Fikrah Reformis - bahagian 2


Rejuvenasi PAS - antara koleksi bacaan berat yang dibeli pada pertengahan 2012

Sambungan daripada : Fikrah Reformis - bahagian 1


Buku 'Rejuvenasi PAS' adalah sekual daripada tulisan 'Menuju PAS baru' oleh Dr Mujahid Yusof Rawa. Ia adalah buku yang sarat dengan teori, dan idea aplikasi merobah PAS kepada jenama yang baru, lebih remaja dan lebih relevan pada masakini.

Saya selesai membaca keseluruhan buku tersebut september 2012 lepas sebelum ia berpindah tangan kepada seorang sahabat (hadiah istimewa). Secara umum, idea yang digarap menerusi rejuvenasi PAS ini adalah baik untuk menjadikan PAS sebagai sebuah gerakan yang sentiasa ‘hijau’ mendepani zaman menerusi pengalaman dan unjuran masa depan PAS di pentas politik.

Walaubagaimanapun, bagi pendapat saya idea rejuvenasi PAS ini perlu dikritik dan dijawab. Sebagaimana kita menerima untuk bersetuju, kita juga perlu bersedia untuk tidak bersetuju. Bagi saya, idea yang dilakarkan di dalam buku ini, seakan ‘mempertikai’ kepimpinan ulama’ yang sekian lama menaungi gerakan Islam terbesar di Malaysia ini. Oleh kerana konsep ini hendak digantikan dengan kepimpinan Islam - berkompetensi dan integriti - (even bukan jalur ulama’) – dalam bahasa mudah semua orang layak menjadi pemimpin utama PAS, ianya menimbulkan polemik pertembungan puak (ulama vs profesional) yang tak berkesudahan.

Saya tidak berniat untuk mengupas dengan details tentang kandungan buku ini. Cukup sekadar semua orang membaca dan menilainya sendiri. Kita adalah golongan muda yang tidak seharusnya jatuh ke dalam perangkap label melabel tanpa hujah atau bukti (semberono). Tetapi sifat pemikiran golongan muda, kita mestilah mengkaji dan menilai. Melabel pun mesti dengan hujah dan fakta. Pokoknya menilai dan menghukumlah dengan neraca kebijaksanaan. 'Ala kulli hal, saya akan datangkan beberapa buah fikiran penting berdasarkan penilaian saya terhadap idea utama buku ini. Sudilah untuk membaca dan menilainya pula.

Antara Progresif dan Konservatif

Saya menyokong kewujudan banyak kelompok di dalam sesebuah organisasi. Ia melengkapi antara satu sama lain. Baik golongan profesional yang kaya dengan kemahiran duniawi, ia mestilah digabungkan dengan kepakaran ulama’ dalam memandu urusan duniawi dengan ukhrawi. Ia saling berkaitan, tiada dikotomi. Tetapi, bagi saya secara peribadi apabila melibatkan bab mengutamakan pemimpin utama (baca: presiden, ketua kumpulan) saya komited meletakkan biarlah ulama’ berada di posisi tersebut sebagaimana ibrah kisah jalut dan talut dipenghujung juzu’ kedua di dalam al-quran. Kumpulan Islam mesti dipandu oleh orang yang faham Islam secara menyeluruh.

Sesuatu kumpulan Islam yang terjun ke dalam arena politik mestilah bertindak sebagai gerakan massa jika hendak kekal lama di arus perdana pada hari ini. Jika politikus atau gerakannya gagal membaca unjuran dunia politik hari ini serta tidak bijak menyesuaikan diri berdepan dengan arus perdana masakini, ia akan jauh ditinggalkan. Tindak tanduk kumpulan ini mestilah menjuarai tuntutan arus perdana, dalam bahasa mudahnya kumpulan ini mesti progresif dan kekal relevan.

Bagaimana dengan konservatif ? Satu aliran untuk terus mengekalkan cara dan style lama dalam bergerak. Mereka selalunya dilihat keras pada tuntutan dan pendekatan baru pada hari ini. Dalam bahasa yang lebih mudah, jika dalam kumpulan politik mereka adalah golongan lama dan veteran. Persoalannya, salahkah ‘penganut’ aliran konservatif ini ?

Secara peribadi, saya melihat konservatif dan progresif tidak perlu menjadi pertikaian jenama di dalam gerakan Islam. Kita dituntut untuk berfikir dan memandang jauh ke hadapan. Tambahan lagi, zaman ini bukan sahaja zaman reformasi cara berfikir, tetapi ini adalah zaman reformasi tindakan ! Persoalannya, jika kita adalah progresif – menjadi gerakan massa, mendepani arus perdana dengan pendekatan yang agak terbuka – kita mestilah membawa gerakan ini tanpa mengabaikan prinsip fundamental gerakan. Mungkin ini yang menjadi pegangan utama golongan konservatif yang dikatakan ‘jumud’ dan tertutup itu.

Pokoknya, ia bukan bab kejumudan. Ia adalah perihal berpegang teguh pada prinsip tanpa dicemari hingga longgar dan dalam pada masa yang sama, pendekatan dan strategi kita mesti segar – sesuai waqie zaman masa kni. Ini kekuatan yang perlu ada bagi sesebuah kumpulan Islam khususnya apabila terlibat di dalam sepak terajang dunia politik.

Fikrah Al-Haddamah

Kembali kepada tajuk entry bahagian kedua ini, ‘fikrah reformis’. Pemikiran tajdid/islah untuk berubah dan merobah suasana itu perlu wujud di setiap zaman. Bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya, pada setiap 100 tahun akan dibangkitkan mujaddid untuk membaiki (islah) agama. Persoalan utama di sini, siapakah mujaddid (reformis) abad ini yang perlu kita ikuti ? Dan bagaimanakah jalur pemikiran beliau ?

Samada seseorang itu benar reformis, atau bukan reformis, selidiki jalur pemikirannya. Jika reform (baca: mengubah) sesuatu al-asolah kepada yang lebih buruk itu dikatakan reformis, saya lebih cenderung mengatakan beliau membawa fikrah asing masuk ke dalam kumpulan Islam bertujuan menjadikan prinsip asalnya berubah, berbanding menambahbaik agama dan kumpulan Islam tersebut.

Saya mendefinisikan fikrah asing / pemikiran yang bercanggah dengan al-quran dan as-sunnah itu sebagai fikrah yang rosak (fikrah al-haddamah). Sekadar membawakan contoh, antara nama pemikiran ini adalah seperti liberalisme, komunisme, islamis demokrat, sosialisme, neo-sekluarisme, dan pecahan-pecahan jalur pemikiran berpusatkan post islamisme. Mungkin ramai pengkaji falsafah mahupun ideologi tidak akan bersetuju dengan label saya ini. Namun, terpulanglah. Saya terbuka untuk diperbetulkan berdasarkan hujah dan sumber.

Beberapa contoh aliran pemikiran ini saya pernah sentuh dalam entry bahagian pertama lepas. Realitinya, ia berlaku dalam gerakan Islam kini. Dunia hari ini penuh dengan serangan pemikiran. Musuh Islam tidak pernah letih dari berhenti menyerang. Orientalis mengkaji Islam untuk dilemahkan. Liberalis mengkaji al-quran dan wahyu untuk ditafsirkan secara bebas. Manakala, sosialis pula ada yang menyerang dan menjatuhkan islamis yang mendokong kuat cita-cita syariah.  Gerakan ghazwah fikr ini wujud baik di luar atau di dalam kumpulan itu sendiri.

Maka, dengan tegasnya saya mengatakan bahawa seseorang itu hanya benar dikenali reformis jika dapat memimpin kumpulan Islam ini dengan fikrah yang tulen, teguh prinsip memperjuangkan syariah Islam, dan mendepani dunia hari ini sesuai dengan pendekatan massa.

Penutup

Konklusinya, penulisan saya kali ini membawa kepada beberapa buah fikiran berkaitan pemikiran para 'reformis'. Apabila saya mengetengahkan idea sebegini yang kelihatan dominan kontranya pada disagree kepada pembaharuan, bukanlah bermakna saya bersikap paranoid dan jumud. Saya menerima tarbiah untuk konsisten berpegang teguh pada fikrah Islam yang asal (baca al-asolah), dan berfikir dalam kerangka siyasah yang lebih luas dan terbuka dalam pembaharuan. Inilah konsep kerangka pemikiran mujaddid yang sedang saya bina. Konsep lebih utama, cetusan idea ini bukan untuk melahirkan mufakkir semata-mata, tetapi lebih daripada itu untuk menjadi seorang amilin !

Boleh untuk tidak bersetuju pada idea-idea ini, nyatakan hujah untuk saya baiki dan tambah baik. Salam reformasi. 

Sekian, terima kasih.





Optimis Pada Diri !



Saidina Umar Al-Khattab r.a sebelum masuk Islam adalah merupakan seorang samseng yang digeruni. Sebut sahaja dosa apa yang tidak pernah beliau lakukan, hampir kebanyakkanya menjadi rutin beliau. Tetapi apabila masuk sahaja Islam, beliau diangkat darjat oleh Allah s.w.t sehingga bergelar amirul mu'minin yang hebat dan sangat takutkanAllah.

" Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam ". 

Ini adalah antara ungkapan beliau yang terkenal, sentiasa membuatkan kita bangga menjadi muslim dan sentiasa menyedarkan kita akan tuntutannya.

Pernah dalam satu pertemuan, naqib usrah menasihati aku based on kisah Khalifah Ar-Rasyidin kedua ini. Contentnya mengenai kepimpinan Islam. Alkisahnya, hati kecil aku merungut mengenai ketidaksanggupan menggalas jawatan dan memimpin atas alasan banyak dosa dan kekurangan menguasai diri serta aku tak mampu menerimanya.

Lantas, si naqib yang dekat dan memahami hati mad'u hadir datang mengubat. Kebetulan, kisah saidina Umar ini tepat pada protes kecilku. Kata naqib, jika enta selalu fikir pada kekurangan diri, setiap orang ada lemah dan kurangnya. Cuma, cara kita tonjolkan watak itu yang menutup kekurangan. Lihat pada kisah Saidina Umar pada sebelum dan selepas Islam. Beliau ada kekurangan, tapi taubat dan hidup matinya untuk Islam mengangkat darjat diri. Lebihkan potensi dan kelebihan pada diri enta, automatik ia akan menutup kekurangan. Tambahan pula, kepimpinan Islam itu wajib digalas dan disambung. Kita adalah mata rantai perjuangan. Optimislah !

Ringkas nasihat beliau. 

Ia sungguh melapangkan dada ini. 

Belajarlah untuk menjadi yakin dan berwatak sehebat Saidina Umar. Sesungguhnya, di dalam diri kita ada singa yang sedang tidur dan perlu dikejutkan.

Buka mata, dan terus melangkah untuk Islam. 

Terima kasih akh. :)

2:07 a.m.



Hidup.


vandetta - gambar hiasan.

"Aku hidup bukan untuk manusia. Hidup aku untuk Allah."

Waktu menunjukkan jam 2:17 pagi. Malam ini aku belum dapat lelapkan mata. Seharian berdepan dengan detik-detik hidup yang ada kala manis untuk dikenang, pahit untuk ditelan, dan pelbagai lagi ceritera suka duka yang sentiasa menjadikan hidup ini penuh warna.

Aku merenung pada satu perkara yang dinamakan ujian. Apabila ujian datang, manusia biasanya akan tersentak kaku seketika. Waktu itu, fikiran akan pantas berfikir panjang mencari hikmah disebalik ujian yang diberi. Jangan bersedih apabila ujian menimpa kita. Apa yang pasti, di sana ada terselit hikmah yang akan mendidik dan meninggalkan kesan baik pada kita.

Antara ujian yang biasa menimpa kita adalah kejian dan cacian manusia di sekeliling. Baik ia datang dari sahabat terdekat mahupun musuh. Saat ini jika kita dihina kerana kebaikan yang kita lakukan, maka bersabarlah. Manusia tidak akan pernah berasa senang dengan kebaikan orang lain. 

Kita perlu memiliki satu mindset yang mana kita yakin dengan kerjabuat kita, percaya kerja kita betul, dan teruskan kerja itu hingga selesai hanyasanya semua yang kita lakukan adalah ikhlas kerana Allah, bukan kerana manusia. Tak perlu untuk bersusah hati dengan hinaan manusia. Allah lebih tahu apa yang ada di dalam hati kita. Teruskan kebaikan yang dilakukan.

Jadi, inilah yang aku maksudkan hidup untuk Allah. 

Coretan ringkas, sekadar luahan. Moga bermanfaat. ;)
Sekian.



Fikrah Reformis - bahagian 1



Buku "Wacana Pemikiran Reformis" & "Islam and Secularisme"

Sejak beberapa bulan lepas, saya gemar mengkaji beberapa istilah yang mewarnai artikel para reformis anak muda masa kini. Perasaan membuak-buak untuk mengetahui kuat, kerana sejujurnya setiap kali baca, saya tidak faham apa yang dibaca. Sifat inkuiri (ingin tahu) mendorong saya mengumpul artikel yang berkaitan dan menganalisis menjadi satu maudhuk yang difokus :

"Pemikiran baru, tajdid & islah".

Beberapa gagasan idea menarik minat saya, khususnya apabila ia melibatkan politik. Medan politik adalah satu game. Ia kaya dengan ijtihad dan idealisme yang segar. Politikus yang berjaya menguasai persepsi dikira pemenang game ini. Maka, platform yang paling dekat untuk diaplikasikan idea ini terlebih dahulu semestinya parti/organisasi/jemaah. Jika ingin menggapai kemenangan permainan politik, pengislahan parti itu diutamakan.

Beberapa artikel dan buku yang mengetengahkan idea baru ini timbul dengan banyak. Pemikiran baru dengan ideologi yang pelbagai nama banyak diwacanakan. Namun, bukan semua idea saya tangkapmuatkan hingga mudah saya agungkan ia. Artikel yang dibaca, perlu juga dianalisis dan dinilai. Di sini, pentingnya kita teguh berpegang pada prinsip ketika membaca. Mudah untuk dilabel/digelar, saya namakan aliran pemikiran yang sedang saya ikuti ini sebagai fikrah 'neo-sekularisme'.

Kontradiksi "Wacana Pemikiran Reformis"

Saya diperkenalkan oleh seorang sahabat pada buku bertajuk "wacana pemikiran reformis". Satu buku yang menghimpunkan artikel oleh penulis intelek terbitan islamic renaissance form (IRF). Idea dan wacana yang diketengahkan di dalam ini menarik, isi-isinya banyak menfokuskan islah dan rejuvenate.

Sepintas lalu, penulisannya seakan baik untuk merefomasikan gerakan dan sistem mengikut cabaran dunia masa kini. Tetapi, makin jauh dan banyak saya membaca koleksi artikel tersebut khususnya penulisan Marwan Bukhari, akal dan fikrah saya menolaknya. Ia kontradik dengan apa yang saya fahami.

Sebagai contoh, istilah firaunisme yang beliau gambarkan pada ulama' yang memerintah negara adalah bercanggah dengan apa yang saya fahami. Kenapa disamakan firaun dengan ulama' ? Tambahan lagi, part yang paling mengecewakan saya adalah beliau menafikan kewujudan negara Islam (daulah islamiyyah) atas alasan ianya berkonsepkan ditaktor serta teologi (suara dari Tuhan) yang menghapuskan kebebasan manusia bersosial !

Baik, berbalik kepada istilah neo-sekularisme yang saya nyatakan sebelum ini. Melalui penelitian saya, idea-idea yang dinukilkan di dalam buku tersebut adalah sebahagian daripada jalur pemikiran neo-sekularisme ini. Dalam definisi yang mudah, sekularisme adalah konsep memisahkan agama, dan neo adalah istilah yang digunapakai pada sesuatu idea lama dihidupkan dalam bentuk baru. Neo-sekulasime adalah konsep memisahkan agama dalam bentuk baru iaitu melalui perjuangan Islam secara serpihan, mencampuradukkan hak dan batil (westernisasi), dan perjuangan Islam tanpa syariah. Banyak pandangan yang jika di google, ramai islamis menyokong pemikiran ini. Hujah mereka, kita berhadapan dengan demokrasi yang mencengkam, perlukan idea ini dan gerakan Islam yang tidak menggunapakai idea sebegini akan mundur kebelakang.

Saya mengerut dahi. Apakah kerana meraikan demokrasi, prinsip perjuangan asal diubah ? Kenapa perlu menggabungkan elemen batil (sekular) dalam menegakkan Islam ?

Saya tinggalkan persoalan-persoalan tersebut di sini. Saya akan cuba menulis balik sambungan tulisan ini pada entry berikutnya, dengan penjelasan yang lebih panjang dan terperinci, insyaAllah...

p/s- era post-modernism adalah zaman hujjah.

bersambung........


Jatuh.


daie yang tersungkur jatuh.

Tidak banyak pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama. Lebih-lebih lagi apabila berbicara mengenai pengalaman dunia dakwah dan tarbiah.

Terasa tidak layak untuk menggelarkan diri pejuang. Jauh sekali menempa title murabitun pada pandangan Tuhan.

Namun, hati kecil ini sentiasa terusik. Rindu dengan era awal mengenal perjuangan dahulu. Jika ingin diselongkar himpunan pengalaman, mungkin di sana ada kisah yang boleh dikongsi berbanding pengalaman masa kini.

Boleh jadi benar juga teori lekukan organisasi dalam buku 'rejuvenasi pas' , apabila semuanya pernah singgah di puncak, akan ada era lekukan melengkuk ke bawah (zaman kejatuhan, iman, semangat, dan pengorbanan). seperti era dark age selepas renaissance, dan era sekularisme selepas khilafah, kita pasti akan melalui zaman kejatuhan itu. hidup ini umpama roda. 

Apa yang penting, iltizam kita bersama perjuangan, serta dakwah dan tarbiah perlu sentiasa ada, walau apa pun terjadi. Mafhum sabda Nabi, "faduru ma'al Islam (berputarlah bersama Islam...) "

Jatuh bukanlah bermakna tidak boleh bangkit.

Kita perlu mencari mekanisme terbaik untuk menjulang kembali kekuatan iman di kemuncak. Semangat jihad perlu dibakar semula. Kefahaman untuk berkorban mesti dijana kembali. 

Jika era awal dahulu, diri sanggup menahan nafsu dari menguliti keseronokan dunia, mengapa sekarang tidak gagah seperti dahulu ? Jawapanya sama seperti tadi, ia terkandung di dalam elemen iman dan jihad. Jauhi keseronokkan yang seumpama serigala, memakan biri-biri sekiranya leka dan lalai. 

Bangkitlah, kerja kita banyak. Jangan melayan sangat perasaan dan bisikan jahat syaitan yang ingin merosakkan kita yang pernah bergelumang dalam kerja dakwah dan tarbiah ini. Rasulullah s.a.w sangat merindui kita, penyambung mata rantai perjuangan baginda.

Berubahlah sekarang, atau menanti rebah !





Hapuskan 'Gharqad'


buah pokok yahudi.


Gharqad ‘Pokok’ Yahudi

Dalam satu forum berkaitan isu semasa dunia Islam, seorang panelis menghuraikan satu potong hadis yang menyentuh perihal pokok gharqad. Pernah sebelum ini penulis mendengar beberapa versi huraian dan syarahan hadis ini daripada para ustaz dan penceramah khususnya apabila kempen selamatkan palestin giat dijalankan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmidzi :

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim).

Apa yang menarik, huraian hadis oleh panelis tersebut mengambil maksud dari perkataan ulama’ quran terkenal masakini, Syeikh Solah Al-Khalidi, tokoh al-quran kelahiran Palestin. Menurut beliau, umat Islam akan melalui beberapa fasa gharqad yang perlu dicantas sebelum bertemu dengan gharqad versi pokok ini pada penghujungnya. Gharqad adalah simbolik kepada benteng pertahanan yahudi dan zionis dari ancaman muslim.

Gharqad melindungi kepentingan yahudi. Fasa gharqad pada peringkat awal adalah melemahkan muslim dengan menjatuhkan ibu dan ayah yang menaungi umat Islam iaitu khilafah Islamiah. Perancang ini digerakkan oleh ‘gharqad’ yang berupa dalam wajah barat, sekular, dan anti-Islam khususnya regim Attartuk.

Sejurus kejatuhan khilafah, gharqad ini terus membunuh ummah baik dari segi fizikal (peperangan bersenjata), dan juga mental (ghazwah fikr). Negara umat Islam dipecah-pecahkan kepada beberapa wilayah untuk mewujudkan kepuakan dan semangat kekitaan (asobiyyah) serta ditiupkan ideologi nasionalisme ke dalam pemikiran ummah. Amerika dan Israel pula menjadi kuasa besar dunia dan diindahkan wajahnya sebagai kiblat ummah. Fasa ini juga termasuk di dalam agenda ‘gharqad’ tajaan yahudi.

Yahudi melalui gerakan bawah tanah mereka, iaitu Freemason sentiasa bijak dalam menyusun strategi melemahkan ummah. Melalui negara-negara umat Islam yang sudah berpecah ini, ia tidak dibiarkan kosong tanpa diisi agenda kotor mereka. Setiap negara ini diwujudkan wakil mereka yang bertindak sebagai proksi yang menggerakkan agenda yahudi. Proksi-proksi inilah gharqad fasa masakini yang perlu dicantas.

Di malaysia, gharqad dan proksi mereka adalah UMNO yang berideologi songsang daripada Islam.

‘Gharqad’ Kampus.

Pernah suatu masa seorang mujahidin luar Palestin bertanya kepada as-syahid Syeikh Ahmad Yasin. “wahai Syeikh, izinkan aku berperang di bumimu.” Lalu jawab syeikh, jangan gusar, di sini ribuan murabitin bersiapsiaga mengorbankan diri, pergilah berjihad ditempatmu. Ia membantu kami secara langsung di sini.”

Maksud daripada jawapan syeikh tersebut berupa lenyapkan musuh (proksi yahudi) ditempat sendiri adalah lebih utama. Benar, apabila proksi-proksi (gharqad) ini musnah daripada mencengkam negara umat Islam, ia akan menguatkan ummah kembali kerana bernaung di bawah negara ‘berideolgikan’ Islam. Negara-negara ini akan menguatkan diantara satu sama lain, menolong antara mereka, dan bersatu memberi kesan yang signifikan kepada usaha pembebasan Palestin. Ini yang ditakuti yahudi dan musuh Islam.

Maka, usaha mencantas anasir-anasir gharqad ini perlu dimainkan semua pihak di setiap tahap dan upaya masing-masing, baik mereka yang berjuang di parlimen, parti politik, NGO Islam, persatuan, dan melalui kekuasaan-kekuasaan yang dimiliki. Senang bahasa, di mana kamu berada tumbangkan pokok gharqad ini dan perkuatkan Islam.

turun lapangan bersama pgpi cegah ikhtilat malam battle of the band.

“Saya masih belajar di kampus, apa perlu saya buat?”

Di kampus, benih-benih gharqad (program & perilaku tidak mesra Islam) sentiasa berkembang subur. Ada ketika, wujud program jahiliah mengentengahkan pemikiran dan nilai-nilai ganjil yang bukan sahaja jauh daripada budaya intelek mahasiswa, malah meminggirkan nilai-nilai Islam (tidak perlu dinyatakan, mahasiswa boleh perhati dan senaraikan masing-masing di tempat sendiri).  Maka, jadi dan bertindaklah sebagai mahasiswa pendakwah. Biah solehahkan setiap pelosok dan ruang kampus dengan amar ma’ruf dan nahi munkar. Ini juga adalah usaha yang menyumbang kepada penghapusan anasir dan agenda besar musuh Islam.

Anjurkan kuliah maghrib / subuh secara konsisten, hidupkan surau, jalankan kempen tutup aurat, cegah couple, didik cara berhibur dan bersukan cara Islam, sebarkan risalah kebaikkan, lazimi salam, ziarah bilik ke bilik sambil cerita indahnya Islam, dan praktikkan nilai-nilai syariah Islam dalam kehidupan kampus. InsyaAllah saat itu kita akan tersenyum melihat biah solehah menang di kampus.

Tetapi ingat, persatuan Islam di kampus jangan hanya syok berprogram dakwah, perlu juga balance kan dengan gerak kerja cegah fasiq dan munkar. Banyak melalui pemerhatian penulis sebelum ini, elemen ini tidak seimbang. Maka pergiatkan usaha untuk memaknakan ayat 104 surah ali Imran ini. Akhir kata, berjuanglah !


Cantas ‘gharqad’, biah solehah subur ! :)





Rejuvenasi Blog

saya akan menukar layout blog ini untuk kesekian kalinya. bakal berwajah baru. =)

template lama. sudah bertahun pakai.

p/s- under construction



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular