Al-Kahfi





Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. [al-kahfi : 13]



Ibrah yang sangat hebat. Kisah 7 orang pemuda yang beriman pada Tuhan mereka. Moga istiqamah sahabat-sahabat..









Ikhlas | Cinta | Agung | Allah












Ikhlas. Ia memerlukan penghayatan. Ibarat memberi hati seratus peratus pada Allah, yang hakikatnya hanya Dia yang tahu sejauh mana bulatnya hati itu. Bila kita bercakap dan bertindak elemen ikhlas ini sangat penting, ia jantung pada badan, ia akar pada pokok. Pandai bercakap, mestilah pandai juga untuk memaknakan apa yang dicakapkan, ia buah daripada buah-buah ikhlas.

Seringkali bila kita berusaha untuk bulatkan hati itu, bendasing masuk meracuni dan mengubah tahap ikhlas itu. Cantiknya ikhlas itu jika bendasing itu dapat ditepis sejauh-jauhnya. Di sinilah peranan syaitan dalam mencorak buruk dan busuknya nilai ikhlas itu. Cubalah hazafkan ia.

Ingatlah, semuanya datang daripada Allah. Tidak ada satu zarah pun kesan datang daripada usaha kita. Kita bukan pemberi manfaat, dan bukan juga pemberi mudharat. Nilailah diri sendiri, setakat mana kita menghayati Hebatnya Allah dan Agungnya kuasa Dia dalam menjadikan sesuatu. Subhanallah, Maha suci Allah. Kita makhluk yang hina dari kejadiaan mani, tapi bila ada ikhlas ia menjadi nilaian dan pandangan Allah, Tuhan kita. Bayangkan, Pencipta kita memandang dan prihatin pada kita, Allah..indahnya.


Kita tidak boleh memiliki semua kerana bukan semua perkara Allah jadikan sesuai untuk kita. Di sinilah, kita kena bijak dalam melandaskan hati kita betul-betul bulat dan ikhlas kepada Allah dalam menerima. Jadi, berprasangka baik pada Allah itu indah. Husnu dzhon pada qada' dan qadar Allah itu penguat pada diri kita. Kebiasaannya, kita marah, merungut dan membenci pada sesuatu yang bukan ditakdirkan. Jangan, ia bukan buah yang berbuah daripada pokok ikhlas, ia rosak. Buah yang busuk dan berulat tidak boleh di makan. Jangan kerana su'ul zhon kita, semua rahmat menjauhi kita.


Ikhlas boleh membuahkan cinta agung. Cinta kepada Allah Yang Satu. Ia Pencipta, Pemberi rezeki, Penghidup, dan Peneman kita. Allah, cinta-Nya jika kita peroleh kita pasti inginkan ianya selama-lamanya kekal, hidup dalam jiwa kita untuk terus subur. Cinta Allah, Ingin Allah, ingin jumpa Allah, merasakan semuanya datang daripada Allah jika hati bergemerlapan dengan ikhlas. Subhanallah, hebatnya penangan ikhlas! Kurniakan kami Ikhlas itu Ya Rabb!!....



semua milik Allah

nafi kuasa kita

takdir tetap pada kita

jangan jauh terima

jangan sangkal

lemah itu kita

jahil itu racun bisa

cinta lain tuhan jangan

cinta itu kurnia

untuk Dia

maknakan ia

yang jernih

suci

jangan sia-siakan


cinta Allah, Allah Maha Hebat.











Game Changer 2012


Tahun 2012 dibuka dengan tarbiah mendahului langkah ke depan. Perancangan yang dilaksana berjalan seperti yang disusun. Aku suka melihat gerakan ini terkehadapan dalam membawa isu tarbiah kerana ia menjana nadi gerakan. Tetapi perlu tersusun untuk pastikan ianya menyeluruh. Jangan terlalu fokus pada mereka yang belum bermula hingga mengabaikan mereka yang sudah tersedia di barisan hadapan. Aku mengharapkan untuk turut menerima cebisan api kemaraan itu.

Kita perlu memandang ke belakang untuk terus bijak melangkah ke hadapan. Oleh kerana itulah refleksi dan muhasabah sangat penting. Ketika menoleh ke sana, jiwa sempit memikirkan kesan daripada sabab dan musabab sendiri. Benarlah, pandai bertindak perlu juga pandai menanggung kesan tindakan. Aduh, rasanya tidak berkudrat seperti mereka yang hebat membawa jenama islah pada waqi'iyyah masing-masing. Jauh lagi perjalan untuk ditempuh hinggalah sampai ke sana, sebuah matlamat sebenar.

Dua ribu Dua Belas : Tahun untuk Bijak dalam Kerja Bermatlamat

Aku sangat terkesan pada kata-kata Saidina Ali k.w.j, " Kebatilan yang berstrategi akan dapat mengalahkan kebenaran tanpa strategi ". Qaul ini mengharapkan pada mereka yang bergelumang dengan kerja kebaikan untuk bijak dalam melangkah. Maksud bijak di sini bukanlah bererti kuat dan banyak usaha semata-mata, tetapi bijak bererti berusaha walau sedikit tetapi berkesan. Nah, inilah yang sangat membingungkan pemikiran. Berada pada posisi mereka yang berfikir sangat sukar kerana ia memerlukan kebijaksanaan ini. Ia perlu untuk mengelakkan kerja sia-sia dan tidak bertepatan matlamat.




InsyaAllah moga pengalaman lepas mampu mencorak sesuatu yang baru pada jalan di hadapan. Aku ini lemah, tetapi bukan bodoh untuk menggunakan erti kelemahan itu bagi menghalang gerakan di jalan ini. Ia umpama duri yang menghalang pejalan kaki untuk mara ke hadapan. Pesan seseorang, kamu diuji sesuai dengan kemampuan kamu. Maka jangan mengalah sebelum bekerja.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya... [al baqarah : 286]



Dua ribu dua belas, I'll try my best. =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular