Da'ie - Bekerja untuk ALLAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan...




'Da'ie' !
Bukanlah semudah itu bagi seseorang Muslim masakini untuk diterima atau di katakan 'Da'ie Allah'.
Kerana 'da'ie' adalah pejuang yang siap sedia dalam semua bentuk 'jihad' yang besungguh bagi mendaulahkan Islam itu jadi tinggi, walaupun hakikatnya bukanlah atas kemampuan dan kekuatan 'seorang da'ie' itu menjadikan Islam itu di agungkan.

'Da'ie' hanyalah mentaati Allah SWT dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai 'wira Islam'' sama ada usahanya itu dapat dilihat atau tidak nampak kejayaannya menurut pandangan manusia biasa seperti kita, mereka akan tetap dan isitiqamah dalam perjuangannya.

'Da'ie Allah SWT' juga bukan sekadar menurut pandangan dan fahaman kita terhadap seseorang disebabkan pemalu, penyegan atau pendiam dsb.
Kerana 'nilai da'ie' mempunyai bidang yang luas lagi berbagai-bagi tanggungjawab atau kewajipan masig-masing ketika menjalankan usaha kerja 'da'ie' itu.
Masing-masing yang 'ahli' dalam sesuatu bidang tidak mestinya mengetahui semua bidang atau urusan, maka 'da'ie' juga harus mempunyai pecahan kerja masing-masing yang sesuai dengan 'keahlian seseorang sebagai da'ie',
KERANA;

'Da'ie Allah SWT' adalah menjalankan kerja mereka melalui 'JAMAAH', dan setiap jamaah itu harus di anggap sempurna melalui 'penyatuan dari berbagai' kebolehan atau 'keahlian', hatta dari yang pekak atau bisu pun harus jadi 'da'ie', cuma penetapan kerja atau tanggungjawab adalah banyak bergantung dari 'keputusan JAMAAH,
sesuailah keadaan misalannya: si buta menumbuk lesong, si wanita 'menyediakan makanan atau membantu ehwal rawatan' dsb, semua mereka apabiloa berada dalam JAMAAH dikalangan 'da'ie', maka secara langsung kerja-kerja menurut 'keahlianya' adalah penyumbang kerja yang sebanding dan tidak dikurangiNya.

Daie Seorang yang Pemalu??

Menyentuh soal mereka yang pendiam, pemalu atau penyegan; dalam hubungan 'da'ie' di bidang dakwah; mungkin ia tidak bercakap banyak atau tidak pandai berbicara menyampaikan dakwah lisan, namun DAKWAH SENDIRI terdapat berbagai cabang kerja; dakwah harus melalui 'akhlak' dan kurang bekata-kata, dakwah harus melalui 'khidmat' @ membantu fiiziikal atau mental dalam sesuatu perkara, bahkan... ada dakwah yang perlu menggunakan 'kemampuan wang ringgit YANG BANYAK SEBAGAI SEBAB, yang menjalani kehidupan sebagai 'da'ie' sesuai dengan kebolehan atau kepakaran individu itu, darinya harus ada manusia yang dapat menilai tentang keperluan adanya 'kepakaran beliau', DARI SUMBER ITU harus dapat memenangi hati rakan atau musuh islam lagi menyertai JAMAAH tersebut. Maka dakwah akhlak beliau itu telah nampak berhasil. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular