Angry Birds : Jundullah yang Berjiwa Syuhada'



"Angry Birds". Salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh aku sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal semuanya suka bermain game ini tidakkah anda pernah tertanya-tanya?

Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. Tetapi tahukah kita semua bahawa game Angry Birds ini dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah?

Banyak unsur uslub dakwah dan nilai tarbiah yang 'diselitkan' di dalam game ini, antara yang boleh diperhatikan:


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. 



Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya! Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya, terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:110)



2) Amal Jamaie




Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun



Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? Tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.

Kenapa? Kerana Saidina Ali mengatakan:

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? Diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu.



Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya yang reti potong kayu pergi serang kayu. yang boleh hancurkan batu pegi hancurkan batu. dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza. Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam eh silap untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat

Dan sebagai qiyadah perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main. Dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.




6) Ukhuwah

Lastly kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang. Mereka sedih dan marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya.


Mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka, nauzubillah.

Kenapa?

Sebab kita menyayangi saudara kita. Sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah dan kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam maka tidak akan wujud game Angry Birds ini.

Jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka(muharrik) begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam. Malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" 
(An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna. Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu:

"Jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya. Dan daripada situlah mereka yang mendokong Islam pasti akan menemui jalan ke arah kemenangan Islam seperti yang dijanjikan.."



"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular