Taujihat dan Mutiara Ilmu Sang Murabbi

Assalamualaikum akh.. Enta apa khabar? lama xdgr cerita ye..

Agak lama aku tak mendengar khabar berita dari sahabat
ku itu. Jauh berada di perantauan sibuk dengan belajar dan talaqqi ilmunya nun di Mesir sana. Mungkin ingat atau mungkin tidak kepadaku ini.

Kenal ana tak lagi?

Wasalam. Kenal..anak buah ana.

Alhamdulillah rupanya akh kenal lagi aku. Gembira dapat bertegu
r sapa dengan akh. Yelah, sejak berangkat ke bumi kelahiran tokoh mujaddid terkenal As-Syahid Ustaz Hasaan al-Banna, dah lama tak dengar cerita terbarunya. Dan akh juga lama tak dengar cerita aku kat sini. =) Ada peluang dan kemudahan seperti ym dan fb ni kenalah gunakan sebaik mungkin untuk hubungkan ukhwah kan..

Pelajaranmu macam mana kat sana?
Semuanya ok, jawabku. Sebetulnya itulah ringkasnya perlu aku jawab kerana belajar di IPG alhamdulillah tak se'K.O' kat matrikulasi dahulu, kecuali pada part assigment, sedikit susah..

Usrah kat sini okay akhi. Alhamdulillah, tak sia-sia ana kenal enta dalam usrah kat sekolah dulu.
Bukan kenal ana, tapi kenal Islam. Jawabnya ringkas.


Taujihat dan Perangsan Seorang Naqib kepada Anak Buahnya


Ustaz Zahani ibn Abd. Ghani al-Terenjanuiy


Akh Zahani, naqib kepada usrahku di sekolah menengah dahulu. Akhirnya rezeki dari Allah dapat sampaikan dia ke Mesir juga. Tak ramai dari kalangan seniorku di sekolah dulu memfokuskan diri untuk bidang agama selepas tamatnya persekolah. Ramai dari kalangan kami yang berkejar-kejar ke ijazah atau diploma yang menawarkan pekerjaan ke arah bidang profesional. Tidak salah, tapi dalam masa sama janganlah tinggalkan Islam yang dipelajari kat sekolah dahulu...hmm..

Dalam bertegur sapa melalui alam maya itu, banyak juga nasihat dicurahkan kepada aku ni. Yelah, sebagai seorang murabbi yang membentuk mutarabbinya nasihat itu sentiasa diperlukan. Walaupun berjauhan tempat ye ya akhi..

Enta jangan ada perasaan ego kalau nak bergerak dalam gerak kerja Islam ini. Buang perasaan tu jauh-jauh. Anak buah ana yang lain ramai yang xdapat buang sifat ego tu (even semuanya kehendak Allah). Dan, enta jangan jadi macam tu kalau nak istiqamah.

aku : insyaAllah..enta doa ana thabat dan istiqamah ye berada dalam ni..

aamiiin.. insyaAllah. Lagi satu, realiti duduk kat kampus dan luarnya lain. Kalau dah kahwin, baru rasa Realitinya..dan, berada dalam gerak kerja Islam ni kena lapang dada - kalau ada apa2 tuntutan dan pengorbanan kena lapang dada even sibuk dangan hal masing-masing..hmm, nasihat untuk kali ni sungguh berguna.. =)

Sebelum aku lost contact dengan akh, sempat juga aku minta tips dan perangsang untuk diri sendiri..

Akhi, bagaimana nak istiqamah dalam jalan ni..?
Kena IKHLASkan niat, itu yang paling penting.
Luaskan pengaruh.

Gerak kerja Islam ni luas akhi, kalau ana sebagai mahasiswa, apa perlu ana buat ? Tanya aku lagi.

Akhi, Islam kan ada 3 amal utama - Amal Fardhi, Amal Jama'ie, dan Amal Ijtima'ie.
Sebarkan dakwah melalui penulisan, seperti blog. Ajak kawan-kawan. Kan ada banyak lagi, teruskan berfikir.Cuma, kena secara perlahan-lahan jangan keterlaluan.
Banyak bertanya orang2 terdahulu yang dah lama dalam jalan ni. Sebab takut nanti kita melampaui mereka.

Alhamdulillah, panjang juga taujihat dan mutiara ilmu aku dapat kutip hari tu. Dalam perbualan tu, akh cakap nanti Ustaz Raziqin dan Faidhi akan datang juga ke Mesir lepas raya. Alhamdulillah, murah rezeki kawan-kawan.

Apa pun, kat mana kita berada kalau kita faham Islam dan bawa Islam, insyaAllah semuanya okay, bukan tempat yang membezakan. Bezanya, kita buat kerja Islam..

Akhiran, Ikhwah, ana doa antum semua istiqamah dalam jalan ni, insyaAllah ada rezeki, ketemulah kita nanti..
InsyaAllah..

p/s -
hmm..aku harap aku lebih rajin sumbang sesuatu untuk Islam ya Allah..Tolonglah ya Allah..






Amalkan Ratib al-Haddad


Ratib al-Haddad juga dikenali sebagai "Ratibusy Syahir""kerana kemasyhurannya menjadi amalan jutaan umat Islam Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Di sebelah Nusantara, ratib ini telah dikenali sejak dahulu lagi. Ianya disebut serta dimuatkan dalam karya ulama-ulama kita seperti Tok Syaikh Daud al-Fathani, Tok Syaikh Kelaba al-Fathani, Tok Syaikh Abdul Rasyid Banjar dan ramai lagi rahimahumUllah. Ratib ini walau pun ringkas dan ringan bacaannya, tetap penuh dan padat dengan keberkatan dan asrar. Maka tidak hairanlah para ulama kita, dahulu dan sekarang, di samping menjadikan ratib ini sebagai pakaian mereka, turut menganjurkan para murid mereka serta umum umat Islam untuk sama-sama mengamalkan ratib ini.

Kiyai Haji 'Abdullah Faqih hafizahUllah, ulama besar yang memimpin Pondok Pesantren Langitan, Tuban, sebagaimana diberitakan dalam Warta NU, Edisi Mei 2001, halaman 15, menyatakan:-" Warga Nahdliyyin diwajibkan secara rutin membaca Ratib al-Haddad secara berjamaah, baik di rumah maupun di mushalla." Anjuran beliau turut disokong oleh seorang lagi ulama terkenal iaitu Kiyai Haji Muhammad Subadar hafizahUllah dari Pasuruan yang menyatakan:- "Hendaknya semua warga NU selalu istiqamah membaca Ratibul Haddad."

Manakala Habib Luthfi BinYahya hafizahUllah, Ra’is ‘Am Jam`iyah Ahlu Thariqah al-Mu’tabarah an-Nahdiyah, pula menegaskan bahawa: "Ratib al-Haddad ini sudah menjadi amalan umum di kalangan warga Nahdliyyin sejak zaman Hadhratusy Syaikh KH. Hasyim Asy`ari Jombang. Pengamalan Ratib al-Haddad ini sebelumnya sudah disetujui al-`Allaamah asy-Syaikh Kholil Bangkalan Madura, yang ternyata salah satu thariqah belaiu adalah Thariqah Haddadiyyah."

Maka sewajarnyalah kita mengambil berat akan pesanan para ulama kita ini untuk menjadikan Ratibul Haddad sebagai pakaian kita. Sungguh masa yang diambil untuk membaca ratib ini tidaklah panjang serta bacaan-bacaannya adalah warid dan iqtibas daripada firman Allah SWT dan sabdaan Junjungan Nabi SAW. Tiada keraguan pada keberkatannya, cuma perlu diingat bahawa Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan:-

الأذكار و الأوراد لا تنفع إلا مع المداومة

و لا يظهر تأثيرها إلا مع الحضور و الخشوع


Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan);
Dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.
Tapi bagaimana hendak mencapai zikir dengan dawam dan hudur serta khusyu`, jika ianya belum mula diamal. Jadi mulailah beramal, biar deh dengan malas dan ghaflah dahulu, insya-Allah, dengan inayah Allah ta`ala, moga-moga diberikan istiqamah, hudur dan khusyu`.

http://bahrusshofa.blogspot.com/


Kajian Hadis : Siapakah Imam Mahdi ??




SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.

Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali.
(sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.

Hadith mengenai Al-Mahdi:

1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) .
|Hadtih riwayat Muslim.|

2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam.
|Hadith riwayat Imam Ahmad.|

3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
|Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.|

4. Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis.
|Hadith riwayat At-Tabarani.|

5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu".
|Hadith riwayat Na'im bin Hammad|

6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah".
|Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim|

Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,

“Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.

Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata,

“Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang­kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.”
(Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem­inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,

“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).
|Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi|

Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang menentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.

Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”

Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar di akhir zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan ke­benaran dan kebajikan”
(sila lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79)

Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan.
(sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382)

13 Kisah Rasulullah s.a.w

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Imamul Muttaqin, Habibullah.
Muhammad Rasulullah s.a.w.



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya humaira?' (humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'

Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Allahummasholli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa shohbihi ajma'in...

"Maafkan Ibu Tidak Sempurna"

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian dari aku kali ini. Sebuah nasyid yang indah. Indah dengan makna dan lagunya sekali. Lagu dari kumpulan Far East. Lirik ni ditulis oleh zaujah kepada Ustaz Fadli Far East.

Mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu. Dengar sahaja lagu ni, membuatkan fikiran dan hati bertambah lagi yakin mengapa "birrul waalidaini" begitu dituntut dalam Islam.

Lirik lagu ni dipetik daripada album terbaru kumpulan Fareast - Saat Lafaz Sakinah, tajuk lagu yang aku maksudkan ialah 'Maafkan Ibu Tidak Sempurna', lagu track terakhir didalam album. Ini liriknya, sama2 hayatinya, InsyaAllah...




Pondok ini menjadi saksi,anjungnya bukti
Tempat ibumu dodoikan kamu
Permata hatiku

Tak pernah kami seresah ini wahai anakku
Besarkan mu mula dari
dua jari telapak kaki

Aku tahu hatimu pilu, langkahmu malu
Ibumu, isteriku tidak sempurna,
buta matanya
Di jalanan kau dihina.
miliki ibu yang buta
Resah dan marah
hingga kau lupa takdir Allah

Ketika engkau memalingkan muka
Ibumu tersenyum, katanya engkau anak
kecilnya tak cukup dewasa
Jauh dihatinya ibumu berdoa
Moga kau berubah,
agar anaknya ketemu hikmah

Susu ibumu, doa ibumu, redha ibumu
Hidupmu cemerlang, engkau disanjung
engkau dijulang
Namun sayang,
kejayaanmu dipandang ibu,
dicelah manusia yang sempurna
telahanmu
Khuatir ibu ketika itu dirimu malu,
disitu ku lihat ibumu sendu, ibumu sendu

Pondok ini menjadi saksi
Anjung ini bukti
Tempat ibumu menanti, hai permata hati
Pulanglah hai anak
ke riba ibumu
Bimbang masa berlalu
Tak sempat ketemu

Ibumu, isteriku kini dah tiada
Di hujung hayatnya sempat berkata,
"Susu yang engkau minum ibu halalkan
Dosamu ibu ampunkan"

"Maafkan ibu tidak sempurna di matamu
Biar di hina, ibu galas semuanya
Asalkan kat tak merasa"

Sudah sampai masanya
ku ceritakan rahsia
Yang ku semat di atas permintaanya
Sempurnamu anakku atas anugerah ibu
Engkau lahir ke dunia buta matamu
Ibumu, isteriku hadiahkan matanya
untukmu

Wahai sayangku, belum ku ketemu
Hikmah zuriat itu dari rahim muliamu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Popular