Tarbiyyah dari Allah Itu Indah

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Mode Sedih - Semenjak kebelakangan ni, banyak sekali perkara yang tidak diingini berlaku di sekeliling. perkara yang kalau difikir banyak & berulang kali, ianya merupakan satu hikmah-bukannya kebetulan. Sedih, dengan dosa ya Allah...Tuhan, dosaku menggunung tinggi, sebanyak pepasir di pantai.....TETAPI, rahmat-mu sangat melangit luaskan? =) Itu pasti dan benar.

Rahmat melalui Tarbiyyah. Tarbiyyah dari Allah merupakan satu perkara yang indah. Padat sekali dengan HIKMAH. Tetapi, banyak kalikah aku memikirkan tarbiyyah yang diberikan-Nya? Melalui ujian yang setiap hari datang, adakah pernah datang rasa hendak mencari 'sesuatu' disebalik itu?

Kematian itu Tarbiyyah & Peringatan yang Paling Berguna

Menjenguk ke dunia hiburan. Satu bentuk dunia yang penuh dengan glamour, materialistik, unsur2 kelalaian yang banyak sekali. Kematian. dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan kematian yang unexpexcted, xdijangka langsung melihatkan perawakannya yang sihat - pemergian pelawak terkenal Din Beramboi (Al-Fatihah) tetapi, hakikat kematian mesti diyakini xmengira waktu & usia.

34. dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. Al-A'raf : 34

Allahyarham berada dalam kemuncak kariernya sebagai penghibur yang mula terkenal pada waktu itu. seorang yang dilihat ceria & sihat - xnampak tanda2 sakit. Lawaknya pasti terkesan & diingati oleh peminat-peminatnya. Membawa orang ramai ke arah 'keseronokan'. Hendonisme. Kadang-kadang terfikir, manusia yang berada dalam keseronokan siang & malam, pada masa manakah digunakan untuk meletakkan dahi mereka di tikar sejadah, ibadah & amal, mengadu & menangis untuk Tuhannya? Namun, diri ini berharap Allahyarham sempat mengucap taubat kepada Tuhanya. Allah itu Maha Pengasih & Pengampun, itu pasti.

Sekali lagi, pemergian artis menghadap Tuhan berlaku. Achik Spin. Kematian yang berlaku kerana kemalangan kereta yang pada hujungnya diakhiri dengan meletupnya kereta yang dipandu Allahyarham. Terkejut. ya, itu reaksi yang automatik berlaku apabila menerima berita kematian. umur Allahyarham aku xpasti. Tetapi yang pasti Allahyarham masih muda. Syabab. hmm..Umur itu milik Allah, ianya xpanjang - Ketentuan yang sudah tertulis.

Allah mengasihi Hamba-Nya yang bertaubat

Walau apa pun, ini ialah peringatan. Dalam sebuah hadis yang menyebut sebijak-bijak manusia adalah orang yang memikirkan perihal kematian. Kenapa? Kerana kematian itu membawa kepada persiapan bekalan. Perumpamaan orang yang ingin menetap lama di sebuah tempat, pasti membawa banyak barang-barang untuk keselesaan dalam satu jangka masa yang lama.

Musibah itu Dekat & Hampir

18 April 2010, pukul 4.30 pagi - Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat, schoolmate2 aku. Berkeping-keping message masuk ke dalam inbox. Semuanya meminta untuk mendoakan keselamatan Adib Aiman yang terlibat dalam kemalangan kereta. Adib, dimasukkan ke ICU kerana kemalangan yang dialaminya cukup parah.

Terkesima. Hampir 25% pendarahan otak berlaku kerana gegaran yang kuat semasa jatuh terpelanting keluar dari kereta. Sedih, doktor yang merawatnya mengatakan peluang untuk selamat tipis. dalam masa seminggu, itu penentuan untuk peluang hidup & mati. Dan yang paling sedih & syadid, doktor cakap kalau hidup pun xmacam adib aiman yang dahulu, xnormal. Apa pun, sekarang keadaan adib alhamdulillah semakin baik walaupun masih koma. Adib....bangunlah, aku nak tengok mung macam dulu, adib, bangunlah aku yakin mung bleh...bangunlah.... ;-(

27 April 2010 - Waktu lebih kurang dalam pukul 11.50pagi, satu IPG KP gempar. Ahmad Fikri Ahmad Nazari, eiei parah terjatuh dari tingkat 3 asrama. Aku sempat berada di situ. Tergaman tengok mulut eiei penuh dengan darah terlantar siap kat tanah. Sekejap je berita tersebar, pukul 12.00tgh semua penuh kat situ. Sehinggakan Pengarah Institut & Timbalan Pengarah pun datang kat situ. Separuh dari badan eiei xbergerak langsung tapi dia masih sedar, xpengsan. Last, masuk unit kecemasan hospital kangar. Berita terbaru aku dapat, separuh dari badannya sebelah kiri patah. Tangan dan kaki patah. Diibaratkan sebagai 'lumpuh' sebab bahagian yang patah tu xboleh bergerak dah kan. hmm...Tak siapa boleh halang kalau kemalangan ini Allah dah tetapkan.

Tarbiyyah dari Allah Indah Mendidik Jiwa

11. Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah Yang Engkau berikan kepada orang Yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. oleh itu berilah kepadanya berita Yang mengembirakan Dengan keampunan dan pahala Yang mulia. -Yaasin:11

Ya Allah, takutnya aku pada azab-Mu yang pedih itu.Sesungguhnya mengadakan kematian itu mudah bagi-Mu. Kun fayakun. Aku hari ini masih lalai dan leka, kadang-kadang perasaan untuk mendekati-Mu itu sangat tinggi dan kadang-kadang ia jatuh serendah-rendahnya. Al-Iman Yaziidu wa Yanqus. Iman itu bertambah dan berkurang. hmm...Ya Allah, rahmat-Mu sangat cukup luas, tetapi aku tidak pandai menggunakan akal yang Kau pinjamkan sebagai rahmat ini untuk aku gunakan untuk berfikir dan bertadabbur mengenai Tanda-tanda-Mu. Sedih..sekarang, ruh untuk membaca Al-Quran xsesegar seperti dahulu. pada kebiasaan di asrama SMKADG dahulu, at least dalam masa sehari satu muka surat al-Quran menjadi bacaan-ku. Tetapi sekarang?

Betul..aku sekarang kering dengan tarbiyyah, malu pada-Mu ya Allah, malu pada diri sendiri, malu pada kawan-kawan..katanya hendak memperjuangkan agama, tetapi semuanya masih sama, ibadah-Ku ini mungkin langsung tidak menjadi pandangan-Mu..hati ini penuh dengan karat-karat mazmumah ya Allah...Kau lebih Mengetahui..Kau Tolonglah hamba-Mu ini, Kau permudahkanlah jalanku ya Allah....

Peringatan & Ujian dari Allah itu Tarbiyyah. Cuma, semuannya bergantung pada diri sendiri menentukannya sama ada baik dan buruk.

10. dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Al-Balaad : 10

Bangun Ridzuan! Jangan kering dengan tarbiyyah!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular