Atur Langkah untuk Islam!!

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. -As Shaf : 3

Mencari sesuatu untuk dikongsi. Aku mengambil 'kitab' yang menjadi teman perjuangan, sebuah buku yang penuh dengan nota-nota tafakuh fiddin, paling banyak pengisian masa daurah ilmu di baitul qurra disember lepas dan juga nota kuliah sekitar majlis ilmu di bumi Perlis ni.

Sedang asyik membaca tulisan-tulisan di dalamnya, aku terpandang sepotong ayat, secebis nota kecil..

Hendak mengenali nahkoda yang hebat, bukanlah pada kepetahan bercakap, tetapi melalui tindakan!

Ya, aku masih ingat bila mana dan masa bila aku tulis ayat ni. Ni kata-kata Ustaz Zul sewaktu di baitul qurra dahulu. Risalah tahridh 'ala Jihad. Kitab yang menjadi wadah ustaz bersyarah, mengajar para penuntut di baitul qurra'. Bab perihal jihad.

Teringat pada syarah ustaz waktu itu. Islam tidak akan tertegak hanya pada kata-kata. Betul, tepat sekali. Kalau asyik bercakap, gah dengan hujah, nampak hebat tetapi tindakan kosong, semuanya sia-sia. Padahal tindakan itu lebih penting. Amal akan ditanya kelak berbanding Ilmu kan?


TGNA Dan Islam

Melihat ke dalam peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Masa daurah, Tok Guru yang banyak ustaz Zul jadikan contoh. Peribadi beliau cukup indah apabila lawan sendiri seganinya. Apabila berdepan dengan lawan, apa yang betul dipujinya dan yang buruk lagilah dikeji.

Batang tubuh beliau ibarat sufi. Sufi yang meminta,mengharap kepada Allah, mengadu kepada-Nya semata-mata. Ustaz Zul banyak bercerita mengenai hubungannya yang akrab dengan Tok Guru. Seronok mendengar ceritanya. Ditambah lagi ustaz Zul, Tok Guru ni amalan dia sungguh istiqamah. Amalan membaca Quran sebelum Subuh sudah menjadi sebati dan tahajjudnya tidak pernah pun ditinggal walau sehari!


Ulama' menyeru kepada Jalan Allah

Aku kagum pada Ulama' ini. Tidaklah salah kalau kita mengikutinya kerana jalan yang diikutinya adalah jalan Nabi. Tetapi realiti hari ni, ramai yang menolak ulama', katanya ingin mengikuti terus jalan Nabi. Nah, nilai diri dahulu, seperti merasakan diri itu sudah cukup hebat kah? Seakan ilmu itu sudah banyak?

Ulama' adalah penghubung untuk sampai kepada jalan Nabi kerana tanpa mereka, pasti kita tidak menemui jalan Nabi. Ilmu kita ni ciput sangat berbanding mereka! Ulama' warasatul anbiya'. Mereka bercakap dan bertindak. Tetapi kita?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular