Dunia dakwah itu
bulat. Kadang-kadang semangat kita dipuncak, tapi kadang-kadang terbawah pula. Biasalah
tu, normal bagi daie yang masih dalam zon ‘pembentukan’ selalunya banyak
tersadai di bawah. Cuma, perlu dalam sebuah organisasi tersusun, untuk saling
menasihati. Ad-din nasihah.
Aku bukanlah orang
yang alim dalam bidang dakwah. Pucak hijau lagi berbanding engkau sahabat. Mungkin
nasihat itu tidak kedengaran dan tidak dihiraukan dek faktor ini. Tapi, bukan
itu nilaian sebuah nasihat. Aku ingin melaksanakan teguran itu, ia adalah sebahagian
taklifanku, dan ianya semata-mata kerana Allah, sahabat. Moga engkau memandang
ini sebagai satu muhasabah bersama, aku dan kau sekali.
Sahabat, jangan
kerana wanita engkau menggadaikan prinsip dakwahmu. Ingatlah, pertuturan, perlakuan
daie dijadikan manhaj oleh mad'u. bimbang jika ia bertukar fitnah pada agama
hanya kerana seorang wanita. banyak mata yang menjadikan daie sebagai contoh.
islah2,, sahabatku kau permata islam yang hebat.
Ujian mengenai
wanita biasa lah sahabat. Sesuai masa dan keadaan usia kita, peringkat
pra-dewasa, ia perlu. Tapi jangan sampai terbawa dalam dunia tarbiah dan
dakwahmu. Fitnah ini perlu ditapis dengan cara yang praktikal, kerana ia fitnah
yang besar – jadi jangan memandang kecil perkara ini. Ini bukan kalamku
melainkan aku sampaikan ia melalui sabda junjungan kita,
”Tidaklah
aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita”
(HR Bukhari dan Muslim).
Sahabat, peringatan
bersama untuk kita semua. Wanita sememangnya fitrah dijadikan mereka untuk
melengkapi lelaki khususnya dalam medah perjuangan. Tetapi, ia bersyarat dengan
ikatan yang sah. Adapun jika ia bukan ikatan yang sah, maka terjadilah seperti
mana yang engkau alami sekarang, bukan fitrah tetapi fitnah. Terlalu asyik
dengan ‘komunikasi’ yang dirasakan halal.
Jika takdir setelah
engkau mencuba tidak memihak kepadamu, serahkanlah pada Yang Esa. Ada yang
lebih baik menantimu. Engkau baka yang baik, pasti mendapat pasangan yang baik
juga. Yakin janji Allah. Dan, aku juga yakin janji itu pasti terjadi padamu.
Suburkan
Tarbiah Perkasakan Perjuangan
Islam bermula dengan
tarbiah. Dan untuk membawa Islam juga tarbiah perlu dibawa seiring. Ia tidak
ditinggalkan. Ayuhlah bina kembali kemanisan tarbiah itu, aku sedar ia bukan
dalam masa singkat, tetapi sekurangnya kita berusaha. Tidak menjadi jika
perjuangan dipikul tanpa tarbiah melekat pada tubuh pemikulnya, nescaya
rebahlah.
Jadi sahabat, kita
mahu landasan kita ini disuburi tarbiah kerana ia adalah landasan umat. Perlu untuk
kita mulakannya dahulu. Jangan sampai umat melaluinya berdasarkan landasan yang
berisi maksiat. Kita dipandang sahabat. Kita punyai kekuatan contoh yang boleh
dididik untuk kemenangan dakwah.
Akhirnya sahabat,
aku menggarap ini bukan untuk kepentingan diri. Ia adalah untuk hantaran pada
redha Allah pada ikatan persahabatan kita. Ikatan kita lebih daripada biasa
kerana kita posisikan Islam dihadapan untuk memandu kita.
Sahabat mengharap Redha Allah.
0 comments:
Post a Comment