Islamis Demokrat PAS Jelmaan Neo-Sekularisme

Susulan komentar Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia yang mengupas kemunculan ‘Islamist Democrats’ , laman tertua PAS, tranungkite.net dan attakiri memetik tulisan Hani MFG mengupas lanjut tentang asal usul kumpulan tersebut. Zulkiflee Bakar merumuskan kumpulan Islamis Demokrat sebagai kumpulan rangkaian Anwarinas, kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS yang tidak mahu melaksanakan syariat Islam.

Hani MFG pula memetik kajian Erica Miller, seorang sarjana lepasan Fletcher School, Turf University yang menulis tesis sarjananya yang berjudul “Democratic Islamist? A Case Study on the PAS” pada 2006 iaitu mengkaji perubahan pemikiran pimpinan baru PAS yang mula cenderung terhadap pendekatan demokrasi.

Kajian Erica Miller juga bersandarkan kajian Angel Rabassa dari RAND Corporation yang telah meletakkan nama Anwar Ibrahim salah seorang daripada kumpulan tersebut.Carta Erica Miller yang diubah suai dari carta Angel Rabassa, RAND Corporation, The Muslim World After 911 (Santa Monica: RAND, 2004)Berdasarkan carta di atas, PAS (Malaysia) cuba disamakan dengan AKP (Turki) di mana perbezaannya hanya perkataan ‘liberal’ dan ‘Islamis’.

PAS dikategorikan sebagai ‘Modenis Islamis’ atau ‘Islamis demokrat’ manakala AKP pula sebagai ‘Modenis Liberal’.“Mungkin Dr Zulkifli telah menghadam tesis ini, sebelum beliau mengisytiharkan diri dan kumpulannya sebagai Islamis Demokrat.“Saya masih kabur tentag kerangka sebenar pemikiran Islamis Demokrat ini, mungkin Dr Zulkifli boleh menjelaskannya. 

Tetapi saya kebimbangan sekarang ini, kerana terlalu banyak pemikiran yang meletakkan sifat kepada Islam sehingga seolah-olah wujud golongan yang memperjuangkan segmen tertentu daripada Islam, bukan Islam yang syumul.“Ya! Seperti hanya mendukung demokrasi dalam Islam, tetapi tidak cenderung kepada syariatnya!,” kata Hani MFG.Menurutnya, satu ketika dahulu, PAS pernah mengkritik pemikiran Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi kini elemen yang sama telah menular ke dalam PAS pula.

“Dalam apapun tanggapan Barat – bagi pemikiran Islam, ia sudah tentu memberi makna bahawa golongan ini adalah golongan Islam yang hanya beriman dan mahu bergerak di atas ruang demokrasi yang dibuka oleh Islam.

“Mereka hanya menerima segmen demokrasi daripada Islam. Kilasannya mudah saja, mereka kelihatan bukan sahaja tidak pro, bahkan anti kepada perakuan mahu melaksanakan syariat. Bahkan wacana-wacana hudud pun mahu ditutupkan kerana bimbang terjejas sokongan.“Satu masa dahulu, buku “Strategi PAS Menegakkan Negara Islam” hasil kajian PhD Dr Azhar Yaakub (2004) yang telah dicetak, telah dilarang diedarkan kerana tidak mahu mempopularkan “Negara Islam”, katanya.

Menurutnya lagi kemunculan aliran baru, Islamis Demokrat ini dianggap sebagai mendukung pemikiran “PAS Baru” yang kemudiannya dizahirkan untuk menolak kepemimpinan ulamak.“Lalu dicadangkan gantiannya kepemimpinan kebajikan atau kepemimpinan Islam, amat jelas sekali mahu PAS berfikir semula terhadap Islam syumul yang didukungnya.

“Mereka mahu Islam yang lebih diterima rakyat, Islam yang lebih demokratik, Islam yang berkebajikan dan seumpamanya.

“Apakah Islam yang dibawa oleh Nabi SAW itu ditolak manusia, zalim dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat? Mengapa mereka melihat Islam secara yang sempit, dan hanya mahu beriman pada elemen demokrasi dalam Islam, tidak pada keseluruhan syariatnya?,” katanya lagi.

Hani MFG berhujah ‘Islamis Demokrat’ meniru konsep ‘Sosialis Demokrat’ dan ‘Kristian Demokrat’ di Eropah.Katanya lagi, ekoran kegagalan pendekatan Islam syumul yang dibawa semenjak revolusi di Iran maka pemikir-pemikir baru telah mengemukakan pendekatan baru, iaitu ‘Islam tanpa syariat’ atau ‘terima politik Islam tolak syariat Islam’ yang dinamakan ‘Post Islamism’.

“Pada mereka pendekatan Islam yang lebih demokratik, tidak keras, mengetepikan syariat, menekankan soal keadilan Islam dan seumpamanya adalah lebih bijaksana dalam dukungan kelompok “post Islamis” ini.“Satu kajian yang dibuat oleh Lily Zubaidah di Sydney, Australia baru-baru ini yang membandingkan antara PAS yang dikuasai oleh golongan baru – golongan “Islam, yes; Islamic syariat, no” – dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang mewakili golongan Islam di Maghribi, telah menyimpulkan bahawa PAS sekarang telah menjadi sebuah gerakan post Islamist dengan pendekatan yang baru ini.

“Satu analisis yang amat menakjubkan tetapi tidak memeranjatkan!”, katanya.Menurutnya lagi, Islamis Demokrat tidak berpaksikan Islam sebenar, sebaliknya berpaksikan pihak lain semata-mata untuk mendapatkan kuasa.“Dalam konteks PAS hari ini, kerana amat berhajat kepada kuasa, tanpa hala tuju sebenar yang jelas, maka golongan ini dengan bangga mengisytiharkan kelahiran kumpulan mereka yang digelar “Islamist Democrat” di dalam sebuah parti Islam.

“Mereka mungkin orang-orang Islam dalam PAS yang beriman kepada demokrasi, lalu mereka menjadi kumpulan Islamis Demokrat. Sebetulnya mereka ialah kumpulan demokratis beragama Islam.

“Semua Islam yang tidak lengkap itu hakikatnya neo-sekularisme!,” rumusnya.

Sejauh Mana Islamis Demokrat Berjaya Kuasai PAS.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular