PEMBERIAN NAMA ANAK



Sumber: Kitab Al-Muhimmah

‘Telah bersabda Nabi saw: Bernama kamu akan anak-anak kamu dengan nama nabi-nabi dan yang terlebih kasih segala nama itu kepada Allah taala nama ‘Abdullah dan Abdur Rahman dan yang terlebih sebenarnya nama Harith dan nama Himam dan yang terlebih kejinya nama Harb dan nama Murrah.’

Demikianlah ‘Abdur Rahman, Gudang fathani naqal (ambil) di dalam kitab Jami’As-Saghir daripada Abi Hurairah r.a: ‘Dan adalah pada hari kiamat diserukan segala manusia dengan nama mereka itu, maka mendengarlah sekalian makhluk, maka orang yang nama jahat lagi hodoh itu jadi malulah ia, maka sayugianya hendaklah engkau pernamakan akan anak-anak kamu itu dengan nama yang baik-baik adanya’.

[Dan lagi telah berkatalah ulama' dan hukama'] Rahimahullahu Taala alaihim ajmain:

BARANGSIAPA BERANAK PADA HARI AHAD

Lelaki: Ibrahim, Sulaiman, Daud, Isa, Musa Yahya, Ayyub, Zakaria, Harun atau Soleh.
Jika perempuan: Halimah, Hafsah, Hadibah, Zulaikha atau Rabi’ah.

BERANAK PADA HARI ISNIN

Lelaki:Ahmad, Muhammad, Mahmud, Qasim, Thaiyib, Thahir, Nuh atau Danial.
Perempuan: Fathimah, Salamah, Azizah, Rabi’ah, Hamidah, Thaibah atau Thahirah.

BERANAK PADA HARI SELASA

Lelaki: Ismail, Ishaq, Jamil, Ya’qub, Sam’un, Ahmar, Khalid, Ja’far atau Yusuf.
Perempuan: Khadijah, Salamah, Safinah, Azizah, Atiqah.

BERANAK PADA HARI ‘Arba’ (RABU)

Lelaki: Ali, Hasan, Husin, Abdul Malik atau Abdul Ra’uf.
Perempuan: A’isyah, Hamidah atau A’idah.

BERANAK PADA HARI KHAMIS

Lelaki: Abdullah, Abdur Rahman, Abdul Wahab, Abdul Karim atau Abdul Ghani.
Perempuan: Kulthum, Habibah, Maryam, Sofiah atau Mariah.

BERANAK PADA HARI JUMAAT

Lelaki: Adam, Yusuf, Yunus, Mansur, Abdul Aziz atau Abdur Rahman.
Perempuan: Hawa, Hajar, A’isyah, Fatimah atau Mariah.

BERANAK PADA HARI SABTU

Lelaki: Abdur Qodir, Abdul Lathif, Abdul Muthalib, Abdul Rahim atau Abdur Razak.
Perempuan: Maryam, Syarifah atau Lathifah.

Inilah riwayat beranak pada siang hari adanya.

_____________________________________________________________________________________

BERANAK PADA MALAM AHAD

Lelaki: Ismail, Abu Bakar, Umar, Abdullah atau Uthman.
Perempuan: Hafsah, Hawa atau Zainab.

BERANAK PADA MALAM ISNIN

Lelaki: Muhammad, Ahmad, Uthman, Isa, Umar, Musa, Daud atau Ayyub.
Perempuan: Fathimah, Sarah atau Abidah.

BERANAK PADA MALAM SELASA

Lelaki: Musa, Harun, Ibrahim, Ya’qub, Yusuf atau Ismail.
Perempuan: Hawa’, A’isyah atau Aminah.

BERANAK PADA MALAM ‘Arba’ (RABU)

Lelaki: Hasan, Ismail, Nuh, Sulaiman, Yusuf, Yahya atau Zakaria.
Perempuan: Mu’minah, Zainab, Hawa, Maryam, Sufiah atau Maimunah.

BERANAK PADA MALAM KHAMIS

Lelaki: Adam, Idris, Ya’qub, Ayyub, Soleh atau Daud.
Perempuan:A’isyah, Jamilah, Hamidah, Salamah atau Abidah.

BERANAK PADA MALAM JUMAAT

Lelaki: Muhammad, Ja’far, Abbas, Isa, Abdullah, Abdu Manaf atau Abdul Qadir.
Perempuan: Khadijah, Jamilah, Hamidah atau Sofiah.

BERANAK PADA MALAM SABTU

Lelaki: Ali, Yunus, Abdur Rahman, Yusuf, Abdul Ghaffar, Abdul Malik, Abdul Ghani, Ayyub atau Abdul Halim.
Perempuan: Maryam, Saudah, Habibah atau Asiah.

Inilah riwayat beranak pada malam hari adanya.