Pemuda & Dakwah


Jika dilihat pada ‘product’ pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.

2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.

3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’

4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.

Malangnya golongan pertama terlalu sedikit, mungkin segan kalau kita nak sebutkan tak sampai 10 peratus tetapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Pemuda dan perubahan Sebenarnya penggerak Dakwah diperingkat awal pengutusan Rasulullah SAW kebanyakannya terdiri dari pemuda-pemuda contohnya: Saidina Ali, Mus,ab, Saidina ‘Uthman dan lain-lain.

Dakwah juga cepat diterima dan berkembang di Madinah dan hebat mendapat tentangan di Makkah juga kerana faktor pemudanya. Penduduk Makkah dikuasai oleh golongan tua yang sukar meninggalkan pegangan lama mereka. Manakala Madinah pula majoriti yang menguasainya adalah pemuda kesan dari peperangan antara puak Aus dan Khazraj yang berlangsung hampir 200 tahun yang telah mengorbankan ramai generasi tuanya dan meninggalkan pemuda-pemuda sebagai pewaris mereka.

Abdullah Nasih ‘Ulwan pernah menyebut:

“Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berJihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...”

Dan beliau juga menyebut:

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”

Pemuda dan kemudaannya. Berbalik kepada persoalan asas yang dibincangkan; kenapa begitu sedikit yang dapat terus istiqamah dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah. Persoalan ini mungkin terjawab dengan kita mengenali siapakah pemuda dan apakah pengisian yang sepatutnya berlaku pada tempoh umur ini.

Zaman muda ialah suatu zaman yang cukup bergejolak, agresiff, bertenaga, cita- cita yang tinggi, keazaman yang kental dan semangat yang membara. Inilah keadaan pemuda di setiap zaman. Namun yang berbeza mungkin persekitaran yang ada disekitar mereka.

Pemuda-pemuda kita hari ini tidak banyak terikat dengan tanggungjawab, membesar dalam kemewahan dan kesenangan hidup, segala yang dihajati dicapai dengan mudah. Mungkin inilah yang membezakan kita dengan pemuda-pemuda Kahfi, pemuda Madinah dan pemuda awwalun yang lain.








Muhibbin Haraki


hadiah sempena hari lahir murobbi.


Suasana ketika itu tenang, kami antara tetamu awal yang mendapatkan posisi pada saf pertama di dalam masjid negeri Shah Alam. Waktu lebih kurang jam 6 petang, lagi 2 jam sebelum program bermula.

“Aku rasa teruja sungguh boleh duduk kat sini, barisan paling hadapan pulak tu.” Ujar sahabatku dengan senyuman bangga.

Mahu tak bangga, majlis selawat yang dihadiri ribuan manusia dari pelbagai arah ini begitu sukar untuk mendapatkan tempat duduk, terutama di barisan hadapan. Kali ni kami berkesempatan.

Lebih-lebih lagi, ia dihadiri ulama’ besar dunia, Al-Habib Umar bin Hafiz.

Keterujaan kami pada waktu itu bertambah dengan ‘rezeki’ dapat bersalam dan menyentuh tangan al-habib. Kami solat betul-betul di belakang beliau. Ketika tausyiah & qasidah dialunkan, kami bertentangan mata dengan al-habib. Memang hampir benar dengan sosok tubuh keturunan Rasulullah s.a.w itu.

Itu adalah detik pertama kali aku berada dalam majlis selawat & qasidah. Ia memori penuh energi yang sempat dirakam dan buat pertama kalinya juga aku mengenal istilah “muhibbin”.

Selawat & Perjuangan.

“akhi, ana nak tanya…salah ke kalau kita mencapur adukkan perjuangan haraki ini dengan muhibbin penuh kesufian?”

“ustaz, apa pendapat ustaz kalau ada gerakan yang cenderung kepada selawat & qasidah, apakah selari dengan manhaj perjuangan kita?”

Semua soalan ini singgah di kotak fikiran.

Belum sempat terjawab, fikiran aku jatuh pada satu wajah yang dikagumi, al-murobbi syeikh zainul asri (pak long). Beliau antara figure ummah yang berjuang di kedah dalam konteks haraki dan muhibbin.

Seringkali aku mendengar pertanyaan sebegini, dan jika ditanya kepadaku, aku akan berlepas diri untuk menjawab. Aku tidak tahu. Bagi aku, jawapannya ada pada sosok tubuh yang bergerak itu, Pak Long Zainul Asri. Perwatakan dan perjuangan beliau menjawab persoalan tersebut.

Pendirian aku, lebih baik berada di tengah-tengah (wasatiyyah antara muhibbin dan haraki). Aku banyak memerhati. Aku mengkaji suasana sekeliling, mendalami maksud tarbiah, cara pendekatan dakwah, dan strategi siyasah. Aku juga mengaitkan secara satu persatu elemen muhibbin ini dalam gerakan tarbiah, dakwah dan siyasah itu. Waktu itu juga, aku hampir dengan mereka yang dominan pada muhibbin dan haraki. Murobbi aku, seorang pendokong gerakan dakwah, banyak pendekatan dakwahnya ini menjurus ke arah muhibbin. Aku cedok 100% input tarbiah daripada beliau. Manakala naqib aku pula, dominan pentarbiahan haraki pada dirinya, kurang menampakkan muhibbin dan kesufian serta dicetaknya juga fikrah haraki yang diterima itu kepadaku 100%.

Aku membanding beza.

Aku terdedah kepada dua elemen ini dalam fasa pentarbiahan. Aku jelas, kedua-duanya benar dan berdalil. Malah, jika kurang antara satunya, maka cacatlah kompetensi daie itu. Tanpa kesufian dan mahabbah, harakah hanya menghasilkan peribadi-peribadi yang memahami politik tetapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan. Dan begitulah juga sebaliknya jika tanpa haraki, tiada makna pada harakah.

Berjuang perlu kepada berselawat, dan berselawat perlu kepada perjuangan (manifestasi cinta kepada Nabi).

Jadi, aku memlilih untuk berada di posisi wasatiyyah.

Harakah Diutamakan.

Sebagai ahli pendokong Islam, kita mesti jelas pada fikrah kita. Ketaatan dan kepatuhan pada arahan itu perkara utama. Ia menjayakan fungsi qiyadah dan jundiah. Jangan kerana kecenderungan kamu pada sesuatu perkara, rukun organisasi ini kamu abaikan.

Organisasi tetap menjadi keutamaan. Prinsip dan rukun perjuangan yang digariskan pada organisasi perlu dipatuhi untuk membentuk kesatuan amal. Apabila dah memilih ia sebagai jalan hidup kita, apa pun fikrah kamu perlu diselaraskan (wehdatul fikr). Adapun kecenderungan itu jadikan perkara fardhi, bukanlah jamaie yang boleh menggangu perjalanan organisasi itu.

Pada ketika ini, perlu jelas dalam membezakan antara dasar dan pendekatan. Selagi mana ia tak bercanggah dengan dasar, teruskan kecenderungan yang kamu dokong. Jika pendekatan itu membawa manfaat yang besar pada amal jamaie sesebuah organisasi, teruskan.

Jiwa Sufi, Fikrah Haraki, Jasad Jundi.

p/s- Ustaz Hafez Sabri antara figure muhibbin haraki yg sangat aku kagumi. =)

2 Jun 2013.




Pasca Demokrasi Mati


"Dalam negara dunia ketiga seperti Malaysia, pilihanraya tidak boleh menukar kerajaan, yang boleh menukar kerajaan hanyalah kuasa rakyat." 
- (Adam Adli, aktivis mahasiswa)

Malaysia Perlu Berrevolusi

"Aku rasa mustahil utk pembangkang menjadi kerajaan di Malaysia. Negara kita adalah Negara dunia ketiga. Tahap politknya tidak matang, tiada 'kebijaksanaan' daripada rakyat untuk berpolitik.

Berbeza dengan negara Amerika, Jepun dan lain-lain yg mengamalkan politik matang. Mereka bijak menukar pemerintah ygmemberi manfaat pd kemajuan Negara dengan penilaian yg bijaksana.

Aku rasa cara demokrasi memang tak boleh pakai bagi Malaysia sebagai sebuah negara dunia ketiga. Rakyat tak bijak untuk berpolitik. So, hanya cara revolusi sahaja yg relevan untuk menukar kerajaan."

Luah seorang sahabat.

Jauh fikiran aku melayang menggambarkan revolusi arab spring di timur tengah sana. Kalau dari sudut demokrasi hampir 50 tahun lebih gagal menukar tampuk pemerintahan negara, politik Malaysia memang pelik. Berlaku kepincangan memahamkan 'political education' pada rakyat.

Tetapi, jika demokrasi ditukar dengan revolusi, apakah relevan? Bersediakah rakyat untuk turun ke jalan raya mendesak kerajaan bertukar parti pemerintah? 

Bagi aku, mungkin boleh jika rakyat mampu menjiwai jiwa tentera al-fateh. Frontlinear pemimpin revolusi pula hatinya penuh cinta akan syahid. Kalau kriteria ini dipenuhi, bolehlah mengubah demokrasi kepada revolusi. Tetapi, realitinya rakyat di sini bukan sedemikian. Kalau tercetus revolusi, kita boleh lihat berapa kerat sangat rakyat yg mampu berrevolusi. Mereka yg bersemangat sangatlah ramai, tetapi apabila berlaku tuntutan jihad sebegini tak ramai yg 'berani turun'.

So, baik demokrasi atau revolusi sekalipun, asasnya adalah ilmu, bukan semangat semata-mata. Relevan sangatlah kemenangan belum tiba lagi kalau rakyat hanya menang semangat, bukan ilmu.

Demokrasi vs Adab Perjuangan

"Aku benci lah demokrasi, tak syari'e!"

"Dah banyak 'fatwa' yang membolehkan keluar dari sistem tajaan dajjal ni. Kenapa pimpinan tak pakai?"

"Dah berpuluh tahun duk berjuang cara sistem demokrasi, tak menang2 jugak! Jom berjuang cara lain pula."

Itu keluhan mereka yg memberontak. Sedikit terpesong kefahaman asal perjuangan. Mungkin kurang merenung pada basic fikrah yg mereka dokong.

Dalam konteks rukun perjuangan Islam, mesti taat pd keputusan pimpinan. Masuk demokrasi adalah ijtihad pimpinan yg terdiri daripada ulama' amilin. Even lebih 50 tahun belum mencapai kejayaan, kita kena sabar. Jangan isti'jal. 

Tidak mahu terbatal perjuangan(sbb langgar rukun), kena taat pada keputusan pimpinan. Ingatkah pada hadis "talzamu jama'ah muslimin wa imamahum' ?

Adapun revolusi (thaurah) yg berlaku di negara dunia ketiga seperti mesir, syria dll, itu bukanlah perancangan awal & ijtihad perjuangan mereka. Tercetusnya revolusi di sana kerana pertolongan Allah atas kesabaran & kesahihan perjuangan yg didokong.

Malaysia? Perjuangan Islam di sini? Pendokong gerakan? Kembalilah kepada asolah perjuangan. Jaga adab & rukun perjuangan. Kita akan menang selagi mana meniti di atas kebenaran memperjuangkan al-quran dan hadis dalam kehidupan. Fikrah mesti soreh, tajarrud, dan bersanadkan sumber sohih. 


p/s- Sesungguhnya perjuangan ini sangat panjang.

Catatan: Ridzuan Al-Kahfi




Waqaf Diri Kerana Allah.


Kata-kata naqib aku masih lagi jelas pada benak fikiran ini. "Jangan enta larut dengan perjuangan ini atas dasar kawan-kawan dan ukhwah. Ia tidak kekal lama. Apabila berpisah sahaja kita dengan kawan-kawan, mungkin kita turut berpisah dan meninggalkan perjuangan."

"Ingatlah, asas ukhwah itu tidak kuat, hanya sekadar manis dan indah semata di kampus. Hakikatnya, kita akan berseorangan nanti. Enta akan dipostingkan seorang diri. Waktu itu, tiada kawan yang boleh memberi kepentingan pada perjuangan enta." Sangat berbeza term ukhwah yang digunakan dengan realiti sebenar.

Saat dan ketika itu, hanya kefahaman yang menjadi sumber kekuatan utama di kala berada pada medan lapangan sebenar. Jika kefahaman kita kuat, kita akan tahan. Datanglah sehebat mana mehnah dan halangan, insyaAllah kita akan tetap istiqamah. Matlamat kita kena jelas, intima' ini adalah kerana akidah dan kewajipan akidah. Atas dasar iitulah marhalah tarbiah disusun bermaksudkan kefahaman, bukannya ukwah.

Al-fahmu sebelum Al-ukhwah

Bila aku mengatakan faham lebih utama berbanding ukhwah, bukan bermakna aku menafikan terus elemen ukhwah, tidak, bukan begitu. Cumanya, apabila kesemua berkumpul atas dasar faham, ia lebih menguatkan kita teman. Bila faham, kita akan punya matlamat yang jelas untuk bekerja. Bila faham, kita akan terdorong untuk berkorban.

Ukhwah?

Ia juga penting dan bertindak sebagai pelengkap kepada perjuangan. Para sahabat berukhwah bersama Nabi. Mereka sayang antara satu sama lain. Hebatnya ukhwah antara mereka hingga sanggup mengorbankan kepentingan diri. Hebat ukhwah mereka, hingga sanggup mati kerana Nabi, kerana sahabat. Ini kerana ukhwah mereka diasaskan kerana lillahi taala dan faham akan tuntutan utama, iaitu menegakkan Islam.

Itu jika meletakkan faham pada perjuangan.

Namun, jika kita berukhwah bukan kerana perjuangan, ia kurang bermakna. Ukhwah di luar perjuangan MANIS. Boleh bergelak tawa, bersuka ria, bermanis muka. Tetapi, bila tiba waktu perjuangan, ukhwah kita akan diuji. Pada waktu itu, kita boleh nilai sejauh mana kefahaman kita pada maksud ukhwah islamiyyah.

Seringkali ukhwah ketika dalam perjuangan, jarang dan sukar untuk dapat MANISnya. Masing-masing mengenepikan awlawiyyat. Bahaya virus ini, mungkinkah maqasid kita berukhwah bukan pasak atas PERJUANGAN?

Kerana itulah pentingnya muhasabah. Niat perlu sentiasa ditajdidkan. Kita berukhwah kerana apa teman? Kita bekerja kerana siapa teman? Awlawiyyat kita ke mana teman? Ayuh, letakkan keazaman dan niat yang ikhlas pada perjuangan yang suci ini. Berusahalah untuk mencontohi Nabi dalam perjuangan (faham feqh harakah Nabi), dan berukhwah kerana Allah sebagaimana ukhwah para sahabat.

Waqaflah diri kerana Allah teman. :)

Allahumma faqqihna fid deen...
Allahummarzuqna lil istiqamah wal ikhlas....

Amiin.





S.A.H.A.B.A.T



Ya Allah kiranya Rasulmu hidup berteman, kurniakan jua kepadaku teman, tapi biarlah teman-teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah teman-teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Saidina Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang kuimpikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmatMu kepada temanku ini. 





Jalan Perjuangan






"Orang yang berjihad kerana ALLAH..
Jiwanya takkan layu..
Jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
Kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH..

Seorang pemburu syahid...
Dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
Takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
Sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

Biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
Biarpun dia terasa seolah2 terlau penat...
Biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
Biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
Walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
Sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...
Pemburu cinta sang Pencipta...
Dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

Kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
Kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
Kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
Dia memilih jalan perjuangan...

Ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
Dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW..
Biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
Tiada normalnya...
Tiada rehatnya...
Namun apabila bekerja untuk ISLAM...
Seolah2 dia cuti sepanjang masa...
Seolah2 dia rehat setiap ketika...
Kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

Ku kagum pada dirinya...
Menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
Tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
Tetap positif membina kekuatan..
Walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN..."


12:27am
4 oktober 2012





Akhir Ramadhan 1433 - Allah itu Maha Dekat!


Semalam, lebih kurang jam 8.35 pm di Masjid Rusila, Blacberry aku basah kuyup 'tersimbah' air ketika berwudhuk. Kondisi memang kritikal, bila ON je, dia mati, dah nyala skit then kelip-kelip pastu mati balik. Banyak kali try tapi keadaan masih lagi sama je. Sah, memang dah rosak.

Aku buat taktahu dan terus solat isyak serta terawih. Memang niat asal ke masjid Rusila ni nak i'tikaf kat masjid bila diajak oleh Abay Cik semalam lepas. Tengah-tengah iktikaf tu, sempat lagi check balik keadaan blackberry yang basah penuh dengan air tadi. Cubaan untuk hidupkan balik kali ke-10 pun masih gagal . Frust jugak, sebab nak call Abay Cik tak dapat (lepas cari tak jumpa). Last-last sekali, aku duk sorang-sorang sampai pagi.

Balik rumah lepas subuh memang dah decide nak hantar ke kedai pagi ni. Tiba-tiba aku try ON sekali je terus hidup macam xde pape. Ish, mudah pulak pagi ni dia hidup balik.

Bila renung-renung balik, Allah memang dah plan insiden tu terjadi kat aku, suruh aku fikir. Dia sengaja OFFLINEkan hubungan aku dengan makhluk lain sekejap untuk bagi masa FOKUS kat Dia. Dah seharian bergelumang dengan manusia, takkan 'curi' masa untuk ONLINE dengan Dia sekejap cuma pun tak boleh. Dia dah banyak permudahkan jalan..bagi kesempatan..bagi peluang..bagi masa, kesihatan, kaki untuk melangkah ke masjid dan lain2 nikmat tapi aku tetap tak nampak dan tak bersyukur. 

Rupanya, Dia nak bagi peluang kat aku supaya lebih tekun bila berhadapan dengan-Nya pada hari-hari akhir ramadhan ini. "Bila beribadah kat Aku, jangan pikir makhluk, jangan pikir dunia, fokus kat Aku!" Tapi, rupanya aku sombong pada 'lambaian' dan panggilan kasih sayang Allah itu.

langit ramadhan subuh terakhir - keesokkan harinya ;')

#Hakikatnya, begitulah sifat manusia, dah dapat nikmat dan Allah dah buka jalan, kita tak pandang dan buat tak tahu je. Sedangkan, Allah sentiasa sambut kita, tapi kita sombong.
#Rebutlah peluang di akhir ramadhan ini, jangan sia-siakan ramadhan yang berbaki. Masih ada kesempatan untuk dapat pengampunan dan redha Allah..berusahalah. Allah itu sangat dekat!


- Masjid Rusila, Marang Terengganu 
- 28 Ramadhan 1433 h



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular