Labels:
Luahan
Retorik makhluk katanya untuk Islam....
Aku jalan-jalan. Buka blog orang. Buka untuk baca sesuatu dan terjumpa blog kawan! Luahan dari lubuk hati. hah, berjaya menyentak fikiran! yes!
apa aku nak cakap, aku pun sama rasa macam ko kawan!
1st, aku cukup kasihan, empathy kat ko kawan. aku tahu ko kuat berusaha, ko tak salah sedikit pun. aku nampak ko memang betul-betul ikhlas. Allah nilai usaha ko, insyaAllah.
ko dah buat terbaik, tapi makhluk sifatnya macam-macam. yang pasti, hakikatnya sifat makhluk fanaa', tak kekal lama. mana-mana pada diri tak akan kekal lama. tapi, makhluk tetap bodoh tak menghayati kebodohannya.haha.
Makhluk dan Retoriknya
Retorik. Pasti yang paham cukup benci dengan itu.
Makhluk katanya, ingin Menjulang Islam dengan menyedarkan orang ramai terhadap isu-isu sensitiviti agama. Dakwah, seminar,program itu dan ini, ingin meraih kemenangan Islam. Program banyak bagai nak gila kepala, tapi hakikat pengtarbiyahan untuk diri sendiri dah tak kena. Nak menilai seseorang rakyat, dah cukup melihat kepada pemimpin. bagaimana pemimpin begitulah rakyat.
Berbalik kat perkataan R.E.T.O.R.I.K tadi. nak tafsir ini ikut perspektif diri masing-masing la. cuma, level aku paham, maqosidnya menjurus kepada penggunaan bahasa indah semata-mata tanpa sedikit pun daripada bahasa yang indah itu dizahirkan praktikalnya. ahhh.. bahasa senang cakap tak serupa bikin lah!!
Ego menguasai diri. merasakan diri sendiri dan pendapatnya seorang yang betul. eh, tak ambil ijmak syuraa? Keputusan syuraa itukan barakah. hah..ego menguasai diri juga boleh menundukan orang lain..katanya makhluk, orang lain semua salah, diri sendiri sahaja yang betul! ya la betul..retoriknya ko semua betul..bahasa, pergh! cukup indah tapi pelaksanaan lain benar! hah!!
Manusia semua boleh bercakap itu dan ini. "Hari ini Islam akan bangkit!!!!! Islam akan menang!!!!"hakikatnya, diri sendiri dah kalah awal. cakap itu dan ini mestilah disertai sekali usahanya. Tunjukkan!! bukan tunjuk kat manusia atau makhluk. Tunjuk kat Allah. hmm... nak faham lagi buat penilaian masing-masinglah..
-menulis dengan tangan bukan dengan hati... 11:57pm
Posted by
tekno-daie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Popular
-
Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usr...
-
Saidina Umar Al-Khattab r.a sebelum masuk Islam adalah merupakan seorang samseng yang digeruni. Sebut sahaja dosa apa yang tidak pern...
-
"Adakah nti sudi untuk jadikan emak ana sebagai emak nti juga, ayah ana juga sebagai ayah nti, dan keluarga ana menjadi ke...
-
Tahun 2012 dibuka dengan tarbiah mendahului langkah ke depan. Perancangan yang dilaksana berjalan seperti yang disusun. Aku suka melihat ...
-
“Enta bila lagi nak kahwin syeikh?” “Ana tunggu nta dulu, jauh lagi nak sampai 'maqam' tu” Perbualan ringkas antara aku dan ...


0 comments:
Post a Comment