The Arrival - Masjid Terapung


Dunia sedang menyaksikan kebangkitan Islam di asia barat atau lebih spesifiknya di negara-negara arab. Bermula kejatuhan Zine al-Abedine Ben Ali, presiden yang memerintah selama lebih 23 tahun di Tunisia hinggalah ia menular ke Mesir di bawah pemerintahan Husni Mubarak. Gelombang kebangkitan ini dikaji dan dibahas secara meluas oleh pelbagai pihak, baik daripada gerakan Islam hinggalah kepada kuasa-kuasa besar dunia, kuffar diktaktor abad moden ini.

Apa yang menarik sehingga kini, gelombang ini tidak dapat dihapuskan walau apa cara yang dibuat. Ini menunjukkan janji ayat-ayat Allah tidak dapat ditutup, secara yakin lagi bahawa ini merupakan petanda awal mula bangkitnya khilafah Islam yang roboh 1424 yang lepas dalam kejahatan sekularisme dan konspirasi yang tersusun.

Sehingga post ini ditulis, gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dan bertanding atas pentas siyasah menunjukkan alamat positif dengan kemenangan yang cemerlang. Menunjukkan parti Islam yang didokong puluhan ulama' diterima rakyat dalam menuju pemerintahan berlandaskan hukum Islam. 

Bermula kemenangan AK Parti di Turki di bawah kepimpinan Erdogan, seterusnya Parti Islam An-Nahda di Turnisia, ia merebak ke Morocco menerusi parti Keadilan dan Pembangunan (PJD). Dan yang terbaru, dunia sedang menyaksikan pilihanraya mesir dan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang bertanding menerusi proksi badan politik Parti Al-Huriyyah wal 'Adalah (Kebebasan & Keadilan) yang dijangkakan turut mendapat majoriti undi bagi menjadikan matlamat pemerintahan Islam di Mesir turut tercapai. 

Sesungguhnya, Ikhwanul Muslimin yang diasaskan As-Syahid Hassan Al-Banna menyaksikan kemenangan itu berlaku tetapi selepas 80 tahun terjadinya peristiwa pembunuhan As-Syahid. Benarlah, Islam itu bersifat mata rantai perjuangannya, jika bukan pada zaman ini, ia pasti akan menyaksikan kemenangannya direalisasikan zaman anak, cucu pejuang itu sendiri. Perjuangan bersifat satu jangka masa yang panjang.


Kemenangan yang diraih gerakan Islam seluruh dunia itu pasti akan menular ke Malaysia. Ummah yang mengaku Islam ingin melihat Islam itu tertegak di negara, satu skop pelaksanaan Islam yang tidak pernah dikecapi selama 53 tahun yang lepas. Apa yang pasti, Islam itu PASti menang, cuma keberadaan kita pada waktu itu dimana, menjadi salah seorang penyumbang kemenangankah atau hanya muslim yang hanya menyaksikan kemenangan dengan laungan takbir dan ta'zim semata-mata? Menjadi pendokong atau penyokong, pilihan itu di tangan kita.


- Post kali ini ditulis bagi menyentuh satu isu global dan isu Islami yang perlu difikirkan menerusi sudut pandang 'birdview' dan mendalam. Kita perlu lihat menyeluruh aspek kemenangan tersebut dan impaknya pada golongan yang memegang kuasa dunia sekarang ini, yahudi laknatullah. 

Kemenangan demi kemenangan menjadi ancaman untuk konspirasi selanjutnya. Mereka merancang dan Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah adalah terbaik.

- Suasana di Malaysia, gerakan Islam mula mendapat tempat. Sekularisme mula goyah, berkonspirasi, tetapi gelombang asia barat tidak boleh disekat untuk sampai ke Malaysia juga. Cuma waktu menentukan.

- Gambar Masjid Terapung yang ditunjukkan sebagai simbolik dan gambaran pemerintahan Islam pasti akan dikembalikan jua di sini, Terengganu, tanah yang banyak melahirkan tokoh gerakan Haraktul Ummah Malaysia ini. Terbaik Terengganu, dar al-Iman - baldatun toyyibah wa Rabbun ghafurr.


Malam ini berangkat ke Perlis untuk curahan sedikit khidmat, moga amal diterima, tunggu blog terisi balik, yeah! =)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular