![]() |
Tiga jalur berbeza Ustaz Khalil (ulama'), Suhaizan (aktivis) dan Ir Khairil (profesional). |
November adalah bulan Muktamar PAS pusat. Bagi penggal kali ini, berlaku pemilihan pucuk pimpinan parti. Dan alhamdulillah semalam, selesai proses demokrasi parti ini yang menerbitkan keputusan peralihan kepimpinan baru bagi youth wing (DPPM), manakala DMPP masih mengekalkan status quo kepimpinannya.
Tahniah dan takziah kepada yang terpilih. Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan. Saya sekadar pemerhati diluar parti memerhati perjalanan muktamar kali ini dengan penuh kepuasan. Puas kerana perbahasan ini memberi pengalaman dan tasawwur bagaimana sebuah parti berorientasikan Islam melakukan muhasabah pergerakannya dari peringkat akar umbi hinggalah tahap tertinggi DPPM.
Salute buat para perwakilan.
Sayap Pemuda Era Suhaizan
Dewan Pemuda sangat dekat
dengan saya. Bukanlah bermakna saya ahli parti. Saya sekadar orang luar yang
memerhati, baik perjalanan pemuda UMNO dan juga pemuda PAS. Kerana itu, sebagai orang muda saya melihat kepimpinan baru yang
memimpin sayap terpenting parti ini turut memberi kesan kepada golongan muda
kerana ia melibatkan landskap politik yang sangat mempengaruhi hidup.
Perjuangan isu orang muda,
dakwah menarik tangan marhein kepada Islam, corak tarbiah generasi-y dan
lain-lain perkara menjadi tuntutan pemuda adalah antara contoh core bussines DPPM. Begitulah antara perkara basis
suhaizan dan line up pemuda perlu laksanakan kepada golongan muda.
Harapan saya, paculah sayap pemuda ini bukan sekadar
menyedari PAS adalah parti politik, tetapi juga gerakan dakwah dan tarbiah.
Kita adalah syabab Islam.
Siiru ‘ala barakatillah.
0 comments:
Post a Comment