuan yang kurang akan menyebabkan nuqaba' tersebut futur atau berputus asa di tengah-tengah jalan. Ataupun mereka memperjuangkan agama Islam secara luaran tetapi pada hakikatnya mereka menyesatkan orang lain.

Antara bentuk-bentuk perlaksaannya ialah pengajaran, membaca kitab-kitab, berkongsi ilmu dan kefahaman, tazkirah, ceramah dan kuliah-kuliah yang disampaikan.

Oleh itu matlamat dan perlaksanaan dakwah di peringkat ini perlu diteliti dan dijalankan dengan penuh sempurna. Untuk membentuk pendokong-pendokong dakwah yang istiqamah, masa yang panjang diperlukan. Tidak perlu tergesa-gesa sehingga menyebabkan perkara asas dalam perjuangan ditinggalkan.

TAKWIN
Peringkat yang kedua dalam perlaksaan gerak kerja dakwah ini ialah takwin ataupun pembentukan. Takwin yang saya maksudkan di sini ialah, golongan-golongan yang melepasi peringkat pertama akan dikumpulkan lalu mereka ini diikat dengan ikatan ukhuwah dan perjuangan.

Matlamat di peringkat yang kedua ini ialah mengubah keadaan individu atau kumpulan daripada pengetahuan kepada fikrah. Di tahap ini, pendakwah perlu membina pemikiran mad'u supaya ilmu pengetahuan yang ada dalam dirinya itu digunakan pada jalan yang benar. Bentuk pemikiran juga berubah menjadi lebih matang serta mampu menganalisis sesuatu peristiwa mengikut kaedah yang ditetapkan oleh agama Islam.

Di peringkat ini, nuqaba' atau pendakwah akan mengahadapi pelbagai masalah untuk istiqamah. Hal ini terjadi kerana di peringkat takwin, pelbagai ragam mad'u akan kita temui. Oleh itu bagi nuqaba' dan pendakwah yang faham, mereka akan menggunakan pelbagai uslub untuk menarik minat mad'u untuk terus istaqamah dalam gerak kerja dakwah. Mereka juga memahami bahawa perjuangan islam itu tidak dihamparkan dengan kemewahan dan kesenangan.

Sebab itulah sekiranya kita menyemak kembali 'arkanul dakwah' iaitu rukun-rukun dakwah, terdapat 4 perkara penting iaitu

1. Da'ie (Pendakwah)
2. Mad'u (Orang yang didakwah)
3. Manhaj Ad-Dakwah (Pengisian)
4. Uslub Ad-Dakwah (Teknik dakwah)

Selain itu, matlamat lain yang diletakkan di peringkat ini ialah mengubah minda dan fikrah individu tersebut kepada harakah atau pergerakan. Maka di tahap inilah mad'u yang dibentuk tadi akan bersemangat untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat di sekeliling. Manhaj yang disampaikan berdasarkan ilmu pengetahuan yang dipelajari daripada para alim ulamak.

Antara bentuk-bentuk perlaksaan di peringkat yang kedua ini ialah usrah, halaqah, tamrin, mukhayyam (perkhemahan), qiamullail, khatam al-quran dan berzikir kepada Allah SWT.

Saya mendatangkan contoh di zaman nabi SAW. Para sahabat disusun untuk menyebarkan Islam di tempat yang lain yakni luar daripada kota Mekah. Mus'ab bin Umair Radhiyallahu Anhu dihantar ke Yathrib atau pun sekarang dikenali dengan Kota Madinah untuk mendidik masyarakat di sana sekaligus menjadi murabbi di tempat tersebut.

Selain itu, Ja'far bin Abi Thalib Radhiyallahu Anhu dihantar ke Habsyah untuk menyebarkan agama Islam di sana seterusnya menjadi murabbi atau pembimbing di tempat tersebut.

Oleh itu, penyusunan yang teliti dan terancang perlu dilakukan di peringkat ini demi mencapai matlamat dan tujuan dakwah.

TANFIZ
Di peringkat yang terakhir ini, individu atau kumpulan yang telah melalui tahapan dakwah akan memiliki peribadi yang bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja Islam. Mereka ini bersedia menerima arahan dan melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh pimpinan.

Selain itu, peribadi di peringkat ini selalu melaksanakan amal saleh dan beribadah kepada Allah. Mereka melaksanakannya dengan penuh istiqamah. Al-quran menjadi panduan hidup dan sentiasa mengulanginya. Solat tahajjud tidak ditinggalkan kerana ia merupakan sumber kekuatan kepada perjuangan Islam.

Namun pada peringkat tanfiz ini, individu atau kumpulan tidak hanya beramal saleh semata-mata. Tetapi mereka akan bersama-sama melaksanakan kerja-kerja islam di dalam jemaah dan inilah yang disebut sebagai amal jamaie.

Matlamat atau tujuan perlaksanaan peringkat ini ialah mengubah daripada harakah kepada tujuan asal dakwah iaitu mencapai redho Allah SWT. Di peringkat inilah akan terlaksana kandungan al-quran di dalam masyarakat sekeliling.

Antara bentuk perlaksanaannya ialah mesyuarat, melaksanakan program, menyusun strategi dan merangka jadual dan pencapaian. Ketika inilah kita akan melihat seolah-olah al-quran itu berjalan di dalam masyakakat.

Akhir sekali, saya mengharapkan perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada sekalian nuqaba' atau pimpinan mahasiswa. Ini merupakan manhaj atau strategi yang saya pelajari daripada usrah yang saya ikuti. Semoga ianya akan menjadikan kita lebih beramal untuk agama Islam.

SEMOGA BERTEMU DALAM HALAQAH ULAMAK

Wallahu'lam
Shahrizan bin Mohd. Hazime
Sungai Petani, Kedah.



3 Pendekatan Untuk Berubah


Alam semesta mula mengembang sejak langit dan bumi dipisahkan ALLAH s.w.t. (Al-Quran 21:30). Manusia menamakan pemisahan ini dengan The Big Bang Theory.

Kajian saintis baru-baru ini telah mendapati bahawa pengembangan ini bukan sahaja masih terjadi, malah kelajuannya semakin meningkat.

Ia menafikan tanggapan awal bahawa kelajuan pengembangan alam semesta ini akan menjadi semakin perlahan .Oleh kerana kita adalah sebahagian daripada alam ini, kita juga mengalami pengembangan.

Kejadian kita yang lahir sebagai bayi yang kecil dan kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah satu bentuk pengembangan atau tumbesaran.

Pada saat kita duduk diam membaca tulisan ini pun, kita sebenarnya sedang bergerak dan berubah. Sel-sel di dalam tubuh tetap membiak dan berkembang. Jika setitik darah kita diperhati melalui mikroskop, kita akan dapati sel-selnya bersimpang-siur dan berkitar laju. Sebab itulah, jika kita tidak mahu berubah kerana berada di zon selesa, kita sebenarnya telah melanggari tabiat alam yang sentiasa berubah, mengembang dan bergerak.

Rugilah sesiapa yang tidak mahu memperbaiki diri sendiri, sama ada daripada segi mental, fizikal dan spiritual.
Berubah daripada yang tidak bagus kepada yang lebih bagus sebenarnya adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan di dalam hidupnya.

Kita mahu hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Seandainya kita tidak mahu memperbaiki keadaan diri, kita akan menggelongsor, merudum dan terjelepuk di lopak kehidupan yang sama.

Bagaimana pun, berubah itu sendiri perlu caranya. Kalau tidak kena gaya, maka perubahan yang dilakukan itu hanya sementara. Sama seperti resolusi tahun baru yang telah dilupakan belum pun sampai sebulan ia dinawaitukan. Terdapat tiga pendekatan dalam melakukan perubahan. Perubahan jenis yang pertama adalah berbentuk evolusi dan yang kedua berbentuk reformasi, sementara yang ketiga dalam bentuk revolusi.

Evolusi

Memutar jam lebih awal 15 minit untuk bangun pagi agar tidak lewat sampai ke pejabat, makan sebelum jam 8.00 malam untuk menjaga kelangsingan tubuh atau menahan amarah ketika memegang stereng kereta umpamanya, adalah di antara perubahan-perubahan kecil yang merupakan evolusi diri. Ia mudah dilaksanakan kerana kita boleh lakukannya hari ini, malah sekarang juga.

Bagaimana pun, kesannya hanya sedikit dan tidak ketara. Malah, orang lain tidak akan nampak akan perubahan ini kerana ia juga tidak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling. Ia seperti kaizen dalam istilah Jepun iaitu perubahan yang sedikit tetapi berterusan.

Reformasi

Perubahan dalam bentuk yang kedua pula lebih inovatif. Dan perubahan ini menemukan jawapan melalui pemikiran lateral. Kita bukan sahaja mempercepatkan jam 15 minit lebih awal supaya bangun lebih cepat, tetapi turut tidur lebih awal. Kita bukan sahaja makan sebelum jam 8.00 malam, tetapi mula bersenam.
Kita bukan sahaja menahan amarah ketika memandu, tetapi memasang lagu-lagu nasyid di dalam kereta untuk memperoleh lebih ketenangan. Cara ini lebih reformatif kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak.

Kedua-dua perubahan secara evolusi dan reformatif ini boleh diaplikasikan jika kita mahukan perubahan kecil dan sederhana. Bagaimana pun, perubahan dalam bentuk yang ketiga ini adalah perubahan yang revolusioner.
Perubahan ini memerlukan satu pendekatan yang jauh berbeza.

Jika perubahan evolusi dan reformatif ini bersumberkan perubahan yang berdasarkan fakta, keadaan dan tabiat yang ada, perubahan jenis revolusi ini membuang terus apa yang ada dan membina yang baru sama sekali!

Dalam konsep pembelajaran, perubahan revolusioner ini menuntut seseorang itu untuk unlearn and relearn atau membuang apa yang selama ini dipelajari dan belajar semula ilmu yang telah dipelajari.

Hijrah

Inilah yang dinamakan hijrah! Pengajaran daripada hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah ialah, ia merupakan perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi mental, ia meninggalkan satu kebiasaan untuk membina satu kebiasaan yang lain. Dan daripada segi spiritual, ia memerlukan kekuatan rohani untuk menjayakan sesuatu perubahan itu.

Hijrah adalah perubahan total dengan meninggalkan suasana fizikal , pola pemikiran dan amalan spiritual yang menjadi anutan selama ini. Misalnya, daripada hidup bersama ibu bapa kepada berumahtangga sendiri, daripada makan gaji kepada bekerja sendiri dan daripada menjadi makmum kepada menjadi imam.

Hijrah, atau perubahan revolusioner itu memerdekakan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ia menyerlahkan kehebatan seseorang individu itu. Malah, ia memberi erti kepada maksud kehidupan seseorang individu itu sendiri. Seperti alam semesta yang tiada henti pengembangannya, perubahan diri seseorang itu tidak seharusnya ada noktah dalam garis kehidupannya.

- Artikel iluvislam.com


21 Nasihat yang Baik !!


Orang yang berakal ialah orang yang selalu berfikir dan bertindak apabila menerima nasihat. Manakala orang yang sebaliknya akan tidak menghiraukan malah mengejek nasihat yang diberikan.

Nak dapat kebaikan? Jom dengar nasihat dan amalkannya! =)


PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.



KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.


KELIMA
Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.

-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.


KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakk

an sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..

semoga bermanfaat..


sumber : http://www.rileks.info/



15 Sifat Pemalas


1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi ingkar untuk melakukannya.

5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

p/s - jom rajinkan diri !


AIDS Dalam Gerakan Dakwah

Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.


Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.

Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.

Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).

Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.

Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.

Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.

Mengenal Virus Merbahaya
Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.

Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya.

Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.

Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.

Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligent dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.

Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.

Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.

http://www.brandsoftheworld.com/brands/0011/8207/brand.gif

Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.

Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).
Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW.

Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.

Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).

Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.

Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.

Kesimpulan
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.

Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.

Kepada para Pejuang yang merindukan kejayaan.....

Kepada Rakyat yang kebingungan di persimpangan jalan Kepada Pewaris peradaban yang telah menggoreskan

Sebuah catatan membanggakan di lembar sejarah manusia Wahai kalian yang rindu kemenangan…..

Wahai kalian yang turun ke medan Demi mempersembahkan jiwa dan raga Untuk Islam tercinta…..


Rahsia Segitiga Bermuda

Apa itu Segitiga Bermuda? Segitiga Bermuda adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian orang seluruh dunia kerana terdapat berbagai kejadian aneh telah berlaku disitu. Sehingga ke saat ini misteri Segitiga Bermuda itu dianggap sebagai satu kawasan pusat ajaib di muka bumi ini.

Kerana terialu banyak kisah-kisah pelik dan ajaib berlaku disitu, maka orang ramai tertanya-tanya, kuasa apakah yang terdapat disitu? Ada satu teori mengatakan di Bermuda itu terdapat satu pusat bekas Kerajaan Atlantis. Ada sesetengah teori pula mengatakan disitu terdapat Pusat Kerajaan Orang Halus dan Jin dan Para Siluman.

Segitiga Bermuda mencakupi kawasan seluas 770,000 kilometer persegi. Kawasannya merupakan gugusan pulau-pulau yang berjumlah sebanyak 359 pulau. Pulau-pulau ini tersusun antara satu sama lain seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil terdapat dihujung pulau-pulau itu. Kesemua pulau-pulau ini terletak di Lautan Atlantik. Jauh pulau-pulau ini dari Daratan Amerika kira-kira 930 kilometer.

Pada tahun 1684 Kepulauan ini telah dijajah oleh Kerajaan British. Sehingga ketahun 1968 barulah Bermuda mendapat pemerintahan sendiri. Sungguhpun kesuluruhan pulaunya sebanyak 359 tetapi hanya 60 buah pulau sahaja yang didiami manusia, selainnya tidak dihuni.

Orang yang pertama sekali mengenal pasti tentang Misteri Segitiga Bermuda ini ialah Vincent Cadys, dialah juga yang telah menamakan SEGITIGA BERMUDA. Beliau seorang pakar dalam kes-kes misteri di lautan. Daerah Segitiga Bermuda amat merbahaya untuk pelayaran laut mahupun penerbangan di ruang udaranya. Kerana sehingga kini tidak kurang dari 100 buah kapal terbang dan kapal telah hilang di kawasan ini. Kehilangan ini melibatkan kehilangan seramai 1000 orang yang turut hilang bersama peristiwa itu. Kapal terbang dan kapal yang hilang di kawasan Segitiga Bermuda ini ghaib begitu saja, tidak ada secebis serpihan pun yang dijumpai......apakah Dajjal punya kerja atau pun kaum-kaum yang sej'enis dengan Dajjal?

Sebahagian besar peristiwa ganjil ini terjadi dalam tahun 1945. Semua kapal terbang atau kapal laut yang hilang di kawasan ini langsung tidak dapat dijejaki dan dikesan langsung. lanya hilang terus tanpa sebarang kesan atau meninggalkan korban. Selalunya jika terjadi sebarang kemalangan di lautan atau di udara paling tidak kita akan menemui bangkai pesawat atau kapal dan mayat orang-orang yang terkorban, atau paling tidak pun serpihan-serpihannya. Tetapi peristiwa di Segitiga Bermuda langsung tidak meninggalkan apa-apa. Mereka hilang begitu saja bersama kapal dan kapal terbang.

Bertambah pelik lagi kebanyakan peristiwa yang terjadi di kawasan ini pada ketika lautan berkeadaan tenang, tidak bergelora dan cuaca pun cukup baik. Antara peristiwa yang berlaku, sebuah kapal dari Perancis yang bernama Rousalie yang telah melalui kawasan ini pada tahun 1940, tiba-tiba kapal ini menjadi kosong, tiada seorang pun di dalamnya, sedangkan kapal itu berada di dalam keadaan baik dan segala muatan di dalamnya langsung tidak berusik.

Pada hari Khamis dalam bulan Januari 1945, 5 buah kapal terbang Amerika jenis TTB Finger bertolak dari pengkalannya di Port Louderdile di wilayah Florida, Amerika Syarikat. Kapal terbang itu sedang ditugaskan mengawal dan menyelamatkan kapal-kapal yang mengharungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Tugas itu telah selamat dilakukan. Ketua pasukan kapal terbang itu Leftenan Charles Tylor telah memberi isyarat kepada menara kawalan, mereka akan kembali ke pengkalan kerana telah berjaya melakukan tugas dengan sempurna. Kelima-lima kapal terbang itu pun bergerak menuju ke pengkalan.

Tiba-tiba tanpa di duga, menara kawalan di Port Lourdedile menerima isyarat dari Ketua pasukan kapal terbang itu, Leftenan Tylor dan isyarat itu amat mengejutkan Komodor Wersink, pegawai yang bertanggung jawab di menara kawalan.
. Isyarat panggllan itu berbunyi seperti berikut...

Di sini Leftenan Charles Tylor, komandan kumpulan ke19. Adakah kami ditawan? tolong jawab....kami kehilangan petunjuk untuk pulang...kami tersesat...saya tidak dapat melihat daratan! saya tidak tahu lag! di mana arah barat, semua yang ada di sekitar saya menjadi terganggu, pelik.....malah tempat saya berada ini pun saya tidak tahu.....nampaknya...
..nampaknya."

Tiba-tiba suar
a panggilan dari Leftenan itu terputus dan tidak ada panggilan selanjutnya. Suasana menjadi Kelam kabut dan pelik. Komander Wersink, pegawai petugas yang berada di menara kawalan mengalami tekanan yang luar biasa. Dia cuba menghubungi Kemudian hubungan terputus. Dengan segera Komander Wersink mengarahkan kapal TIMSAR yang berada di bawah seliaannya supaya dengan cepat pergi menyelamat kumpulan ke 19 itu. Dengan cepat Kapal perang Angkatan Laut TIMSAR itu yang membawa 13 anggota yang berpengalaman dalam tugas-tugas penyelamatan bergegas untuk pergi menyelamatkan kumpulan ke 19 itu.

Ketika kapal tempur TIMSAR itu sampai di tempat yang ditujuinya terjadi peristiwa yang sama sekali tidak pernah disangka-sangka. Tiba-tiba saja kapal TIMSAR itu lenyap tanpa se
barang jejak sedikit pun ditinggalkan.

Skuadron kapal terbang ke 19 terdiri 5 buah kapal terbang perang yang membawa 14 orang anak juruterbang pun telah lenyap hilang begitu saja. Salah seorang juruterbang yang pada ketika itu berada tidak jauh dengan tempat kejadian memberitahu bahawa dia juga sempat menerima berita pelik itu dari radio kapal terbangnya iaitu hubungan antara Leftenan Charles Tylor dengan pengkalan Port Lornderdile. Berita yang diterimanya berbunyi seperti ini:

"Di sini Leftenan Char
les Tylor....Komandan Skuadron ke 19.
Boleh dengar? Tolong jawab! ....Sekarang saya tahu di mana saya berada. ..akhirnya saya tahu di mana kedudukan saya! Saya berada di ketinggian tidak kurang dari 2.30 kaki. Tetapi ada sesuatu yang ganjil.

Tidak, apa yang saya lihat amat susah hendak di percayai! Boleh dengar? Minta Dalam satu panggilan lain, suara Charles Tylor menyatakan.

Dari kata-kata panggilan Leftenan itu disimpulkan bahawa ketika Leftenan Charles Tylor mula memasuki kawasan maut Segitiga Bermuda itu, secara mendadak dia tidak dapat melihat daratan. Padahal udara dan cuaca baik, setiap juruterbang yang berada di ketinggian 5,000 kaki pun masih boleh melihat daratan.

Keadaan ganjil yang lain, semua arah kompas jadi tidak menentu, seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang tidak nampak, kemudian muncul suatu pemandangan aneh iaitu satu kawasan yang sama sekali dia tidak ketahui sebelumnya. Sehinggakan Leftenan Charles Tylor menyangka mereka telah tersesat. Kejadian selanjutnya, muncul makhluk-makhluk yang berbeza bentuk dengan manusia, sehinggakan Leftenan Charles Tylor mengagak mereka adakan pendatang dari luar angkasa dan semuanya sudah terlambat.....telah berakhir.

Dalam tahun 1949 sebuah kapal layar Belanda bernama HERMINEA juga telah dijumpai dalam keadaan dilanda oleh ombak besar kerana layarnya sudah tiada, apabila diperiksa oleh pengawal pantai, didapati tidak ada seorang pun di dalam kapal tersebut. Seolah-olah semua penumpang telah meninggalkan kapal tersebut. Bertambah pelik lagi, kapal tersebut mempunyai pelampung dalam sebuah peti dan juga barang-barang lain yang tersimpan dengan rapi.

Dalam tahun 1921 dalam bulan Januari sebuah kapal bernama Carol Darling yang mendekati pantai Caroline Utara, didapati tidak ada seorang pun di dalamnya, kecuali dua ekor kucing. Sementara 12 orang anak kapalnya hilang lenyap tanpa dapat dijejaki. Tetapi pelampung keselamatannya telah tiada. Seolah-olah menunjukkan anak-anak kapal itu telah meninggalkan kapal itu begitu saja. Seluruh enjin dan mesin kapal itu masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

Yang sangat menarik dalam peristiwa ini ialah di kapal itu terdapat meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum diangkat. Nampak seperti sesuatu telah terjadi dengan tiba-tiba ketika mereka sedang makan. Dalam tahun 1972, seorang nelayan bernama Hary Selatzeky telah hilang di kawasan ini.

Pada 23hb. Mach 1973, sebuah kapal besar bernama ANITA milik Kerajaan Amerika Syarikat yang bermuatan 20,000 tan telah hilang ghaib di kawasan ini.

Mungkinkah peristiwa-peristiwa ini disebabkan oleh sistem navigasi yang disebabkan oleh kuasa atau tenaga kristal matahari yang dahuiunya dikatakan kepunyaan bangsa Atlantis?Jika benar kuasa tenaga kristal matah ari itu betul-betul ada, ia memang dapat mengganggu petunjuk kompas kapal terbang atau pun kapal dan dapat mewujudkan satu ilusi pemandangan di udara tetapi tidak mungkin tenaga kristal matahari itu dapat melengapkan kapal berserta anak-anak kapal untuk selama-lamanya.Atau mungkinkah peristiwa tersebut diakibatkan oleh suatu sedut Betul kah kawasan itu kawasan kampung halaman Jin.

Mereka tidak suka tempatnya diganggu!!! intimagnet alam yang menyebabkan kapal terbang atau kapal tersebut berpindahke suatu tempat dan waktu yang berbeza? Yang peliknya tidak semua peristiwa kapal atau kapal terbang lenyap bersama-sama orangnya Kadang-kadang hanya penumpangnya saja hilang, sedangkan kapal ditemui semula dalam keadaan yang sempurna terapung-apung di tengah-tengah lautan Atlantik, kadang-kadang manusia disebut dan kapalnya tidak. Tidak pula terjadi, kapalnya saja yang disebut dan orangnya tidak.Para pengkaji di Rusia membuat satu teori iaitu, kawasan Segitiga Bermuda ini merupakan kawasan hantu, iaitu Istana Hantu Siluman.

Dalam satu pertemuan dengan Jin Muslim dikatakan Singgsahsana Kerajaan Iblis terbesar terletak di kawasan Segitiga Bermuda itu. Lautan merupakan kawasan yang banyak makhluk-makhluk halus. Kalau begitu, untuk apa iblis berserta anak buahnya dari golongan jin tersebut menangkap anak-anak kapal tersebut?

Mengikut kata Jin Muslim, mereka dijadikan korban untuk Iblis atau dijadikan budak-budak iblis. Mungkin penangkapan itu dilakukan kerana iblis menganggap siapa saja yang memasuki kawasan itu bererti telah mengganggu kekuasaannya. Kecuali jika Iblis merestui dan restu Iblis ini boleh diberikan jika mereka yang ingin melalui kawasan tersebut memohon dengan menyembahnya atau mengadakan sejenis upacara sebagai tanda perjanjian.

Mengapa pula kapal terbang dan kapal juga dirampasnya? Orang-orang yang hilang ghaib di kawasan itu telah digunakan oleh Jin Syaitan sebagai hamba mereka.. Memang sudah menjadi perangai syaitan dan iblis, suka membuat manusia susah dan keliru. Dikatakan kapal terbang dan kapal yang lenyap itu telah disimpan oleh para iblis di satu tempat yang tertentu di dasar lautan yang tidak pernah disentuh oleh manusia. Kapal-kapal itu ditutup dengan sinar ghaib tertentu atau dikelilingi oleh ribuan syaitan sehingga tidak dapat dilihatoleh mata kasar manusia. Sememangnya iblis mampu mengaburkan mata manusia.

Kemampuan jin iblis dan syaitan ini memang bermacam-macam. Kita pernah dengar seseorang yang masuk hutan, kemudian tersesat kerana terjumpa satu kawasan yang cantik dan indah seperti istana ketika di dalam hutan, padahal dia berpusing-pusing berjalan di tempat yang sama saja. Itu juga sebahagian dari kerja Syaitan.


Iblis berserta kumpulan sejenisnya seperti Jin, Syaitan dan hantu juga mampu menggerak dan memindahkan benda-benda dan manusia. Misalnya rumah berhantu yang dilihat kerusi dan mejanya bergerak-gerak ke sana kemari. Satu peristiwa di zaman Nabi Sulaiman, di mana Nabi Sulaiman meminta pembanlunya memindahkan kursi singgahsana Ratu Balqis, ketika itu Jin Afrit mengatakan dia sanggup memindahkannya dengan cepat sebelum sempat Nabi Sulaiman berdiri dari duduknya. Makhluk halus ini juga sanggup mengawal dan mengacau fikiran manusia, mereka sanggup membuat orang jadi gila.

Dajjal adalah keturunan orang Yaman, dia hidup di negeri Yaman dan mendapat pendidikan dan bimbingan dari berbagai ulamanya. Ada pula kenyataan menyatakan dia keturunan Samirah. Bagaimana pun Yaman dan Samirah berada di Syam (Syria). Dalam riwayat Shahih Muslim, Tamim ad Dari pernah melihat Dajjal. Dia sendiri melihat tubuh badan Dajjal yang utuh, ia dalam keadaan yang disertai oleh syaitan atau tidak disertai oleh syaitan.Imam ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Dajjal bukanlah manusia, melainkan syaitan yang diikat dengan tujuh puluh ikatan berupa lingkaran yang ada dan hidup disebahagian jazirah Yaman.

Dalam riwayat Imam Abu Dawud, bahawa Dajjal ini pula dikehali pada zaman Nabi Muhammad dengan nama Ibn Shayyad. Tetapi setelah diteliti segala maklumat dengan cara terperinci didapati bahawa Dajjal yang terdapat dalam keterangan riwayat Tamim ad Dari adalah Dajjal yang sebenarnya, di mana dia terikat dan cacat mata sebelah kanannya , sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim. Sementara Ibn Shayyad itu adalah syaitan yang menampakkan diri sebagai Dajjal pada masa itu sesuai dengan takdir Allah.

Ajal Dajjal yang dilaknat Allah itu telah dltangguhkan sampai satu masa yang ditentukan Allah dan tidak diingkari oleh Nya. Imam atTurmudzi menyebut dalam sebuah riwayat dari Nabi Muhammad mengenai munculnya Dajjal ke dunia,"dia akan diikuti oleh beberapa kaum berwajah seolah-olah mereka tak tahu malu dan seperti habisdipukuli."Dengan memerhati dan merenungkan amanat paling besar yang diberikan kepada jin dan manusia, yakni Al Quran, dapatlah disimpulkan bahawa Dajjal itu betul— betul ada. Dan Dajjal disebutkan secara tenstual di dalam Al Quran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular