Futhur : Wabak sepanjang jalan






FUTHUR (Terhenti & Melengah-Lengah): antara penyakit atau wabak di jalan dakwah yang sering melanda para aktivis gerakan Islam. 


Futhur paling rendah: malas, menangguh-nangguh, melengah-lengah. Futhur paling tinggi: berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

Antara faktor berlaku futhur: 
1) Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam agama.
2) Membazir dan melampau batas dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan.
3) Mufaraqah (meninggalkan jama;ah) dan memilih hidup beruzlah dan brseorangan.
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat.
5) Pengabaian melakukan ibadat harian.
6) Mengambil makanan yang syubhah atau haram.
7) Penumpuan ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam.
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tanggungjawab dan tugas disamping kekurangan tenaga amilin.
10) Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
12) Sambil lewa menjalankan tugas samda diperingkat individu atau peringkat jamaah.
13) Terlibat dengan perbuatan jahat atau maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.

( Petikan dari: Wabak Sepanjang Jalan - Dr.Sayed Muhammad Nuh )






Murabbi Baitul Qurra' wal Fuqaha'


Keberadaan kami selama seminggu di Baitul Qurra' wal Fuqaha' disambut baik tuan mudir, Ustaz Zulkifli bin Ismail. Merasai suasana tarbiah pondok dan menerima curahan tausyiah dan taujihat Ustaz Zul menghidupkan hati yang gersang.


Pesan Ustaz, wajib bagi pemuda Islam untuk menjadi mata rantai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Pastikan nama kita berada dalam senarai rantaian perjuangan tersebut yang bersambung dengan para salafusoleh, tabiin, para sahabat dan kepada baginda Rasulullah. 



Kemenangan Islam pasti akan datang, walau bukan zaman kita, mungkin zaman akan datang, apa yang penting istiqamahlah dalam rantaian perjuangan ini.



3 manhaj utama yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w wajib menjadi ikutan pemuda yang berada dalam rantai perjuangan. 

1- manhaj tholibul ilm (menuntut ilmu)
2- manhaj muhibbin (kecintaan Nabi, habaib, & solihin)
3- manhaj mujahidin (perjuangan Islam)

Tuntutlah ilmu ketika usia muda, ia adalah sunnah Nabi. Dahulu para sohabat (ahlu suffin) mengaji dengan Nabi tentang wahyu Allah, & hadis Nabi di dalam masjid (pondok), keluaran daripada mereka ini dihantar menjadi pendakwah pada umat, contohnya peristiwa bir al-maunah.

Dokonglah para asatizah dan ulama' yang memperjuangkan Islam. Bantu mereka untuk menegakkan Islam. Sesungguhnya, itulah jalan betul.


- Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 3 (SK Sg Udang & SK Tangga Batu)
- 19 -23 Mac 2012
- Pondok Baitul Qurra' wal Fuqaha' Sungai Udang, Melaka




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular