Indahnya Maqam Ma'rifah Pada Allah


Rupanya kalau dah berma'rifah yang mendalam terhadap Allah, maka individu tersebut memandang hidup ini dengan sisi pandang yang sangat berbeza.

Orang yang paham akan mahabbahnya kepada Allah, akan buat sesuatu perkara selalu ada perkaitan dengan-Nya. Hakikat bahawa, Allah tidak pernah sedikit pun jauh dari kita, lebih pantas berjalan menuju kepada-Nya, lebih rapat dan hampir Dia kepada kita. Jadi, segala perlakuan individu itu akan terkesan dengan makrifahnya pada Allah. Mithalnya, seseorang yang sedang makan, akan mengiktikad dalam hati makananya itu tidak langsung memberi kesan kenyang pada dirinya. Tetapi, rasa terkesan wujud dan berkuasanya Allah akan mengatakan Allah yang mengenyangkannya. Cukup berbeza individu yang berma'rifah ini.



Alam menjadi bukti kewujudan Allah


Kenal Allah, Pasti Tidak Bergantung Selain dari-Nya

Sahabat yang ingin berkahwin, katanya ingin mengikut cara yang syarak untuk mengahwini bakal zaujahnya. Perancangan demi perancangan dilakukannya untuk mengatur aturan mengikat muslimat itu.

Namun, masih tertinggal satu elemen yang sangat penting dalam membuat pilihan. Solat sunat istikharah. Meminta petunjuk kepada Allah atas pilihan dibuatnya. Sahabat lupa bahawa dalam soal jodoh yang menentukan separuh hidup dan juga syurga nerakanya, tiada istikharah mana mungkin dapat menjamin sempurnanya pemilihan yang dibuatnya.

Selepas itu, pilihan terus dibuat dengan perancangan dhoif sang makhluk itu. Perkahwinan yang dikatakan berlandaskan syarak itu dirasakannya sudah betul dan bertepatan sunnah. Tetapi, keberkatan itu pada hakikatnya tiada dalam ibadah munakahatnya itu. Kerana, keberkatan itu terletak pada kuasa kebergantungannya pada Allah, bukan semata-mata pilihan sendiri tanpa persandaraan kepada-Nya.

Pointnya di sini, jika bergantung dan harapan itu semata-mata dalam istikharah kepada Allah, nescaya kemanisan yang diperolehinya itu berlainan. Kerana itu ma'rifah mengenal Allah itu penting dalam menentukan apa jua perkara dan kehendak yang dilakukan manusia.

Dapat disimpulkan bahawa, mempelajari ilmu Akoidul Iman itu wajib dan menjadi prioriti yang pertama dalam tingkatan ilmu. Kenal Allah itu dahulu, baru perintah dan arahan Tuan empunya mudah dilakukan. Allah..jangan merasa cukup dalam diri itu kalau setakat mempelajari sekelumit ilmu ma'rifah tanpa pengamatan dan penghayatan yang cukup.

Subhanallah. Ya Allah permudahkan hamba-Mu ini Mengenal-Mu dan aku memohon keberkatan ilmu itu dapat memandu-Ku pada-Mu semata-mata. Subhanallah, Alhamdulillah, La ilah illa Allah, Allahu Akbar, La haula wala quwwata illah billah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular