Cerpen: Terima Kasih Tuhan





‎"Adakah nti sudi untuk jadikan emak ana sebagai emak nti juga, ayah ana juga sebagai ayah nti, dan keluarga ana menjadi keluarga nti juga." lamar Syah dengan penuh keyakinan walaupun kedengaran juga getaran dihujung suaranya.

Zana diam, terkelu lidahnya buat seketika. Bercampur baur perasaannya. Malu, gembira, terkejut dan seribu satu lagi perasaan menyerbu benak kalbunya. Zana sendiri tidak pasti dengan perasaannya. 

Syah baru sahaja mengenali Zana tidak sampai seminggu. Tidak banyak topik yang dibualkan, cuma Syah mengetahui Zana sangat aktif dalam dunia dakwah di kampusnya. Menjadi kepimpinan majlis tertinggi di sebuah event yang terbesar di kampusnya adalah satu pencapaian yang mengujakan. Bahkan Zana turut merupakan exco badan dakwah di kampusnya itu. 

Begitu juga dengan Zana, tidak berapa mengenali Syah. Hanya mengetahui Syah pernah menjadi pemimpin utama badan dakwah di kampusnya dan sekarang aktif mengadakan program motivasi remaja di sekuruh negara dengan syarikatnya Matahari Terbit. 

Mereka bertemu secara kebetulan. Syah yang sedang bertungkus lumus menyiapkan thesis masternya di perpustakaan terserempak dengan Zana yang turut berada di situ menenangkan fikiran setelah penat menyelesaikan urusan event yang berlambak-lambak.Di situ mereka berbual ringkas.

Dari perbualan ringkas itu, Syah mula mengkagumi gerak kerja Zana yang disifatkan luar biasa. Jarang Syah berjumpa dengan seorang mahasiswi yang ligat sepertinya. Syah seakan-akan melihat jelmaan dirinya satu ketika dahulu semasa di alam kampus pada diri Zana, cuma lebih feminin. Ada chemistry kata Syah.

Sekali lagi, seolah diaturkan Tuhan, kebetulan waktu mereka bertemu itu adalah cuti semester. Zana pulang ke kampungnya di sebelah utara dan Syah pula berkebetulan tinggal di sebelah utara juga. Dan ajaibnya kebetulan kalander aktiviti program Syah bagi minggu itu juga memang telah disengajakan kosong untuk dia memberikan fokus kepada urusan masternya.

Seolah diaturkan tuhan. Zana dan rakan rakannya yang baru pulang dari utara singgah ziarah di rumah Syah yang kebetulan di pertengahan jalan pulang ke kampus. Disana ibu bapa Syah menanti dengan penuh gembira menyambut tetamu yang berkunjung ke rumahnya. 

Dalam diam, Syah sudah membisikkan sesuatu kepada ibu bapanya.

"yang akan datang ziarah ni nanti ada seorang muslimat yang sangat baik akhlaknya dan kuat agamanya, nanti mak dan ayah perhatikanlah dan berikanlah komen andai dia sesuai untuk bergelar isteri kepada Syah kelak"

Mak dan ayah Syah berpandangan satu sama lain tersenyum melihat gelagat anak teruna mereka yang berumur 25 tahun itu. Padanlah dari pagi lagi kelam kabut kemas rumah dan sanggup panjat pokok kelapa mengambil buahnya untuk dibuat minuman. Ada tetamu istimewa rupanya. 

Masa berlalu dengan pantas. Tetamu datang dan pergi.

Usai ziarah itu, Syah segera bertanya pandangan kedua ibu bapanya. 

"Macamana mak, cuba teka yang mana satu Syah maksudkan" Syah bertanya manja kepada emaknya.

"Mak rasa muslimat yang berjubah dan berbadan tinggi tu. Lembut dan sopan santun orangnya. Zana kan namanya? Betul tak tekaan mak?"

Syah rasa berbunga hatinya mendengar jawapan emaknya itu lantas segera memeluknya.

"wah... Pandai mak tekaa, betullah tu mak." girang Syah bersuara sambil mencium pipi emaknya. Syah memang anak yang manja kepada kedua ibu bapanya.

Tiba tiba Syah gusar, selalunya ayahnya sering tidak bersetuju dengan pilihan hatinya. Sudah dua kali baitul muslimnya tidak menjadi kerana tidak mendapat persetujuan ayahnya.

Syah merelaikan rangkulan dari ibunya. Segera dia menghadap ayahnya yang sangat dihormati itu.

"Ayah...." Syah bersuara lembut, penuh hormat kepada ayahnya yang merupakan hero hidupnya.

"Bagaimana pandangan ayah dengan Zana tu, dia masih belajar lagi tu sedangkan Syah dah nak langsungkan perkahwinan tahun ini juga kalau diizinkan." Penuh teratur Syah menyusun kata kata walaupun rasa berdebar di dadanya begitu memuncak. Umpama menunggu kalam sang Hakim Mahkamah menjatuhkan hukum.

"Ayah berkenan dengan Zana tu. Baik budaknya. Cumanya dia nak pada Syah ka? Kalau dia nak, ayah ok ja."

Bagai mahu luruh jantung Syah mendengar respon ayahnya yang begitu positif dan membahagiakan, ayahnya bersetuju! Sesuatu yang mengejutkan dan semestinya, menggembirakan!

Namun Syah mahu menduga lagi ayahnya untuk menguatkan lagi jawapan tersebut, " Tapi dia masih belajar yah, bahkan masih di tahun pertama pengajian."

Ayah Syah tersenyum. "Tengah belajar lagilah bagus. Syah pun tengah belajar juga kan? So ok la tu." sambung ayahnya sambil tergelak kecil penuh kemesraan.

Syah tersipu sipu malu. Ini green light namanya.

Sekarang dia perlu dapatkan kepastian Zana dan kebenaran keluarganya untuk melangsungkan pernikahan pada tahun ini. Sudikah Zana menerimanya? Bolehkah keluarga Zana membenarkan? Satu demi satu persoalan bermain di kolam mindanya.

Akhirnya Syah memberanikan diri menelefon Zana, berdasarkan ilmu syariah yang dipelajarinya bahawa peminangan itu banyak kaedahnya samada menggunakan orang tengah mahupun berhubung terus dengan si anak gadis. Syah memilih untuk berhubung terus.

Setelah meminta izin untuk bercakap, Syah memulakan proses taqdimnya dengan soalan mengenai sistem sulbah. Alhamdulillah Zana menjawab dengan yakin dan tepat kepentingan mengembalikan khilafah yang hilang melalui proses pembinaan daulah islam, masyarakat islam, keluarga islam dan juga individu islam. 

Syah segera mengulas jawapan Zana di bahagian pembentukan keluarga Islam. 

"Alhamdulillah, selepas alam kampus, ana telah terlibat dengan jemaah Islam yang bercita cita menegakkan daulah Islam di negara ini serta terlibat aktif dalam program kemasyarakatan dalam rangka membina sebuah masyarakat islam. Cuma bahagian pembinaan keluarga muslim itu ataupun baitul muslim yang ana masih bermasalah."Syah memulakan muqaddimahnya.

"Jesteru, ana mahu membina baitul muslim itu dengan segera. Ana tidak mahu terlibat dengan budaya couple. Bagi ana, percintaan sejati itu selepas perkahwinan dan juga sesi kenal mengenal dengan mendalam itu seharusnya berlaku selepas akad nikah. Buat masa ini, cukuplah sekadar mengenali beberapa perkara penting sahaja, " Syah meneruskan kalam dengan penuh berhati hati. Dia tidak mahu bicaranya mengandungi kalam yang lagho yang akan menghilangkan keberkatan dalam perhubungan mereka.

" Ringkasnya, ada satu persoalan yang ingin ana ajukan pada nti." Syah membiarkan bicaranya tergantung.

Zana menanti dengan penuj debaran.

"Adakah nti sudi untuk jadikan emak ana sebagai emak nti juga, ayah ana juga sebagai ayah nti, dan keluarga ana menjadi keluarga nti juga." lamar Syah dengan penuh keyakinan walaupun kedengaran juga getaran dihujung suaranya.

Zana diam, terkelu lidahnya buat seketika. Bercampur baur perasaannya. Malu, gembira, terkejut dan seribu satu lagi perasaan menyerbu benak kalbunya. Zana sendiri tidak pasti dengan perasaannya. 

Akhirnya Zana membuka kalam.

"Ana sebenarnya ada sebutkan tentang nta kepada kedua mama dan ayah semasa ana balik ke rumah kelmarin, dan ternyata nta tidak bertepuk sebelah tangan." rendah suara Zana. Terasa merah padam mukanya menahan rasa segan dan malu. 

Syah yang mendengar jawapan Zana segera bertahmid, ALHAMDULILLAH! 

Terima kasih tuhan!
 

........................................................................................


"Abang, mengelamun apa tu?" lembut Zana memeluk suaminya YB Dato Seri Prof Dr Ustaz Haji Syah Al Hafiz, yang kini merupakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan tinggi di kerajaan Islam Malaysia yang ditadbir oleh ulama. 

Syah juga tersenarai antara 10 orang yang terkaya di Malaysia berkat perniagaan produk pendidikan serta "renewable energy" yang dijumpainya hasil kajian terhadap air zam zam dan keberaniannya membuat pelaburan yang meretasi benua. Malaysia kini dipandang tinggi oleh seluruh dunia kerana sikap dermawan Syah menggunakan kekayaan yang dimilikinya untuk membantu negara negara umat Islam dalam membangunkan sistem pendidikan dan sumber tenaga mereka. Syah juga tersohor dengan kemampuan menyelesaikan banyak konflik antara negara yang boleh mencetuskan peperangan. Hasrat untuk menubuhkan khilafah Islam kian nyata dan Syah disebut sebut calon yang berpotensi untuk mengisi kabinet khalifah islam tersebut.

"Tak ada apa sayang, cuma teringat kisah pertemuan kita 20 tahun yang lalu. Semuanya ekspress. Lucu juga bila difikir fikir semula. Alhamdulillah bila kita bina hubungan ini atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah serta mendapat redha dan restu ibu dan ayah, Alhamdulillah tersa berkatNya"

Zana mengeratkan lagi pelukan kepada suami yang sangat dikasihinya itu. Ternyata suaminya itu sangat romantis dan kelakar orangnya walaupun pada permulaannya sebelum berkahwin dahulu, bimbang juga tidak bahagia kerana mendapat suami yang sentiasa sibuk dan serius dalam gerak kerja islam. Kini dialah wanita yang paling bahagia di dunia ini kerana mendapat suami yang sangat memahami dirinya serta sangat penyayang.

Keputusannya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa ternyata keputusan terbaik dalam hidupnya kerana mampu berkhidmat untuk suaminya dengan cemerlang. Alhamdulillah, dikurniakan 7 orang cahaya mata yang comel lagi soleh dan solehah. Semuanya hafiz al quran berkat didikan sepenuh masanya di rumah.

Anaknya yang sulung baru diumumkan pelajar terbaik SPM minggu lepas dan menjadi satu satunya rakyat Malaysia yang mendapat biasiswa penuh menyambung pelajaran ke Australia dalam bidang teknologi perfilemen CGI dengan kerjasama Walt Disney dan PIXER demi projek khas pembangunan produksi filem muslim yang tercanggih di dunia. Alhamdulillah, dia menjadi penyambung impian ibunya yang tidak kesampaian satu ketika dahulu. Dalam tak sedar, Zana mengalirkan air mata kegembiraan dengan baitul muslim yang mereka berjaya bina ini.

Syah yang dari tadi diam segera menyeka air mata Zata. "Kenapa ni sayang? Tiba tiba menangis ni..? Walau telah 20 tahun berkahwin, Syah masih mengekalkan panggilan sayang kepada Zana walaupun di hadapan anak anak dan khalyak ramai. 

Zana segera menjawab dengan suara yang merdu supaya sentiasa enak didengar oleh suaminya. Tidak pernah walau sekali dia meninggikan suara kepada suaminya kerana dia tahu bahawa syurganya ada pada suaminya itu. " Abang, saya cintakan abang. Terima kasih sudi menjadikan saya permaisuri dalam hidup abang."

Syah mengangkat lembut wajah isterinya lalu dikucupnya di dahi isterinya itu sambil berkata
"Terima kasih tuhan kerana kurniakan bidadari ini di dunia lagi. Abang cintakan Zana juga. Terima kasih tuhan."

Terima kasih tuhan.



P/S: CERPEN TERIMA KASIH TUHAN ini dihasilkan (oleh Ust Hakim md Nor) bersempena dengan forum baitul muslim anjuran Rakan Masjid UTP pada 16 Mac 2012 di Chancellor Complex dimana menampilkan ahli panel Ustaz Hasrizal a.k.a saifulislam dan juga Ustaz Pahrol Mohd Juoi. 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular