anak MUDA yang beriman kepada Tuhan mereka

mereka adalah anak MUDA yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan hidayah untuk mereka. (Alkahfi :13)

Sesungguhnya, di dalam al-quran, Allah s.w.t telah menceritakan perihal golongan ashabul kahfi yang beriman kepada-Nya dengan keimanan yang sebenar. Masakan tidak, kenyataan tentang hebatnya iman dan kukuhnya akidah mereka kepada Rabbnya dirakam dalam surah al-kahfi ayat 13.

Memetik kata-kata tokoh mujaddid ustaz hassan al-banna.
"Golongan muda merupakan penjulang kepada panji-panji Islam dan fikrah agama." Memang tidak dapat dinafikan lagi apabila menyorot kepada sorotan sejarah dalam gerakan Islam di mana-mana negara, golongan inilah yang menjadi penggerak dan pemangkin suburnya dakwah dan tarbiyah Islam itu sendiri.

Golongan ini beruntung dalam period masa
muda mereka itu kerana mempunyai aqal pemikiran dan tubuh yang sihat yang bersedia memikul amanat Islam. Pembawakan watak seorang pemuda Islam yang hebat boleh diambil contoh melalui Sultan Muhammad Al-Fatih. Baginda sultan dalam riwayat menawan kota Konstantinople merupakan seorang syabab berusia 20-an waktu itu.




Justeru, bangkitlah pemuda dengan semangat juang Islam yang tinggi. Jangan leka dengan pengaruh tajaan barat yang cukup banyak pada hari ini. Walaupun diserang dengan pelbagai pemikiran yang 'anti-ahlu sunnah waljamaah', istiqamahlah kamu dalam menjadi ghuraba' sebagaimana yang dinyatakan baginda Sayyidina Muhammad. Beruntunglah ghurab' iaitu orang-orang yang ganjil dalam masa sekarang. Ganjil dalam pandangan manusia yang memandang haq itu sesuatu yang kolot...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular