1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
“Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke
langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya
berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya
dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang
tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia
berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan
pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang
membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara
hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
[6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar
ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya
binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik,
pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang
tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
“Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,
fighrli atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu
(dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah
bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala
hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu
akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku
berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari
Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana
seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu
daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam
0 comments:
Post a Comment