SHAH ALAM, 22 Mei: Dalam usaha menghadapi pilihan raya yang bebas di Mesir hujung tahun ini, Gerakan Islam terkemuka dunia, Ikhwan Muslimin, semalam telah menubuhkan sebuah parti politik.
Perkembangan ini merupakan satu sejarah baharu dalam lanskap politik negara itu yang baru sahaja mengalami revolusi mental dan tindakan drastik kebangkitan rakyatnya.
Ekoran berlaku revolusi gerakan maya dalam kalangan anak muda khususnya, sehingga menyebabkan tersungkurnya Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 40 tahun.
Perkara ini telah didedahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap ringkas dalam Majlis Makan Malam Dana PRU 13, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dekat sini malam tadi.
Menyebutkan perkara sama, Ustaz Hadi berkata, pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Abdul Badiaq menyampaikan salam kepada semua gerakan Islam di sini.
“Hari ini Ikhwan Muslimin telah melancarkan parti baharu mereka dan merasmikan pejabat pentadbiran parti baru itu dalam usaha menyertai pilihan raya yang telus hujung tahun ini,” jelasnya.
Sementara itu, turut berucap dalam majlis makan malam yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP itu adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Keadilan,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Semua pimpinan PAS Pusat dan kebanyakan pimpinan negeri dan kawasan juga turut hadir dalam majlis anjuran PAS Pusat itu.
Sekitar RM100,000 dapat dikutip dalam majlis itu sahaja menerusi serahan cek, tunai dan aku janji termasuk lelongan empat gambar muka hadapan Harakah yang acara itu turut memeriahkan suasana.
Ketika hadirin sedang menikmati hidangan, penyanyi nasyid Hadis, Muadz Dzulkifley tampil dengan beberapa lagu Melayu, Arab, Mandarin dan Tamil menghiburkan majlis.
Tidak ketinggalan diadakan acara deklamasi sajak oleh penulis veteran berbakat seni, A Shukur Harun dengan sajak tentang kunjungannya ke kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dengan sedutan sajak Imamnya.
8 Tingkatan Neraka
-
Muhammad Saufi Hassan TATKALA menyatakan mengenai neraka, sudah pasti
gambaran pertama adalah api yang terlalu azab dan tempat pembalasan bagi
orang-orang ...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment