photog sempena ramadhan al-mubarak daripada gpc. terima kasih model yang terlibat -tuan guru azrul, syafiq dan fahim. bertaraf auliya' Allah semua ni. :') |
Agak
lama tak melakar penulisan di laman ini. Last entri adalah bulan jun yang
lepas. Kali ini aku menulis di dalam bulan ramadhan. Sudah hari ke-4 umat Islam
berpuasa, minggu pertama yang merupakan fasa rahmat dan berkat bagi semua
manusia, tak kira muslim atau non muslim, semua menerima tempiasnya. Moga tempias
itu turut bersama dalam penulisan ini.
“Suhbah.” Satu
term baru yang aku pelajari dan dengari kebelakangan ini. Kelas bahasa arab
tadi, sempat aku bertanya ustaz najib untuk maksudnya yang terperinci. Kata
ustaz, maksud suhbah ni boleh didefinisikan dari dua sudut pandangan. Satunya,
dari pandangan harakah islamiyyah dan duanya dari sudut tasawuf.
Dari sudut
harakah, skopnya lebih bermaksud ahli gerakan berdampingan(suhbah) dengan
naqibnya. Maknanya, praktikal suhbah ini banyak berlaku dalam liqa’ dan usrah. Di
sana, mereka boleh mendapatkan input thaqafah,fikrah dan ilmu dan ianya tak lebih
daripada itu. Manakala dari
sudut tasawuf, ia lebih luas dan terperinci. Secara situasinya, kita sebagai
hamba yang hina ingin melakukan penyucian dalaman perlu bersuhbah dengan guru
yang murshid kamil. Suhbah di sini, bukan setakat duduk bersama, tetapi sesuai
maksudnya dengan ‘khidmat’ sebagai khadam kepada guru. Semestinya yang paling
penting, guru itu mesti murshid, yang boleh ubat hati kita(kerana tak semua
guru berstatus murshid). Sejarah hidup imam syafie, beliau menjadikan imam
malik sebagai murshidnya, hampir semua percakapan dan perbuatan imam malik
dipelajarinya secara terus, dan imam syafie juga dibetulkan jiwanya dengan
teguran dan ajaran yang langsung sepanjang mejadi khadam ilmu pada gurunya. Ini
menunjukkan suhbah yang betul dan berkesan.
Thoriq Ulama’
dan para Solihin
Orang yang
nak melakukan penyucian jiwa, bagi aku mustahil kalau dia boleh melakukannya
berseorangan. Maksudnya, keberkesanan untuk sampai tahap itu agak sukar dan
mustahil. Boleh lah kita cakap, aku solat, tahajjud, taubat, zikir dan seumpamanya
tetapi kita tak tahu yang kelompangan masih banyak di situ. Boleh jadi, kita
baca buku tasawuf untuk ubat hati, namun hakikatnya kita hanya nampak hakikat
ilmu itu pada peringkat surface sahaja, tidak diketahui dalamnya ilmu dan cara
praktikalnya. Akibatnya, ramai mentafsir ikut pemahaman diri sendiri.
Kerana itulah,
bersuhbah dengan ulama’ atau solihin yang murshid itu perlu ke atas kita. tidak
cukup bertalaqqi kerana ianya masih terbatas dari segi makna suhbah itu. Kalau boleh,
kita bersuhbah dengan mereka hingga segala amal mereka kita teliti dan usaha
untuk contohi. Bila semata-mata baca buku untuk berubat jiwa,kita tak akan
nampak kejelikkan dan kelemahan kita, tetapi adanya para solihin dan ulama’
yang memimpin kita itu, mereka boleh ‘detect’ penyakit jiwa kita dan ubat
secara langsung. Jadi, selalulah berdamping dengan para ulama’ dan solihin,
hati kita ini akan dituang nur dan hakikat iman untuk menjadi lebih baik di
sisi Allah. Itu yang kita inginkan dalam menghayati maksud sebenar seorang ‘hamba’.
‘ala kulli
hal, jalan untuk hampir pada Allah itu banyak, sebanyak hembusan nafas. Pilihlah
jalan yang berkesan, jalan yang manhajnya betul. Pada ramadhan yang penuh
berkat ini, aku berpesan pada semua dan diri sendiri, ayuh kita laluinya dengan
penuh keimanan dan mengharap pada Allah..taabud kita hanya semata-mata
kepada-Nya..kebergantungan kita hanya pada Dia yang satu..berpuasalah dengan
zahir dan batin..jaga mulut,mata dan telinga daripada melakukan perkara yang
mengurankan pahala puasa..insyaAllah kita inginkan kebaikkan dan pengampunan
daripada Tuan empunya ramadhan ini…amiin.
Salam ramadhan..salam mujahadah..salam pembersihan diri.
0 comments:
Post a Comment