Post fb di atas adalah berkaitan dengan satu artikel mengenai Ijtihad Politik An-Nahdah dan PAS yang aku baca beberapa jam lepas. Bagi aku, ini satu artikel yang menarik apabila penulis menghighlightkan pendekatan politik parti Islam An-Nahdah yang memenangi pilihanraya di Turnisia baru-baru ini.
Isi kandungan artikel banyak menyentuh bagaimana parti Islam di Turnisia itu boleh memenangi pilihanraya dan seterusnya membentuk kerajaan setelah kejatuhan zalim Ben Ali. Kaedah dan taktik pancing undi yang seolah-olah menampakkan 'kelonggaran' prinsip Parti Islam itu dibolehkan apabila melihat kepada feqh aulawiyat, iaitu membentuk kerajaan dahulu (diutamakan) seterusnya barulah pelaksanaan syariah dilakukan.
Tetapi itu first view aku terhadap artikel ni. Apa yang nak dihighligtkan untuk post aku kali ini, tidak semua pandangan yang 'dirasakan betul' itu perlu untuk kita tangkap muat dan terimanya 100%. Masih ada kelompangan yang 'tersembunyi' sebenarnya dalam ijtihad dan penilaian kita terhadap sesuatu pembacaan kita. Walaupun crtical / anylitical thinking kita buat, kalau perkara itu hakikatnya salah, ia tetap salah. Di sinilah pentingnya bertanya/merujuk kepada ahlinya (master).
Jadi, surf dan acces apa2 maklumat pun dalam internet ini, walau perkara itu kita rasakan betul, perlu dan penting untuk kita bertanyakan ahlinya (ustaz jika merujuk persoalan agama). Bimbang kalau ia mengakibatkan fahaman/persepsi yang bercanggah dengan maksud sebenar perkara tersebut. Kalau dalam post fb di atas ni, mungkin persepsi itu aku kira ianya betul dan menepati ijtihad feqh aulawiyat dan boleh disesuaikan (satu hari nanti) di Malaysia. Tetapi realiti sebenarnya, ia menyalahi konsep feqh tersebut, ditambah pula tidak menepati waqiiyyah sebenar apabila menilai dua gerakan islam ini yang banyak ciri perbezaanya.
'Ala kulli hal, point penting dan utamanya kat sini, as a reminder untuk kita jangan mudah buat penilaian sendiri dan terus berpegang pada penilaian tersebut sebagai yang benar. merujuk dan bertanya pada orang lebih arif itu adalah penting. So, jangan berguru dengan internet 100%, carilah guru anda, dan tanyalah ustaz. :)
p/s - ilmu bersanad (melalui guru) itu sangatlah penting. :-)
0 comments:
Post a Comment