Catatan Musafir : Tarbiah Disember


Perancangan dan aturan Allah cukup indah. Tidak sedikit pun perancangan-Nya yang menyertai ujian itu bertujuan untuk membenci kita. Tidak sama sekali sedemikian, malah rahmat Allah cukup besar bertujuan mendekatkan diri kita pada-Nya jika dinilai dari mata hati. Subhanallah..

Kem Bina Sahsiah : aku, tarbiah, dan mujahadah

Alhamdulillah. Dengan kehendak-Nya yang Maha Hebat, diri ambo yang sangat faqir dan dhoif ini Allah izinkan untuk bersama dalam medan tarbiah Kem Bina Sahsiah (KBS) pada sebahagian Disember 2010 lepas. Setidak-tidaknya terisi juga cuti ambo dengan 'peringatan' dari-Nya. 
 
Fasilitator Muslimin KBS siri ke-3
Berada bersama sahabat-sahabat pejuang yang hebat-hebat belako menjadikan diri faqir ini merasa kecil dalam himpunan program tarbiah ini. Namun, mereka semua tidak pernah meninggi diri malah sudi berkongsi ilmu yang alhamdulillah menjadi mutiara yang indah dalam pengalaman tarbiah ini. =)

Ditetapkan menjadi fasilitator kepada adik-adik yang melalui jalan mujahadah ini cukup berat. Tetapi, ambo cuba sedaya upaya dengan ruang lingkup ilmu dan qudrat yang dipinjamkan-Nya untuk memikul amanah ini. 

Pengalaman adik-adik melalui jalan hidup masing-masing yang berbeza cukup mengajar diri sendiri ini untuk bersyukur pada Allah. Kalian mengharungi hidup dengan sejarah luka yang penuh dibadan, sejarah pahit untuk ditelan, dosa hitam yang kadang-kadang terbayang tatkala mengalunkan zikrullah, tetapi ingatlah qada' dan qadar Allah tersurat hikmah yang agung. Ujian Allah tanda Dia sayang pada kita. Ingatlah Allah selalu, jangan tinggal solat, buat baik pada mak ayah selagi adik-adik dapat melihat wajah mereka..

Adik-adik mujahid pemuda dunia baru Islam

Cinta ambo pada tarbiah ini, walaupun ditaklifkan untuk tarbiah mutarabbi, tapi diri ambo turut ditarbiah. Selama 21 hari bersama sahabat-sahabat fasilitator dan urusetia serta adik-adik mujahid, itu adalah rahmat Allah. Dia memberi peluang pada kita untuk bersatu dalam ikatan aqidah dan ikatan hati yang sama, maka bersyukurlah dan jika diizinkan-Nya lagi insyaAllah bertemu lagi dalam KBS akan datang. InsyaAllah..

Bersama dan Bersatu dalam Ikatan Satu Aqidah


Daurah Ilmu di Bumi Serambi Mekah

Kota Bharu, Kelatan Darul Naim Bandaraya Islam


Pada mulanya, apabila berakhir KBS ambo merancang untuk terus pulang ke Terengganu. Tapi perancangan Allah membawa diri ambo yang faqir ini ke Kelantan (negeri yang digelar serambi Mekah yang ke-2 selepas Aceh). Alhamdulillah dapat juga bermukim di sana selama seminggu untuk mengikuti pengajian ilmu.

Berada dalam biah pengajian pondok membuatkan ambo dapat merasa susahnya hidup penuntut ilmu dalam mengaji ini. Dalam keadaan yang serba kekurangan namun ilmu yang dikutip pelajar pondok ini cukup banyak & berkat. Kadang-kadang membandingkan kehidupan pembelajaran di maktab yang selesa namun input ilmu yang diperoleh sedikit cuma. Walaupun begitu, bersyukurlah. Bumi Allah kan luas untuk mencari ilmu. =)

(Kitab Wishahul Afrah, Penawar Bagi Hati, dan Hidayatus Sibyan)

Daurah kitab bermula pada 19 disember. Pengajian berfokuskan kepada 3 ilmu utama yang membawa kepada kesempurnaan terbentuknya ad-dien itu iaitu Aqidah, Feqah, dan Tasawuf (rujuk hadis ke-2 arbain nawawi-hadis iman, islam, & ihsan). Kitab yang menjadi fokus kepada daurah kali ini ialah Hidayatus Sibyan(Aqidah), Wishahul Afrah wa Asbahul Falah(Feqah), dan Penawar Bagi Hati(Tasawuf).

Syarahan pengajian kitab daripada para syeikh dan ustaz cukup bernilai. Setiap butir mutiara ilmu yang keluar dari mulut mereka menerangkan masalah ilmu menambahkan pengetahuan kepada ambo yang faqir ini. Sungguh, seronok bertalaqqi ilmu bersama mereka seakan seminggu itu sekejap cuma dan tak cukup. Kalau berkesempatan ingin lagi sekali bertalaqqi bersama mereka. InsyaAllah.
Para alim ulama' yang sudi mencurahkan ilmu (dari kiri : Ust Redhuan, Ust Dailami, Ust Isa, Ust Ramli, Ust Tuan Syarifudin, Ust Kamarullail, Ust Syarifudin)

Pada pagi setiap jumaat di bandar Kota Bharu diadakan kuliah dhuha. Jumaat (24 Dis) ambo berkesempatan berada dalam majlis ilmu di Kota Bharu. Subhanallah, Kelantan ini cukup barakah bukan sahaja kerana rakyatnya yang bersungguh dalam mengaji, malah pimpinan kerajaan negeri juga hebat dalam menyuburkan biah dan budaya ilmu. 

al-faqir dan sahabat menuju ke kuliah Tok Guru

Orang cukup ramai pada pagi itu dan sesak berhimpun semata-mata mendengar tausiah dan tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berkesempatan juga ambo untuk berada di situ dan hampir dengan Tok Guru. Sempat juga ambo mencium tangan ulama dan pemimpin yang dikenali dunia ini. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan umur beliau. Amiin.

ambo kagum dengan Tok Guru walaupun keletihan masih kuat semangat dakwahnya

Sepanjang mengikuti daurah kitab, ambo seronok berada di Kelantan ini. Jika berkesempatan insyaAllah ambo akan ke sini lagi. Terasa untuk bermastautin di Kelantan pula suatu hari nanti. =)

Ambo akhirkan kalam perkongsian ini di sini. Semoga di lain masa Allah panjangkan rezeki untuk ambo yang faqir ini megecapi nikmat sedemikian lagi. Mujahadah untuk menuju mardhatillah ini ambo berharap dikira dan dinilai Allah sebagai pahala amalan di sisi-Nya. InsyaAllah, taqabballah ya Allah.

[ambo yang faqir]
sekadar perkongsian bersama
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular