Ya Allah kiranya Rasulmu hidup berteman, kurniakan jua kepadaku teman, tapi biarlah teman-teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah teman-teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Saidina Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang kuimpikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmatMu kepada temanku ini.
Jalan Perjuangan
"Orang yang berjihad kerana ALLAH..
Jiwanya takkan layu..
Jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
Kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH..
Seorang pemburu syahid...
Dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
Takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
Sedangkan buruannya adalah hari akhirat..
Biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
Biarpun dia terasa seolah2 terlau penat...
Biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
Biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..
NAMUN...
ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
Walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
Sujudnya dengan penuh air mata..
Dia seorang perwira...
Pemburu cinta sang Pencipta...
Dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...
Kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
Kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
Kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
Dia memilih jalan perjuangan...
Ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
Dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW..
Biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
Tiada normalnya...
Tiada rehatnya...
Namun apabila bekerja untuk ISLAM...
Seolah2 dia cuti sepanjang masa...
Seolah2 dia rehat setiap ketika...
Kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...
Ku kagum pada dirinya...
Menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
Tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
Tetap positif membina kekuatan..
Walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN..."
12:27am
4 oktober 2012
Posted by
tekno-daie
0
comments
Akhir Ramadhan 1433 - Allah itu Maha Dekat!
Semalam, lebih kurang jam 8.35 pm di Masjid Rusila, Blacberry aku basah kuyup
'tersimbah' air ketika berwudhuk. Kondisi memang kritikal, bila ON je, dia
mati, dah nyala skit then kelip-kelip pastu mati balik. Banyak kali try tapi
keadaan masih lagi sama je. Sah, memang dah rosak.
Aku buat taktahu dan terus solat isyak serta terawih. Memang niat
asal ke masjid Rusila ni nak i'tikaf kat masjid bila diajak oleh Abay Cik
semalam lepas. Tengah-tengah iktikaf tu, sempat lagi check balik keadaan
blackberry yang basah penuh dengan air tadi. Cubaan untuk hidupkan balik kali
ke-10 pun masih gagal . Frust jugak, sebab nak call Abay Cik tak dapat (lepas
cari tak jumpa). Last-last sekali, aku duk sorang-sorang sampai pagi.
Balik rumah lepas subuh memang dah decide nak hantar ke kedai pagi
ni. Tiba-tiba aku try ON sekali je terus hidup macam xde pape. Ish, mudah pulak
pagi ni dia hidup balik.
Bila renung-renung balik, Allah memang dah plan insiden tu terjadi
kat aku, suruh aku fikir. Dia sengaja OFFLINEkan hubungan aku dengan makhluk
lain sekejap untuk bagi masa FOKUS kat Dia. Dah seharian bergelumang dengan
manusia, takkan 'curi' masa untuk ONLINE dengan Dia sekejap cuma pun tak boleh.
Dia dah banyak permudahkan jalan..bagi kesempatan..bagi peluang..bagi masa,
kesihatan, kaki untuk melangkah ke masjid dan lain2 nikmat tapi aku tetap tak
nampak dan tak bersyukur.
Rupanya, Dia nak bagi peluang kat aku supaya lebih tekun bila
berhadapan dengan-Nya pada hari-hari akhir ramadhan ini. "Bila beribadah
kat Aku, jangan pikir makhluk, jangan pikir dunia, fokus kat Aku!" Tapi,
rupanya aku sombong pada 'lambaian' dan panggilan kasih sayang Allah itu.
#Hakikatnya, begitulah sifat manusia, dah dapat nikmat dan Allah
dah buka jalan, kita tak pandang dan buat tak tahu je. Sedangkan, Allah
sentiasa sambut kita, tapi kita sombong.
#Rebutlah peluang di akhir ramadhan ini, jangan sia-siakan
ramadhan yang berbaki. Masih ada kesempatan untuk dapat pengampunan dan redha
Allah..berusahalah. Allah itu sangat dekat!
- Masjid Rusila, Marang Terengganu
- 28 Ramadhan 1433 h
Posted by
tekno-daie
2
comments
Hati Ramadhan
![]() |
| photog sempena ramadhan al-mubarak daripada gpc. terima kasih model yang terlibat -tuan guru azrul, syafiq dan fahim. bertaraf auliya' Allah semua ni. :') |
Agak
lama tak melakar penulisan di laman ini. Last entri adalah bulan jun yang
lepas. Kali ini aku menulis di dalam bulan ramadhan. Sudah hari ke-4 umat Islam
berpuasa, minggu pertama yang merupakan fasa rahmat dan berkat bagi semua
manusia, tak kira muslim atau non muslim, semua menerima tempiasnya. Moga tempias
itu turut bersama dalam penulisan ini.
“Suhbah.” Satu
term baru yang aku pelajari dan dengari kebelakangan ini. Kelas bahasa arab
tadi, sempat aku bertanya ustaz najib untuk maksudnya yang terperinci. Kata
ustaz, maksud suhbah ni boleh didefinisikan dari dua sudut pandangan. Satunya,
dari pandangan harakah islamiyyah dan duanya dari sudut tasawuf.
Dari sudut
harakah, skopnya lebih bermaksud ahli gerakan berdampingan(suhbah) dengan
naqibnya. Maknanya, praktikal suhbah ini banyak berlaku dalam liqa’ dan usrah. Di
sana, mereka boleh mendapatkan input thaqafah,fikrah dan ilmu dan ianya tak lebih
daripada itu. Manakala dari
sudut tasawuf, ia lebih luas dan terperinci. Secara situasinya, kita sebagai
hamba yang hina ingin melakukan penyucian dalaman perlu bersuhbah dengan guru
yang murshid kamil. Suhbah di sini, bukan setakat duduk bersama, tetapi sesuai
maksudnya dengan ‘khidmat’ sebagai khadam kepada guru. Semestinya yang paling
penting, guru itu mesti murshid, yang boleh ubat hati kita(kerana tak semua
guru berstatus murshid). Sejarah hidup imam syafie, beliau menjadikan imam
malik sebagai murshidnya, hampir semua percakapan dan perbuatan imam malik
dipelajarinya secara terus, dan imam syafie juga dibetulkan jiwanya dengan
teguran dan ajaran yang langsung sepanjang mejadi khadam ilmu pada gurunya. Ini
menunjukkan suhbah yang betul dan berkesan.
Thoriq Ulama’
dan para Solihin
Orang yang
nak melakukan penyucian jiwa, bagi aku mustahil kalau dia boleh melakukannya
berseorangan. Maksudnya, keberkesanan untuk sampai tahap itu agak sukar dan
mustahil. Boleh lah kita cakap, aku solat, tahajjud, taubat, zikir dan seumpamanya
tetapi kita tak tahu yang kelompangan masih banyak di situ. Boleh jadi, kita
baca buku tasawuf untuk ubat hati, namun hakikatnya kita hanya nampak hakikat
ilmu itu pada peringkat surface sahaja, tidak diketahui dalamnya ilmu dan cara
praktikalnya. Akibatnya, ramai mentafsir ikut pemahaman diri sendiri.
Kerana itulah,
bersuhbah dengan ulama’ atau solihin yang murshid itu perlu ke atas kita. tidak
cukup bertalaqqi kerana ianya masih terbatas dari segi makna suhbah itu. Kalau boleh,
kita bersuhbah dengan mereka hingga segala amal mereka kita teliti dan usaha
untuk contohi. Bila semata-mata baca buku untuk berubat jiwa,kita tak akan
nampak kejelikkan dan kelemahan kita, tetapi adanya para solihin dan ulama’
yang memimpin kita itu, mereka boleh ‘detect’ penyakit jiwa kita dan ubat
secara langsung. Jadi, selalulah berdamping dengan para ulama’ dan solihin,
hati kita ini akan dituang nur dan hakikat iman untuk menjadi lebih baik di
sisi Allah. Itu yang kita inginkan dalam menghayati maksud sebenar seorang ‘hamba’.
‘ala kulli
hal, jalan untuk hampir pada Allah itu banyak, sebanyak hembusan nafas. Pilihlah
jalan yang berkesan, jalan yang manhajnya betul. Pada ramadhan yang penuh
berkat ini, aku berpesan pada semua dan diri sendiri, ayuh kita laluinya dengan
penuh keimanan dan mengharap pada Allah..taabud kita hanya semata-mata
kepada-Nya..kebergantungan kita hanya pada Dia yang satu..berpuasalah dengan
zahir dan batin..jaga mulut,mata dan telinga daripada melakukan perkara yang
mengurankan pahala puasa..insyaAllah kita inginkan kebaikkan dan pengampunan
daripada Tuan empunya ramadhan ini…amiin.
Salam ramadhan..salam mujahadah..salam pembersihan diri.
Posted by
tekno-daie
0
comments
Himpunan Hijau Terengganu Jun 2012
Beberapa keping gambar yang sempat di snap daripada Himpunan PAS Ganti UMNO 4.0 & Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Terengganu.
Sungguh ramai pendokong harakatul ummah ini, moga jumlah ramai gelombang kebangkitan dalam demokrasi ini mampu memenangkan parti Islam.
Allahu akbar!
Posted by
tekno-daie
1 comments
Full time Daie
2012
adalah tahun yang ‘membesar’ bersamaku. Aku belajar sesuatu daripada perjalanan
qada’ dan qadar tahun ini. Benarlah kata ramai orang, pengalaman mematangkan.
Berguru dengan pengalaman, ia adalah rezeki yang tertulis untuk kita, ianya
datang daripada Allah. Pengalamanku tidaklah banyak, tetapi cukup untuk aku
tulis, bagi kepuasan diri sendiri.
Hingga
post ini ditulis, aku berada dalam pertengahan 2012. Maknanya, sudah 6 bulan
daripada tahun ini berlalu. Bermacam-macam perkara yang dilalui khususnya
perkara melibatkan keterlibatanku dengan dakwah dan tarbiah, membentuk persepsi
dan fikrah aku hingga kini.
TAKLIFAN
: ANTARA UJIAN DAN AMANAH
“Enta
tak terlibat apa-apa persatuan di IPG ke?”
“Tidak,
ana ahli biasa. Guru pelatih di IPG Perlis.”
Hidup
berjawatan memang best. Dengan adanya jawatan dan terlibat dalam persatuan,
orang akan kenal kita. bila berjawatan, orang akan cari kita, puji kita. Bila
program berjaya, orang akan kagum pada kita. Tapi sebaliknya pada orang yang
tak berada dalam persatuan dan tak berjawatan, dia tak famous, hanya jadi
rakyat biasa, orang tak kenal.
Itulah
realiti. Ujian besar rupanya bila berjawatan ni. Seakan mencari pandangan
manusia. Maksiat hati akan ada kalau tak mampu faham matlamat taklifan jawatan.
Mengejar jawatan untuk menaikkan nama dan mengagungkan diri. Nauzubillah, minta
dijauhkan.
Tahun
2012, aku hidup seperti era foundation semester 1 PPISMP dahulu. Kehidupan yang
tidak disibukkan dengan meeting lewat malam, buat kerja2 persatuan yang penuh
teknikal, mencari dana untuk program, memanjat ke jabatan2 IPG untuk bertemu
pensyarah dan lain2 kerja yang memenatkan. Itu realiti kerja persatuan yang
sudah tak berlaku kepadaku sepanjang tahun ini. Seperti di era semester 1, kehidupan
terasa ringan, hanya 3k berlegar dalam kamus hidup – kuliah,kafe, dan katil!
Aku,
PGPI dan Dunia Dakwah
Sebenarnya,
aku rindu pada berpersatuan. Aku rindu pada Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI),
persatuan Islam pertama yang aku sertai. Di sinilah aku belajar banyak perkara.
Di sini juga, ilmu yang aku dapat, tidak aku dapatinya di dalam bilik kuliah.
Ia mengtarbiah aku mengaplikasi teori usrah dan buku fikrah. Mudahnya, melalui
PGPI aku mula mengenali apa itu dakwah dan tarbiah!
Teringat
sewaktu zaman awal terlibat dengan PGPI,
‘kecut perut’ berada dalam saf pimpinan bersama para pelatih yang hebat.
Walaupun perbezaan umur jauh, hingga aku berbahasa abang dan kakak bersama
mereka, tidak sesama sekali mereka lokek berkongsi ilmu dan pengalaman. Di situ
aku belajar, semangat orang muda tak boleh meluru laju kedepan tanpa dipimpin
orang lama. Bergelumang dengan kerja dakwah dan tarbiah bersama mereka seperti
usrah, liqa’, dan program dakwah yang pelbagai sangat memberi kesan kepada aku.
DAKWAH
SEPANJANG MASA
Tiada
jawatan bukan bermakna taklifan dakwah terhenti. Hakikatnya, setiap yang
mengaku muslim, mengucap kalimah laa ilah illa Allah dia adalah pendakwah. Tak
perlu berjawatan untuk menyatakan hak Allah, suruhan dan tegahan Islam,
ia
kewajipan setiap muslim. Akan tetapi, aku tak nafikan peranan jawatan, kerana
orang akan lebih ‘memandang’ apa yang dicakapkan jika pendakwah itu ada kuasa.
Membangunkan
dakwah tidak perlu secara direct, cukup sekadar menjadi orang di belakang
tabir. Aku lebih suka dan mudah akan posisi ini. Sekali kaki kita dah berada di
jalan perjuangan, kita kena gerakkan elemen2 di dalam itu. Ada orang tanya,
macam mana nak definisikan intima’ dengan Islam? Pelbagai definisi diberi,
tetapi intima’ bukan bererti masuk Islam, bukan juga menganut Islam, dan
menggabungkan diri dengan Islam juga masih belum bagi erti yang mendalam.
“Bagi
ana, intima’ ini adalah enta bernafas dengan nafas Islam. Jika enta bernafas
Islam, enta tak akan tunggu dan tunggu, tetap berjuang walau apa keadaan
sekalipun, sama ada berpangkat atau tak, kerana setiap hembusan nafas enta itu
adalah nafas Islam!”
Jadi,
tiada alasan untuk tidak berjuang. Menyumbang untuk Islam itu adalah taklifan
setiap muslim. Janganlah tidak berjawatan itu menjadi alasan dan penyebab untuk
kita malas berkhidmat untuk Islam. Kita bagi setakat apa yang kita mampu.
Itulah ertinya aku menganut Islam!
![]() |
| saf pimpinan 2010, bersama golongan awwalin..a.muhamin, a.asyran, a.fizi, dan kakak2 mujahidah, dan sohabat2.. :) |
![]() |
| era 2011, berada dalam saf paling hadapan..platform belajar, belajar, dan belajar..ada peningkatan..haha |
| the muhibbins.. :) |
![]() |
| era 2012, dah jadi alumni. waktu ni jadi fasilitator lah konon. hehe. suka tengok adik2, muka baru, pelapis dakwah. :') |
Banyak post di laman tekno-daie ini aku tulis hasil daripada pengalaman, pemerhatian dan setiap kejadiaan yang aku lalui. Suasana dan orang sekitar adalah subjek yang mempengaruhi penulisanku. Tulisan ku bukanlah ilmiah, memungkinkan tiada input dan ilmu yang dapat diambil di sini, yang banyak hanyalah luahan dan pendapat. Apa yang aku rasa, aku tulis ikut persepsi dan dan pandangan akal aku.
Sekadar melakar. :')
Posted by
tekno-daie
0
comments
Tempias Barakah Auliya'ullah
Perancangan asal selepas pulang dari bekwoh abe min, aku nak terus balik ke Terengganu. Tetapi, alang-alang dah berada di kelantan, sahabat2 ku ajak untuk bermusafir di sini selama beberapa hari. Niat utama untuk menziarahi beberapa orang tuan guru dan makam ulama' tersohor di sini, moga ada barokah dan nur tempias pada hati yg kelam ini.
Kami bermalam di Besut pada malam selepas walimah abe min dan kak ina. Sohabatku sungguh terkesan dengan tarbiah muhibbin kepada dirinya. Aku yang tak berapa muhibbin ni banyak belajar dan memerhati tempias tarbiah itu. Destinasi pertama kami ke Gunung, Bachok Kelantan.
Di sana, kami berkesempatan untuk bertemu dengan Pok Su Mid Gunung. Ulama’ yang cukup tersohor bukan sahaja di negeri Serambi Mekah ini, tetapi di daerah Kedah di sana nama beliau cukup ramai kenali, khususnya kepada yang mengikuti pengajian dengan Baba Zul As-Syatiri Pondok Sungai Dedap Yan. Pada daurah kitab di kelantan tahun lepas, aku sempat mengikuti pengajian kitab Muniatul Musolli syarahan Pok Su Mid. Kata anak muridnya, rakaman mp3 kuliahnya tidak dibenarkan, kalau rakam juga, mp3 itu boleh rosak atau kosong tanpa bunyi. Itu antara tegahan dan larangan, secara adabnya kena ikut dan mungkin ada sebab tertentu.
Tiba kami di sana dalam waktu zohor dan berkesempatan solat bersama Pok Su Mid. Alhamdulillah, hajat kedatangan kami dari jauh untuk menerima taujihat dan nasihat secara khususi kesampaian. Banyak mutiara ilmu daripada beliau menyiram hati yang tandus dan gersang ini.
Nasihat beliau, sifat nasihat kalau tak terguris dan tak buat kita terasa itu bukan nasihat yang berkesan. Jadi, telanlah nasihat walaupun ianya pahit. Ke mana sahaja kita pergi, kita kena bawa iman kita. Bila iman kukuh, datanglah apa sahaja ujian, kita tak akan jatuh. Allah nak uji kita ini, banyak cara, antaranya dengan datangnya nikmat. Itu juga ujian yang ramai orang tak upaya hadapi. Kita kena ingat, berada di dunia ini hanya sekejap, yang lebih kekal adalah akhirat. Jadi gunakan dunia dengan baik untuk dapat akhirat. Itu antara tausyiah yang dapat aku ingat.
Usai daripada menziarahi Pok Su Mid, kami berangkat ke Kubang Kerian. Di sana, kami mencari tempat dimakamkan seorang ulama’ kelantan yang cukup terkenal bukan sahaja di tanah Melayu malah di seluruh alam Melayu, iaitu Tok Kenali. Kami sampai di Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali dalam jam 4 petang. Sosok tubuh ulama’ hebat ini banyak karamahnya. Kebiasaanya dalam mana-mana aku mengikuti pengajian kitab turath (kitab melayu lama), banyak syarahan kitab daripada tuan guru mengaitkannya dengan Tok Kenali. Diceritakan kehidupannya bukan sahaja seorang alim ulama’ yang tinggi melangit ilmunya, malah juga seorang ulama’ pejuang Islam, ulama haraki. Di zamannya, beliau antara yang tergolong dalam kalangan anti-penjajah.
Banyak karamah yang masyhur disebut tuan guru sekarang mengenai waliyullah ini. Dah nama pun wali Allah (jagaan Allah), Allah menjaganya hingga alam juga turut menjaganya. Mulutnya masin, firasatnya benar. Antaranya, belia pernah bercakap mengenai tentera jepun, golongan mata sepet akan menjajah tanah melayu. Firasatnya benar, beberapa tahun selepas itu jepun datang menjajah. Dan, banyak lagi karamah ada padanya kerana kemuliaan dan ketinggiannya di hadapan Allah.
Selepas menziarahi makam dengan membaca beberapa potong ayat al-quran sebagai adab berziarah, kami menumpang doa dengan kemuliaan dan barakah Tok Kenali. Amalan ini bukan sesuatu yang janggal, ianya sesuatu yang syar’ie dan berdalil atas nama tawassul.
Kami menuju ke sebuah kampung yang agak jauh dari perkuburan Islam Tok Kenali. Di sana, kami menziarahi seorang ulama’ yang masthur (tak dikenali), yang masih hidup selama 125 tahun. Beliau adalah seorang anak murid kepada tuan guru Syeikh Said (kalau tak silap namanya) seorang yang tergolong dalam kalangan auliya’ullah juga di kelantan zaman silam dahulu. Mulutnya tak pernah putus daripada subhanallah, astaghfirullah dan beberapa zikir. Walau usia sudah lewat, tetapi batang tubuhnya tetap gagah, boleh berdiri dan berjalan dengan sendiri tanpa bantuan tongkat. Amalannya, solat berjemaah tidak pernah langsung ditinggal. Sehinggakan ketika kami sampai (lebih kurang waktu maghrib), beliau tengah bersiap untuk solat berjemaah, dan tempat tidurnya di balai soh yang jemaah gunakan untuk solat. Allah, ulama’ yang istiqamah dalam kebaikan, dipanjangkan umurnya. Hidup cukup barokah. Kami juga berkesempatan berdoa dan menumpang limpahan karamah dan keberkatan Tuan Guru beliau di makamnya yang berada bersebelahan dengan balai soh, sebuah bilik kecil yang hanya menempatkan makam beliau, dan nampak masih baru.
Permusafiran kami diteruskan pada keesokkan harinya. Kami menuju ke Kuala Terengganu pada tengahari. Tempat yang bakal kami ziarahi adalah makam Tok Ku Pulau Manis & Tok Ku Paloh, dua nama auliya’ullah yang tak asing lagi di bumi Terengganu ini. Kami menuju ke Kampung Pulau Manis, Serada Terengganu. Sepanjang perjalanan dan tibanya kami di makam beliau, hujan lebat membasahi bumi. Makam beliau yang juga dikenali sebagai Syeikh Abdul Malek berada dalam sebuah tempat yang agak besar beserta makam keturunannya yang mulia.
Aku berasa pelik ketika memerhati dari jauh makam tersebut. Terdapat lebih kurang 8 orang sedang berkumpul bersebelahan makam seperti sedang berusrah. Rupanya mereka berada di situ kerana mengikuti pengajian kitab daripada tuan guru di sana. Jemaah pengajian kitab ini datang daripada Kedah dan sedang bermusafir ke seluruh malaysia. Aku dan sahabat-sahabat lain sempat mengikuti syarahan kitab waktu itu. Kitab yang ditalaqqi itu adalah kitab Hikam, karangan Ibnu ‘Atoillah As-Sakandari, sebuah kitab yang cukup mahsyur dan hebat, bukan semua orang mampu mensyarahkan isi kitab ini. Tuan Guru yang sedang mensyarahkan kitab tersebut bukan dari kalangan biasa. Setiap baris dihuraikannya cukup mendalam, ibarat terbentang di depan mata lautan ilmu yang luas sedang dibaca.
Seingat aku, syarahannya banyak mengisahkan keseluruhan maksud kitab hikam ini, baru peringkat mukaddimah. Kulit kitab kepunyaan beliau juga lusuh, seumpama kitab kuning itu sudah berpuluh tahun usiannya. Kata beliau, kitab hikam ini terdiri daripada pokok ilmu terpenting islam yang merangkumi usuluddin (ilmu mengenal Allah dengan akal), ilmu syariat/feqah, ilmu tasauf (ilmu mengubat hati) dan ilmu makrifat (ilmu mengenal Allah dengan hati). Hasil gabungan ilmu-ilmu ini maka terbitlah kitab hikam ini. Hikam yang disyarahkannya adalah hikam jawi, kitab yang telah dialih ke bahasa melayu oleh tuan pengarang Syeikh Abdul Malek. Kerana itulah, jemaah pengajian kitab ini bertalaqqi di makam tuan syeikh kerana ingin mengambil barokah yang mengalir daripada tempat dan kitab yang dipelajari itu.
Tambah beliau lagi, kitab hikam ini dikarang oleh waliyullah, bahasa-bahasa hikam (hikmah) yang terkandung di dalam kitab ini adalah terjemahan bahasa yang mudah difahami manusia, ia datang daripada hati tuan pengarang. Ilham daripada Allah untuk mengajarkan hambanya hikam itulah yang dipancarkan kepada hati tuan pengarang kitab, maksudnya, ia bukan ayat atau matan kitab yang biasa penuntut turath pelajari. Kerana hakikat itulah, tidak semua para guru boleh mensyarah maksud sebenar hikam ini. Kata seorang murid daripada jemaah tersebut usai daripada tamat pengajian, “ana dah lama mencari guru yang boleh mensyarah dengan baik hikam ini, alhamdulillah ana bertemu dengan dia, sudah beberapa tahun ana ikut bermusafir dan bertalaqqi bersama”. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami dengan kalangan solihin.
Sebelum jemaah tersebut berangkat pulang daripada makam Tok Ku Pulau Manis, sempat tuan guru mereka berpesan kepada kami untuk berdoa dan bertawassul di makam ini. “kita bukan minta doa kepada tuan syeikh (Tok Ku), tetapi kita minta kepada Allah dengan menjadikan beliau yang daripada auliya’ullah sebagai recommendation. Barakah mengalir melimpah-limpah daripada makam tersebut, alang2 sampai di sini pohonlah doa dan kutip barokahnya.” Kami sempat menitipkan beberapa doa dan permohonan kepada Allah dengan barokah dan kemuliaan wali Allah di bumi Pulau Manis ini.
Kami berangkat ke Kampung Paloh. Di sana, terdapat makam seorang wali besar di Terengganu, Tokku Paloh. Karomah dan kemuliaannya menjadikan namanya terus disebut-sebut hingga kini oleh penduduk sekitar. Makam beliau ditempatkan di tempat paling tinggi daripada kubur penduduk di situ. Pintu masuk ke makam tersebut dikunci bagi menggelakkan berlaku amalan pemujaan dan perbuatan khianat orang yang menziarahi tempat tersebut. Kunci dibuka oleh tuan penjaga makam yang juga salah seorang daripada silsilah keturunan Tok Ku Paloh. Peluang untuk menziarahi makam tersebut kami gunakan untuk berdoa. Keadaan makam tersebut masih elok dan berbau harum. Sungguh, Allah muliakan jasad wali-Nya semasa hidup ataupun sesudah meninggal.
Permusafiran dan ziarah kami berakhir pada waktu maghrib. Cadangnya ingin bertemu Tuan Besar, yang juga cucu kepada Tok Ko Paloh, tetapi keadaan sudah lewat dan tidak mengizinkan. Sahabat-sahabat lain terpaksa bergegas pulang ke Besut untuk rehat dan persiapan balik ke Perlis keesokannya. Permusafiran aku kali ini, moga dikira amal kebaikan di sisi Allah. Aku belajar banyak dengan sahabat-sahabatku manhaj muhibbin dan sufi haraki bagi ahli gerakkan ini. Perjuangan para muharrik pada zaman alam Melayu dahulu lebih hebat dan gah. Hubungan mereka sangat akrab dengan Allah, kerana itulah Islam dan hukumnya bertapak hebat di Tanah Melayu. Moga kaki ditetapkan di atas jalan ini dengan dipandu oleh para masyaikh dan tuan guru serta alim ulama’ yang ikhlas berjuang, aku juga ingin menerima tempias mereka. Barakallah!
p/s - terima kasih azrul izzat (ketua wali), syameer, syafiq saad, dan hasbi siddiqui, hamdi rezab dan (tak lupa kpd) faris ikhwan ^^
p/s - terima kasih azrul izzat (ketua wali), syameer, syafiq saad, dan hasbi siddiqui, hamdi rezab dan (tak lupa kpd) faris ikhwan ^^
Posted by
tekno-daie
0
comments
Ruh
"Ramai orang ingin mengubah DUNIA, tapi tidak ramai yang berfikir untuk mengubah DIRI"
1.0 Belajar & terus belajar. jatuh itu biasa. utk hampir pada Tuhan, perlu jatuh berkali-kali. bila berada di puncak, jangan merendahkan mereka di bawah. hakikatnya, kita semua pernah berada di bawah.
2.0 IKHLAS utk membentuk diri, sohabat dan juga mad'u. kita umat terbaik, tidak semua umat 'dipilih' untuk memikir perihal orang lain. itu taklifan dakwah.
3.0 Ubah diri ke arah lebih baik. perbaiki ruh dalaman. jadikan kebergantungan pada Allah perkara utama dalam ruh dalaman. pasti jiwa akan kaya.
Mood : Membangunkan jiwa
10-24 Mei 2012
Posted by
tekno-daie
0
comments
Labels:
Luahan
Rapuh
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
lagu : Rapuh
penyanyi : Opick
penyanyi : Opick
mood : rapuh hampir sungkur. Nasib baik ada Tuhan. :)
Posted by
tekno-daie
0
comments
Bila aku bercakap tentang Baitul Muslim (^_^)
“Enta
bila lagi nak kahwin syeikh?”
“Ana
tunggu nta dulu, jauh lagi nak sampai 'maqam' tu”
Perbualan
ringkas antara aku dan sahabatku, 3 hari lepas. Ketika itu, kami membincangkan
banyak perkara setelah kehadirannya ke Perlis cuma sementara. Jarang-jarang perbualan
aku dan dia berlaku kerana kesibukannya menguruskan urusan dakwah di bumi pulau
mutiara.
Peluang
berbual dengannya aku manfaatkan untuk mencungkil semua perkara mengenai
dakwahnya di sana. Banyak perkongsian menarik.
“Nta
kalau nak tunggu sempurna dulu dan baru nak kahwin, nta silap.” Respon sahabatku yang berada di
sebelah, turut berada dalam ‘musyawarah’ topik bait muslim yang tiba-tiba
muncul.
Aku
diam tanpa respon walaupun dalam diri penuh sarat dengan jawapan yang
kufikirkan rasional untuk diberi, namun kuteruskan ayat dengan topik lain.
Bait
Muslim : Maqam Baru Fardil Muslim
“Nta
jangan berbait muslim kalau niat semata-mata nak cari pasangan dan nak kahwin.
Jika betu-betull faham perjuangan dan matlamat bait muslim, maka kahwinlah!”
Inzar
datang tiba-tiba daripada seorang pejuang yang aku kagumi dalam satu ceramah.
Beliau miliki peribadi tarbawi, punyai jiwa besar, dan amal islami yang
konsisten. Dan yang paling utama, masih istiqamah dalam jalan dakwah setelah
berpuluh tahun meninggalkan kampus.
Kalau
direnung dan ditenung, ada betul qalamnya itu. Maqasid bait muslim bukan untuk
satukan dua fardil muslim yang berjuang semata-mata, kerana di sana ramai yang
luntur dan futhur selepas bait muslim dibina, walaupun bertitle pejuang dan
gerakerja hebat suatu masa dahulu. Ya, aku tak nafi kes sebegini tidak banyak
berlaku, tapi ianya peringatan yang berguna bagi mereka yang fikirkan:
“aku
selesa dah bila bersatu dengan pasangan yang berjuang juga, aku akan bejuang
lebih hebat lepas ni!”
Katanya
itu betul. Antara sumber kekuatan dalam perjuangan adalah sayap kiri yang
mengimbangi dan menemani perjuangan kita. Tetapi, ia bukanlah tiket untuk kita
terus selesa dengan jalan yang kita pilih. Baitul muslim adalah satu tahap baru
dalam fardil muslim. Ia perlu dibina dan terus dibina dari semasa ke semasa
supaya terus berkembang subur.
Bait
Muslim : Rumahtangga Perjuangan
“Jadi,
apa matlamat sebenar bait muslim akh?”
Soalan
standard dan asas mengenai persoalan yang ditimbulkan, mengenai matlamat,
tujuan, sebab dan objektif.
Bait
muslim dibina untuk kelangsungan dakwah. Bagi meneruskan dakwah dan tidak
mematikan langkahnya. Ianya bukan perkahwinan biasa. Bait muslim bukan menuntut
cinta dan perasaan semata-mata, tetapi agama atau cita-cita perjuangan
diletakkan paling atas. Inilah maksud kelangsungan dakwah.
Bagi
individu muslim yang sudah bersedia dan mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah.
Ini selari dengan pesanan Rasulullah s.a.w kepada golongan muda :
“Wahai
orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk
berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan
pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah
puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Jadi,
jika benar syarat ‘bersedia, mampu, dan berkuasa’ untuk berbait muslim itu
dipatuhi maka tiada masalah. Bagi aku, berkuasa itu maksudnya perkara agama
atau cita-cita perjuangan itu mestilah didahulukan berbanding perkara lain.
Bimbang jika bebanan perjuangan yang sudah sememangnya berat untuk dipikul ini akan
bertambah berat (bila sudah berbait muslim) dan kita akan jatuh terduduk kerana
tidak mampu menahannya gara-gara tidak bersedia dan tidak mampu. Bukankah itu
merugikan diri sendiri, pasangan dan perjuangan?
Bersedia
untuk Perjuangan Jangka Panjang
Orang
kata, alang-alang dah ‘dijemput’ Allah untuk berjuang ni, mesti meletakkan
matlamat perjuangan ke arah yang jauh. Satu jangka masa yang panjang,
insyaAllah hingga mati. Jadi, perancangan mesti munazzamah dan mempunyai paksi
yang kukuh untuk sebuah cita-cita yang besar. Kita mesti refresh dan hadam
balik akidah serta fikrah perjuangan supaya ia terus utuh. Kefahaman dan kekuatan
tarbiah dalaman itu menjadi elemen paling penting untuk terus memaknai maksud
istiqamah.
Kebiasaanya,
manusia gagal meletakkan diri di jalur jalan dakwah kerana tidak mengenal
marhalah hidup. Hakikatnya bagi fardil muslim / muharrik, mereka melalui
marhalah :
- Ta’rif
- Takwin
- Tanfiz
- Bait Muslim
- Mujtama’ muslim
- Daulah Islamiyyah
- Khilafah Islamiyyah
- Ustaizul Alam
Kenalpasti
diri berada di tahap mana. Mampu atau tidak mampu? Islah sentiasa diri untuk
menjadi yang terbaik di jalur syari’e dan manhaj perjuangan kita. Kita punyai
cita-cita besar dalam Islam, menjadikan Islam penguasa dunia (ustaizul alam),
maka sediakan kelengkapan yang mencukupi.
Bait
muslim? Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan
disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga
kita tidak peduli. Bersedia dan terus berjuang kerana Allah, bila tiba masanya
dan ‘mampu’ insyaAllah Allah akan ‘naikkan’ maqam ke arah tersebut.
Allah
ghayatuna!
p/s
– mohon pencerahan kembali jika ‘fikrah bait muslim’ aku ini silap. :)
Posted by
tekno-daie
0
comments
Al-Fahmu : Fikrah Utama
![]() |
| Al-Fadhil Ustaz Yussainie, Murabbi yang banyak membentuk dan mendidik jiwa. Berkati hidupnya ya Allah :) |
Al-Fahmu
membentuk Daie Istiqamah
Perjuangan
perlu pada faham. Secara logiknya,nak memperjuangkan sesuatu perkara tu mesti
kena reti dan arif tentang apa yang nak diperjuangkan. Kefahaman
adalah asbab kepada bertahannya perjuangan. Istiqamah sesuatu perjuangan bukan
bergantung kepada hammasah (semangat) sahaja, kerana semangat boleh luntur
bilamana bebanan berat datang kepada kita. Tetapi, bila hebat kefahaman, mari
lah apa sahaja perkara, kita boleh atasi dengan baik. Kerana itulah, kefahaman
melahirkan jiwa yang kental.
Fikrah perlu
diisi, perancangan perlu munazzamah
Coretan Ringkas,
4-6 Mei 2012
mood : Belajar lagi
Posted by
tekno-daie
0
comments
Labels:
Perjuangan,
Tarbiyah
Futhur : Wabak sepanjang jalan
FUTHUR (Terhenti & Melengah-Lengah): antara penyakit atau wabak di jalan dakwah yang sering melanda para aktivis gerakan Islam.
Futhur paling rendah: malas, menangguh-nangguh, melengah-lengah. Futhur paling tinggi: berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.
Antara faktor berlaku futhur:
1) Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam agama.
2) Membazir dan melampau batas dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan.
3) Mufaraqah (meninggalkan jama;ah) dan memilih hidup beruzlah dan brseorangan.
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat.
5) Pengabaian melakukan ibadat harian.
6) Mengambil makanan yang syubhah atau haram.
7) Penumpuan ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam.
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tanggungjawab dan tugas disamping kekurangan tenaga amilin.
10) Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
12) Sambil lewa menjalankan tugas samda diperingkat individu atau peringkat jamaah.
13) Terlibat dengan perbuatan jahat atau maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.
( Petikan dari: Wabak Sepanjang Jalan - Dr.Sayed Muhammad Nuh )
Posted by
tekno-daie
0
comments
Subscribe to:
Comments (Atom)
Artikel Popular
-
Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usr...
-
Assalamualaikum... Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan kepada sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia kekasih hati, Nabi Muhamma...
-
"Adakah nti sudi untuk jadikan emak ana sebagai emak nti juga, ayah ana juga sebagai ayah nti, dan keluarga ana menjadi ke...
-
“Enta bila lagi nak kahwin syeikh?” “Ana tunggu nta dulu, jauh lagi nak sampai 'maqam' tu” Perbualan ringkas antara aku dan ...
-
Bersimpuh bersama sahabat seperjuangan - gambar daripada blog akh ehsan Ini adalah entry pertama bagi tahun 2014. Ada yang ...

.jpg)
_7_8_tonemapped.jpg)





































