Ya Allah kiranya Rasulmu hidup berteman, kurniakan jua kepadaku teman, tapi biarlah teman-teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah teman-teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Saidina Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang kuimpikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmatMu kepada temanku ini.
Al-Quran Sumber segala ilmu sebagai pedoman, kompas kehidupan
-
Dr Muhammad Fahmi Md Ramzan Berbicara mengenai al-Quran, tidak akan pernah
ada kesudahannya kerana ia mengandungi pelbagai kisah sejak zaman silam
sehingga...
20 hours ago