"Kenapa dia? Akulah yang layak!!"


Apabila berbicara tentang keadilan, seringkali kita terlepas pandang ketentuan Allah. Dia telah merancang sesuatu untuk kita. Tetapi kerana keegoan, takabbur seolah-olah tidak berTuhan yang merasakan keputusan kita adalah tepat sepenuhnya membuatkan kita melabel sesuatu perkara itu tidak adil. Lantas, adil pada pandangan manusia itu adalah salah.

Ingatlah, kadang-kadang perkara yang kita rasakan betul pada sisi kita, hakikat pada ilmu Dia Yang Maha Luas mengatakannya salah dan amat buruk untuk kita.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216



Penilaian manusia terhadap maksud keadilan hanya berpandukan akal pemikirannya. Tambahan pula bercampur aduk dengan emosi. Lantas, keputusan yang dilakukannya tidak tepat. Tetapi, apabila berpandukan sunnah, seperti melakukan istikharah dan berdoa serta tawakal, kita serah sepenuhnya pada-Nya dalam menentukan keputusan, itu adalah pilihan yang penuh kebaikan. Yakinlah.

Jawatan adalah Perkara yang Zahir

Hendak berdakwah, tak memerlukan jawatan dan pangkat. Dalam sebuah hadis yang ringkas, "Sesiapa yang mengucapkan kalimah La ilah illa Allah, maka ia adalah seorang daie (pendakwah). Jelas di sini, setiap kita adalah pendakwah yang perlu menyeru kepada manusia untuk kembali kepada kalimah syahadah tersebut.

Akan tetapi, dalam sebuah
gerak kerja dakwah yang sistematik dan tersusun, dan ditambah dengan penzahiran organisasi, jawatan itu perlu. Bagi menampakkan lagi tugas dan skop pekerjaan itu maka adanya jawatan.

Sahabat dan sahabiah, berbalik pada peranan daie itu sendiri, hakikatnya kita sudah menjadi seorang daie. Berbicara mengenai seorang daie, jika sudah paham dengan skop dakwah dan tarbiyah Islam serta sudah bersedia, jalankanlah tugas. Jangan menoleh ke belakang dalam berjuang.

Tetapi yang menjadi persoalan, daie itu tidak berpuas hati dalam mendapatkan 'jawatan' yang diingininya. Persoalan yang lucu di sini. Kalau dah betul ikhlas nak menaikkan nama Islam, buatlah kerja Islam. Berjuanglah. Kenapa terkapai-kapai inginkan jawatan tersebut. Bukankah pada hakikatnya kita ini seorang daie?

Seorang pej
uang lain diamanahkan jawatan. Jawatan dalam medan perjuangan Islam. Ingin mengjulang Islam, bermatlamat yang satu, aqidah yang satu, yang semuanya satu iaitu demi Islam. Tetapi berani dalam menikam pejuang yang ingin turut dalam menggapai matlamat yang sama dikejarnya. Itu kejam.

Sudahlah. Berbalik pada soal keadilan yang disebutkan awalnya tadi. Jika dah itu yang tertulis, mengenai qada' qadar terimalah seadanya. Jangan mempertikaikan soal keadilan yang Dia tentukan. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Apa yang penting sekarang, sokong orang lain yang ingin turut sama membantu kamu dalam menaikkan Islam. Jangan tikam dan menyekat jalan yang telah diamanahkannya. Dalam masa yang sama, buat kerja kamu juga. Jangan gila jawatan, jangan cari pengaruh. Orang yang diamanahkan jawatan pasti terdetik. "Bukannya aku hendak pun jawatan itu. Berat kot.."

p/s -Jom buat kerja Islam. Berlumba-lumba seperti ikan lumba-lumba. Takbir3X!!


1 comments:

Anonymous said...

saya ada 1 persoalan di sini...bagaimana seseorang daie yang tidak suka kepada sesebuah organisasi itu boleh menjadi pengurus kepada organisasi itu...sungguh musykil...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular